Sebelum ini aku pernah bagitaukan bahawa kita memang boleh buat duit dengan blog. Tapi bagaimanakah cara untuk buat blog yang bagus tanpa mengetahui asas-asas blog? Maksud aku, sebelum membuat blog yang sangat hebat dari segi isi kandungan, menarik trafik, umpan SEO yang hebat dan macam-macam lagi, macam mana pula hendak mencipta atau setup blog yang mampu melakukan semua kerja tersebut?

Tak faham lagi? Ok. Apa yang kita perlukan sebelum menulis blog. Kita kene ada blog bukan? Samada ianya percuma atau berbayar, kita mesti tahu cara untuk mengendalikan blog itu bukan? Jadi, korang tahu atau tidak cara untuk mengendalikan blog percuma atau berbayar itu? Jika tak tahu, dimanakah hendak korang belajar dan adakah panduan yang sesuai untuk mempelajari cara untuk mengendalikan blog? Jika aku kata ada, mahukah korang mempelajari daripada panduan atau produk tersebut?

panduanasasbloggercpanel 300x105 Review: Panduan Asas Lengkap untuk Blogger


Ya. Panduan Asas Lengkap untuk Blogger yang dihasilkan oleh 2 orang yang sedang meningkat naik iaitu Yazid Yahaya dan Jamalaludin Bahari. Yazid merupakan penulis buku Buat Duit dengan Blog yang aku ceritakan beberapa hari yang lepas. Jamal pula merupakan telah berjaya menjual hampir 700 salinan Ebook Panduan Kerja kerajaan. Kedua-duanya mempunyai auranya tersendiri dan mereka berganding bahu untuk menghaslkan Panduan Asas Blogger yang aku yakin membantu ramai orang untuk mempelajari asas blog dan cara untuk mengendalikan blog dengan lebih teratur.

Aku sudah baca Panduan Asas Blogger ni. Dari segi penyampaian dan bahasa, aku kira takde masalah cuma aku harap mereka dapat perbaiki dari segi ejaan. Banyak juga ejaan yang salah dan ada yang tertinggal huruf. Tapi kita masih boleh faham apa yang cuba disampaikan sebab panduan ini menggunakan bahasa melayu yang mudah difahami. Ingat, dalam bahasa melayu. Jarang kita jumpa panduan asa blogger dalam bahasa melayu terperinci ini.

panduanasasblog 300x202 Review: Panduan Asas Lengkap untuk Blogger


Walaupun hampir kesemuanya aku sudah tahu, namun apabila aku membaca panduan ini, ianya mengimbau kembali kenangan aku 5-6 tahun dulu ketika mula-mula menulis blog dan membuat duit dengan blog. Waktu itu, tidak banyak panduan bahasa melayu yang dapat membantu untuk mengendalikan blog, menginstall blog melalui fantastico, cara untuk upload menggunakan FTP, fungsi htaccess, nak upload theme dan memasang plugin ke blog kesayangan kita dan macam-macam lagi. Tak ada bantuan dari segi tutorial atau panduan dalam bahasa melayu. Semuanya dalam bahasa english dan mahu tak mahu, aku kene pakai kamus dwibahasa mak aku untuk memahami beberapa istilah yang aku tak faham. Maklumlah, aku bebal english masa tu. Alhamdulillah, aku dapat memahami dan mampu mengendalikan blog sehingga ke hari ini.

Tapi jika ketika itu, Panduan Asas Blogger yang Yazid dan Jamal ni buat ada, aku tidak perlu membuang masa selama 3-4 tahun untuk memahami selok-belok blog dan cpanel ni. Jika korang baca dengan teliti dan buat sedikit study case, Insya-Allah, korang leh mampu mengendalikan blog dan mampu menjana sedikit pendapat melalui blog korang. Blog ini memaparkan kebanyakan basic yang perlu ada bagi seorang blogger. Cara nak bubuh link, nak letak video kat blog, nak upload gambar, nak guna cpanel, nak addon domain, nak itu dan nak ini. Aku yakin semuanya ada dan korang mampu mengikutinya.

panduanasasblogger Review: Panduan Asas Lengkap untuk Blogger


Video yang diberikan juga sangat membantu dan aku yakin nilai yang korang bayar, terlalu murah dengan usaha Yazid dan Jamal bersengkang mata menulis panduan ini. Secara jujur, aku sendiri tak sanggup nak membuat ebook versi panduan seperti ini. Penat wehh, nak buat screenshot, nak jaga tatabahasa, nak bagi orang faham, nak kene wat ujikaji, nak kene login cpanel, nak kene test sana sini. Uiihh, banyak kerja tu. Ingat sonang ke!! Dan panduan ini memudahkan kerja aku. Jika ada orang nak tanya aku pasal blog, aku syorkan terus Panduan Asas Lengkap untuk Blogger ni.  Baru RM20 sahaja. Murah berbanding dengan masa yang aku perlu habiskan sampai 3-4 tahun untuk mempelajari asas-asas blogger dan cpanel dengan berkesan.

Malah, panduan ini juga memberitahu tentang tips untuk mendapatkan trafik dan sedikit info untuk membuat duit dengan blog. Tak banyak, tapi info yang ringkas itu sangat membantu. Biar tak banyak, tapi pengenalan yang ringkas itu agak membantu. Jika korang mengharapkan tips buat duit dari panduan ini, aku rasa tidak banyak yang korang dapat sebab panduan ini mengkhususkan kepada basic untuk mengendalikan blog dengan baik. Yang wat benda ni berbaloi dimiliki, diberitahu dengan teliti beserta screenshot dan korang tahu tak panduan ini ada 234 muka surat? Banyak info yang korang akan tahu. Sesuai untuk orang yang buta tentang blog dan memang tak tahu langsung mengendalikan blog terutamanya pengendalian cpanel dan cara untuk mendapat trafik blog.

Jadi, dapatkan Panduan Asas Lengkap untuk Blogger disini dengan kadar yang segera. Aku yakin ia akan banyak membantu. Jika korang zero dalam dunia blogging, korang sepatutnya dapatkan panduan ini. Ianya detail dan penuh dengan informasi yang membantu. Bukan copy dan paste punye..


Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 36 comments. Apa plak komen korang?
ahfizfazi - 27 Apr 09 at 02:35:00
nice review la bro.. membuatkan newbie terpanggil untuk membeli ebook ni. aku pulak rasa mcm tak beli kot sebab aku dah ada Kit Blogger dgn satu artikel omputeh pasal wat duit kat blog. anyway aku rasa ebook ni amat lah sesuai utk newbie yang bercita-cite nak wat blog sendiri..
Mohd Hafifi - 27 Apr 09 at 05:01:40
RM20 amatlah murah..biase orang letak rm50 ke atas kalau ade video..kan titan?
debtrunner - 27 Apr 09 at 09:02:50
em..RM20 kira murah sangatlah tu. Kalau betul semua basic ada, memang membantu. :)

Apapun. Sekarang ni, normallah kalau ada orang nak tulis blog.
riku - 27 Apr 09 at 12:11:28
tahniah kepada yazid dan jamal untuk ebook ni. Mesti menarik dibaca. 234 muka surat. Jenuh tu nak baca..
videono - 28 Apr 09 at 05:47:46
review yang baik. Apapun, tak beli dan tak baca. So, rasanya cam bagus gak benda nih. :D
titan - 28 Apr 09 at 09:36:23
ahfizfazi. Mana-mana panduan pun leh pakai. Janji boleh digunakan untuk kendalikan blog kita. Itu dah cukup. Tak perlu banyak-banyk.

MohdHafifi. Memang murah. Ini dah lebih dari cukup dan aku rasa basic yg disediakn pun not bad. Video pun ada. Oklah tu..nak perfect, wat sendiri la..

debtrunner. aah. murah. :)

riku. Tahniah juga untuk mereka. :D

videono. Memang bagus. Cuma bergantung pada orang yg membaca. So, nak beli? hehe..
yazidyahaya - 28 Apr 09 at 11:25:28
terima kasih titan kerana buat review ni..kepada sesiapa yang nak beli beli la..hehehe,nak tahu camne buat blog ada disediakan tak kira guna blogspot,wordpress dan berbayar..

selamat membaca!
blinkky - 28 Apr 09 at 12:50:38
Bagus untuk newbie. Sekurang-kurangnya ada guideline.
yazidyahaya - 28 Apr 09 at 13:47:25
iya betul tu..saya buat guideline untuk newbie yang bercita-cita untuk buat blog..ada gak yang langsung tak tahu apa itu blog,so diorang yang tak tahu tu patutnya tahu sebab sekarang dunia dah berubah,,segala informasi semuanya di blog…
farahaznil - 28 Apr 09 at 15:33:34
ehem2..titan dpt baca free ke beli?hi hi hi
BAGAK - 28 Apr 09 at 17:20:33
menulis blog kena ada ilmu perisian

eloklah beli untuk dapat lebih kefahaman
titan - 29 Apr 09 at 03:27:53
yazidyahaya. Sama-sama. :)

blinkky. Memang bagus untuk newbie. Jika ada yang memang buta tentang basic wordpress dan blogspot. Bolehlah beli. Murah maa..

farahaznil. rasa-rasanya??

Bagak? betul tu. Biar keluar duit sket. Janji kita faham dan boleh mula buat duit selepas tu..
yazidyahaya - 29 Apr 09 at 11:44:27
iya,setahu saya orang hanya menjual panduan asas untuk mengunaka domain berbayar,tapi yang bestnya dalam e-book ini ada panduan membuat blog berbayar,wordpress percuam dan blogspot,dan paling orang suka adalah belajar isi dalam cpanel..

Jangan pikir nak buat duit je,asas tu kene ada dulu,,hehehe
titan - 29 Apr 09 at 14:37:19
Hehe..:)
farahaznil - 30 Apr 09 at 14:39:58
tak silap aku..si yazid yahya ni ada buat buku lg 1..Buat duit dengan blog ke apa tah..yg cover kaler putih tu..aku selalu pg kedai buku curi2 baca..ekekekeke..jimat rm14.##…ho ho ho ho…
yazidyahaya - 30 Apr 09 at 15:02:28
iye..aku la tu,,hehehehe,perompak-perompak,,hehehehe
rina - 30 Apr 09 at 15:16:10
perompak? kenapa plak perompak yazid? :)
yazidyahaya - 30 Apr 09 at 15:40:28
baca tanpa membeli..keh..keh..
videono - 30 Apr 09 at 21:07:33
baca tanpa membeli? oh. baca kat kedai. patutla.. :D
tini - 01 May 09 at 03:49:38
dulu selalu gak baca kat kedai. sampai akak kat kedai tu dah jeling2 tajam. Haha.. :oops:
yazidyahaya - 01 May 09 at 13:11:33
menag kelakar..hehehehe,saya dulu baca komik!duk lepak baca naruto!!sampai kene jeling je dengan tukang kedai tu!
titan - 03 May 09 at 13:43:56
farah. Ha. si yazidlah. orang yang sama. :)

yazid. Hoho :D

videono. Aku dulu selalu gak wat. Tapi tak best baca camtu. Baik beli. Kepuasan level tertinggi..

tini. Oh. Dia pun selalu baca kat kedai. Perangai buruk nampak..

yazid. Haha, nasib kene jeling aje. Kalau dia ngorat ko. Mau nangis awek ko dibuatnya nanti..
yazidyahaya - 10 May 09 at 02:54:40
titan:mane ko tahu aku ade waeks??kui..kui..
tini - 10 May 09 at 09:25:11
biasalah kalau baca kat kedai. Bukankah buku untuk dibaca. Hehe..

yazid, si titan ni tahu aje kalau orang tu ada awek atau tak. Kita je tak tahu dia ader awek ke tak..
ijamidayu - 11 May 09 at 06:11:10
sEJUJURNYA.. MEMANG PRODUK NIE.. Pada aku..

Sesuai utk mereka yg nak start blogging tanpa perlu mencari lagi.. Perlu la adakan RM 30 nak beli produk nie.. ^_^
titan - 11 May 09 at 07:04:03
yazid. Ler, bukan ko ke yang bagitahu aku? takkan aku tak tahu plak..

tini. Haha. Apsal mau tahu.. :)

ijamidayu. Yup. Aku setuju.
abgzol - 17 May 09 at 07:41:37
saya juga dah khatam baca ebook tu & sangat direkomenkan kpd mereka yg tak tau langsung bina blog baik yg free atau yg berbayar dot com. saya jamin panduan yg diterangkan sgt mudah dipahami terutamanya dgn bantuan grafik..dan langkah-demi-langkah! bukan tu jer..anda juga akan pandai guna cPanel sebab turut diajar dengan details dlm ebook tu!
farahaznil - 17 May 09 at 15:50:55
yup no aku..dah msk nnt sms le..hhohohohoh
yazidyahaya - 27 May 09 at 15:52:21
betul tu abang zol…terima kasih kepada anda kerana membeli…
kiro - 27 May 09 at 21:39:15
nampaknya ramai yang dah beli. Tahniah kepada yang dah beli dan bolehlah mula buat blog masing-masin.. :)
wanita tabah - 14 Dec 09 at 06:43:29
baca blog saya n komen sikit macamana nak cantikkan blog.tq
miasarah - 14 Dec 09 at 06:48:46
komen blog saya lak.tq
titan - 14 Dec 09 at 11:44:23
abgzol. Insya-Allah, jika kita nak belajar, memang senang kita akan faham nanti.

farahaznil. dah dapat kan? :)

yazid. Hehe..

kiro. Semoga semua orang akan mula menulis blog nanti..

wanita tabah. Em, cuba tukar theme yang lebih cerah. Mungkin itu akan buat blog tu lebih menarik dan menyerlah..

miasarah. Dah tengok blog tadi. Wahh, lama juga menulis blog. You cikgu ke? Kat kawasan mana?
Gaban Malaysia - 03 Mar 10 at 09:01:48
dulu rege 20 inggit.. skang dahh 30 inggit ooo… 3/3/2010
ainun - 29 Aug 11 at 20:24:32
sekarang? ada lagi tak
yas - 23 Dec 11 at 12:47:18
Aku dah pergi ke link panduan asa blog tu…mungkin dah habis promosi kot, sebab aku tak jumpa pun cara nk dptkan panduan tu….



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011