Pada saat dan ketika ini, sesungguhnya aku sangat mengantuk. Terjaga dari tidur setelah bermimpi bermain badminton. Patutlah penat sangat bila bangun tadi. Lantas, aku bingkas bangun dan mencapai baju dan seluar untuk digosak dengan sterika pusaka pakcik aku. Dalam 10 minit, siap. Jam menunjukkan tepat pada angka 5 pagi. Ehm, kalau nak tahu. Inilah waktu-waktu genting aku setiap pagi. Menyiapkan pakaian sendiri, membuat breakfast sendiri, mandi sendiri dan sebagainya. Memang tak best kan kalau hidup sendiri ni kan? Haha..
Yap. Seperti tajuk diatas. Ini salah satu ujikaji aku yang telah berjaya aku capai. Edisi Siasat khas untuk projek Bukisa telah mula membuahkan hasil. Biarpun hasilnya tidaklah seberapa, tetapi ianya membuktikan bahawa program Bukisa pasti dapat membantu aku setiap bulan. Ya. Aku yakin aku akan dapat buat duit dengan Bukisa serta menerima bayaran untuk bulan Mei dan June dan juga pada bulan-bulan seterusnya.

Kenapa aku kata dengan yakin bahawa aku pasti dapat bayaran setiap bulan? Sebab aku dapat agak bagaimana hendak dapat duit dari Bukisa secara berterusan walaupun tidaklah dapat aku tune sehingga berpuluh atau beratus dollar setiap bulan. Tapi jika hendak capai nilai minimum sebanyak 10 dollar, Insya-Allah tidak sukar untuk aku lakukan dengan pengalaman dan kehebatan tool-tool yang ada pada komputer aku ketika ini.
Bukisa membayar kita berdasarkan nilai Bukisa Index. Pada ketika ini 1000 impression membayar kita sebanyak 3.42 Bukisa Index. Jadi, ini bermakna, 1000 impression bersamaan dengan 3.42 dollar. Jadi, apa yang kita perlu buat adalah menulis sebanyak mana artikel dengan niche dan keyword tertentu dan tambah sedikit perasa SEO ke dalam artikel tersebut. Dengan hanya 10 artikel, aku berjaya capai nilai minimum dan mampu buat duit dengan Bukisa dengan mantap. Ok, aku baru sahaja tambah beberapa artikel semalam termasuklah 4 artikel dibawah:
1. Eyeshield21 Review: Why many people love american football at Japan
2. P1 WIMAX Review: Subsribe Pocket One WIMAX
3. Anime TV and Manga Review: Hajime No Ippo
4. The Best of 8TV Drama Review: Ghost Season 2
Jika korang perasan, 4 artikel tersebut sudah ada dikebanyakkan blog aku. Aku cuma copy dan pastekan ke bukisa dan beri sedikit kredit ke blog-blog aku tersebut. Bukan sahaja kita boleh buat duit dengan Bukisa, kita boleh dapat backlink dari website Bukita yang ada PR4. Malah, dengan kepekatan SEO dalam artikel tersebut akan memudahkan lebih ramai orang datang dan pergi ke artikel yang korang buat kat Bukisa. Cuma, jangan spamming dan ambil PLR content. Kantoi, bila-bila masa sahaja boleh kene ban.
Untuk pengetahuan korang, Bukisa bayar kita melalui Paypal dan Cek. So, boleh pilih mana-mana asalkan korang mampu capai nilai minimum sebanyak 10usd. Ok. Itu sahaja dan sesiapa yang berminat untuk buat duit dengan Bukisa, boleh sertai disini.
Ps: Dengan hampir satu tahun lebih bergerak dan mengalami peningkatan trafik yang melampau, Bukisa telah berjaya mencapai alexa rank ke 9038 sahaja. Ganas bukan? Mereka bermula pada tahun 2007. Tapi mula dikenali ramai pada tahun 2008 dan aku berjaya dapat bayaran pada 2009. Kira ok apa kan? kan?
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« How to choose a Realiable and Cheap Hosting? | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Private Advertising »














bolehlah dptkan “bantal peluk interaktif’ utk siapkan kesemua kerja2 tu…:p
Hope you can do that like tnx and tla.
Kak Jie. Harap2 masin apa yg ditulis tu ye. Bantal peluk tuh. Hoho..
Yazid.Alhamdulillah.
Tini. apa plak bahayanya plak..
Fatin. Janganlah jeles. Segan aku. Haha, ko pun boleh buat kalau mauu..
debtrunner. Takdelah. Biasa aje. Janji leh wat bayar ptptn, kete, rumah dan sebagainya. Nak gi haji lagi. Ohhh..
videono. Insya-Allah. Best punyer!
Anywhere. Congratulation for your first payment. I believe you 2nd and 3rd will coming soon..