Seperti mana yang aku cerita semalam, aku dah dapat bayaran daripada TextLInkads. Jadi, mesti aku dapat bayaran daripada Inlinks jugak bukan? So, aku akan tunjuk juga sedikit bayaran daripada akaun Inlinks ni untuk April Inlinks Payment. Tak banyak, tapi ianya agak membantu. Selalunya duit-duit paypal ni, aku gunakan untuk beli domain samada di Godaddy atau Netkl. Kenapa? Kat situ harganya agak murah. Kat Netkl, kalau beli mana-mana pakej dapat free 1 domain. Ok apa. Harga domain pun RM29.95 aje. Harga domainnya murah, kan? kan?

Kebanyakkan domain aku kat Inlinks jatuh ratingnya sebab hosting aku down. So, tak banyak sales yang aku dapat dan aku tak dapat kata apa-apa bila 2 hosting aku bermasalah dan hosting yang aku baru beli pun bermasalah. Dah lebih 3-4 hari down ekoran mereka ada masalah ketika transfer data ke server baru. Aku tahu masalah tu memang agak lambat setel, jadi. Aku pening lalat dan aku terpaksa mengaku bahawa Netkl tetapi menjadi nombor 1 dalam pemilihan hosting. Cuma yang wat aku pening, add-on domain dan space diorang tak sebanyak yang ditawarkan oleh hosting-hosting baru nih. Mungkin ini antara penyebab hosting diorang takde masalah macam hosting-hosting lain. Lepas ni, aku rasa aku kene strict dalam pemilihan bakal-bakal calon isteri hosting aku nanti..
Sebut pasal hosting ni, cuba korang share dengan aku hosting mana yang korang dah pakai dan memberikan servis dan support yang bagus? Aku mahu survey dan mahu beli satu lagi hosting selain Netkl, Fivio, Rawanaz, Namsahaz, Cgyhost, Godaddy dan Baitulbytes. Dan hosting percubaan ini aku budget RM100 ke bawah dengan mempunyai add-on domain lebih dari 5 domain dan space dalam lebih kurang 2-5GB. Ada ke tak syarikat webhosting yang mampu menawarkan kriteria tersebut dengan harga setinggi RM100?? Lupa, mesti ada cpanel. Directadmin ok. Cuma aku tak berapa biasa aje. So, ada hosting dan domain murah dengan harga begitu?

Aku sedang cuba hosting baru iaitu Hosting123 secara percuma untuk tempoh 1 bulan. Jika ianya berbaloi, mungkin aku akan pertimbangkan untuk terus menggunakan hosting tersebut. Ada antara korang pernah cuba hosting123 punye syarikat? Baguskah atau tidak bagi pandangan kasar korang?
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Gambar Panas Titan ketika di Matrikulasi Negeri Sembilan | Open Case: Bayaran Komisen Pertama dari Bukisa »




















http://forum.majalahim.com/apakah-domain-hosting-anda-t83.html
tapi harga pun boleh bikin londeh seluar
kadang2 pikir yang murah pun ssh gak…
nnt ada je mslah yang timbul
Kenapa nama ko Titan Hijau..?
Kenapa tak letak Titan biru ke?
Titan Kelabu Tahi Anjing ke?
Kan banyak lagi warna yang menarik..
Kenapa warna hijau? Pls jawab wahai saudara Titan ASAP…
Yazid. Yup. Thats why i recommend you to use netkl before. Glad to see you like them.
life4hire. Memang best. Thats why i keep using them until today. You can try. Their support really great and always answer your question.
Kampungboy. Eyebytes bapak mahal. Bukan aku tak nak. Cuma aku malas aje. Biar modal kecik. Tapi untung berganda.
Jackal. Sape yg lebih tension haa?? kenapa? sebab aku suka. dah takde sebab lain. Ko nak sebab lain, ko pikir sendiri laaa!!
Taukey. Hehe. Aku dah ada akaun dengan hostgator. Memang ok. Beli domain kat godaddy. Hosting kat hostgator. Hehe..
samdaddycool. Aku dengar pun semua orang cakap ok. Takde hal. Pakai je yg tu. Aku stick dengan hosting2 yg aku dah pakai nih..
taukey. Sealserver? Mahal tak? pakejnya macam mana plak?
Kujie? hehe, dulu sejak dicgyhost. Memula ok. Pastu, ko. Last2, terpaksa pindah ke netkl..
zool. sempoihosting? Memang best. Tapi aku nak space dan bandwith yg agak besar. So, terpaksa pilih package yg lebih besar..
GM. hang pakai hosting mana sampai 5 hari down nih? Hosting yg aku pakai nih dah lebih 2 minggu down. Yg baru beli nih dah 3-4 hari down..
RM99/year Eco-Plan @ 1GB Webspace / 3GB Bandwidth
RM168/year Start-Plan @ 10GB Webspace / 100GB Bandwidth
RM218/year Stand-Plan @ 15GB Webspace / 150GB Bandwidth
RM268/year Run-Plan @ 20GB Webspace / 200GB Bandwidth
RM318/year Fly-Plan @ 30GB Webspace / 300GB Bandwidth
Free Life-Time Domains .com/.net/.org
Unlimited Emails Accounts
Unlimited Park Domains
PHP programming script
Unlimited Mysql Database Accounts
Anti Spam/Anti Virus
Free 630 Webdesite Templates
Fantastico Pre-script
Power dan laju giler bro..
is ok for me.
for this time lah.
merah. Ntah. Aku pun nak tahu gak company dr singapore tuh..
yazid. Betul. betul. Betul.
Taukey. hostgator. Siapalah yg tak nak pakai. Haha, sealserver memang ok. tapi memang agak mahal. Terpulang pada sesiapa yg berminat la. Aku prefer lagi dengan godaddy sama netkl..
debtrunner. Godaddy kalau ko nak angkat domain. Memanjang ada promosi untuk domain..
kat m’sia ni BANYAK JUGAK hosting yg murah2, tpi pada pendapat aku klo nk pilih pun, pilih la yg addon domainnye sikit.. klo yg addon domainnye banyak semacam smapai 10 atau 20.. mungkin x lame la jawabnye.. korang tunggu je lah kehancuran syarikat berkenaan. bukan ape.. klo murah pun tpi asyik nk kene pindah2 hosting..penat gak.. x gitu?
Aku ni betul2 da meluat ngn satu syarikat ni.. tiap kali aku report problem berkaitan server die.. x pernah diorg nak minta maaf dan mengaku bersalah pada aku.. nk ckp aku x penyabar..aku ni penyabar orgnye..da bpe kali bersabar.. sampai aku penah maki hamun admin hosting tu, then aku minta maaf semule..
Jgnlah TERPEDAYA ngn addon domain yg banyak dan bandwidth yg melampau.. nyesal x sudah kang..
HOH!! IKHLAS!