Secara jujurnya aku baru balik dari Jerantut. Perjalanan yang agak memenatkan walaupun semasa dalam bas ekspress tadi aku duduk disebelah awek jerantut yang mempunyai semangat melayu boleh yang tinggi. Mana tidaknya, awek ni tidur dengan ganas sekali. Berapa kali langgar aku dan dua kali dia landing baik punya kat bahu dan lengan aku. Tahulah lengan aku sedap untuk dibuat tidur. Tapi agak-agaklah sikit. Tapi sebab kesian punya pasal. Aku buat bodo aje tadi. Bukan selalu ada awek melayu yang tidur kat lengan kita kan? Nak kejutkan, aku tak tahu camana nak kejutkan dan cuma berharap driver bas tu terlanggar batu atau bawa gila-gila sikit. Nasiblah pemandu bas tu gila-gila gak. So, tak sampai setengah jam, awek tu dah terbangun. Kalau 4 jam dia tangkap lentok kat lengan aku, mahu lenguh aku dibuatnya. Aku nak tidur pun tak jadi-jadi tadi. Aii..cover macho lagi. Kesudahannya, nama dan no HP pun aku tak dapat. Memang dah tak berbakat lagi nak jadi buaya darat tol la..
Haha, itulah kisah 4-5 jam yang lepas dan aku sekarang ada kat rumah dan sedang kemas bilik aku yang telah aku tinggalkan hampir 5 bulan nih. Memang tunggang langgang sebab aku dah bagitau mak aku jangan kacau bilik aku. Kang semua barang aku susun, lari susunannya sehingga membuatkan barang-barang aku sukar dicari. Penat gila dan aku rasa aku kene sambung kejap lagi. Ingat nak gi pasar malam kejap lagi. Dah 5 bulan aku tak pegi pasar malam kat banting nih. Hoho!
Kepada sesiapa yang nak jumpa aku kat Banting. Aku roger aje. Tapi dalam masa 1 minggu sahaja. Lambat, aku tak tahu dan pepandailah korang nak contact aku jika mahu personal coaching untuk Projek TNX yang mampu memberikan paling cikai pun 10usd setiap bulan dari blog-blog tak update korang tu. Tapi kalau dah pandai, buat sendiri aje. Cuma personal coaching aku tu akan aku bocorkan rahsia untuk henjut lebih dari 10usd setiap bulan dengan hanya menggunakan blog PR0. Pagerank 1 atau ke atas, memang boleh. Tapi ada risiko tersendiri dan aku malas sangat nak cerita kat sini..

Kadang-kala. Aku rasa sesuatu yang aku tak patut rasa. Tapi aku tahu perasaan itu wujud tanpa kita sedari. Dan kadang kala, aku rasa aku sedar tentang perkara itu cuma aku lebih suka tidak menyedarinya dan mahu ianya pergi begitu sahaja. Hidup ni memang palat dan sengal. Patutkah aku terus begitu? Haha..
Ps: Aku dah penat. Nak tdo..
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content















