Maaf. Mungkin ada beberapa review yang telah ditempah akan aku buat lewat sedikit. Hari sabtu dan ahad ini agak sibuk buat aku kerana ada pelbagai benda yang perlu aku setelkan dengan kadar yang segera dan aku mengakui ‘jadual what to do’ aku lari sungguh pada bulan ini. Terpaksalah aku susun dengan lebih tersusun selepas ini. Banyak sungguh on call yang datang dan banyak juga ulasan berbayar yang terpaksa aku tolak terutamanya dari luar negara punye program. Kalau dari lokal, semua aku terima tetapi aku bagitau yang ulasan itu akan keluar diblog ini dalam tempoh 1-3 hari. Kesibukkan aku menyebabkan ianya terjadi dan aku harap semua yang order untuk buat review berbayar akan terima alasan aku itu. Dan jangan risau, kebanyakkan review yang aku buat tu berada di muka surat pertama disearch engine google dan yahoo. SEO memang aku titikberatkan ketika membuat ulasan berbayar ini.

Ini sedikit income yang aku dapat dari hasil review 1-2 minggu ini. Aku keluarkan untuk belanja KFC untuk budak-budak group aku esok. Hampeh, mintak belanja KFC. Terima kasih kepada Richie, Merah, Lim, Ajids dan beberapa lagi IM luar dan lokal yang berminat menggunakan service review berbayar aku.

duitreview 300x210 Edisi Siasat: Service Review Berbayar terbukti Menguntungkan!


Jika ada antara korang yang ingin mengupah aku untuk membuat ulasan produk, ebook, review website atau blog korang, aku menerimanya dengan kadar tertentu. Bukan percuma dan aku yakin bahawa korang akan dapat traffic dan mungkin sekali sales daripada review itu. Aku tak berani beri jaminan seratus peratus, tetapi aku yakin ianya akan membantu samada dari segi kedudukan disearch engine ataupun dari segi trafik.

Aku hanya buat 2 jenis review sahaja iaitu review normal atau review seo. Review normal lebih kepada ulasan berbentuk pendapat aku, ujikaji aku, kutukan, nasihat dan sebagainya yang aku rasa sesuai untuk dikongsikan. Harga adalah RM30. Dan ianya pastilah ulasan jujur dari aku. Jika aku rasa sesebuah produk tu perlu diperbaiki, aku akan kata sedemikian. Jika bagus untuk dimiliki, aku akan kata sedemikan.

Review seo pulak ada sedikit perbezaan. Ianya sama sahaja dengan review normal tetapi aku memberi penekanan dari segi seo dan pastinya ulasan itu akan berada dimuka surat pertama dan kedua disearch engine. Kebiasaanya aku berjaya lakukan dan banyak bukti telah terhasil daripada review ini. Contoh? Terlalu banyak kat blog ini. Korang leh cari dikebanyakkan post yang aku buat diblog ini. Jika ayatnya pelik-pelik sikit tu, itulah ulasan berbayar. Harganya pula adalah RM50. Dan Insya-Allah, trafik akan datang dari seo yang aku lakukan. Yang bagusnya tentang seo ni, ianya merupakan promosi jangka masa panjang. Selagi artikel itu wujud, selagi itulah korang masih berpotensi untuk dapat trafik ke website korang tu. Betul. Aku tak tipu punya. Malah, artikel itu biasanya aku submit ditwitter dan beberapa tempat lain lagi. So, jangan terkejut jika ada trafik datang dari tempat yang korang tak tahu. Tapi aku tak berani beri jaminan yang korang leh dapat trafik gaban macam yang blog chedet dapat sekarang. Aku bukan dan belum lagi jadi perdana menteri Malaysia. So, of courselah ianya dari dimensi yang berbeza dan menghasilkan result yang diluar jangkaan. Haha..

Haha, korang leh hubungi aku disini. Gunakan ruang contact yang aku berikan itu. Yougler contact membantu aku dengan baik selama ini dan aku akan reply ke email yang korang gunakan dalam 24-48 jam atau hubungi aku dengan sms ke 0192009289 jika ianya betul-betul urgent. Call, aku tak layan melainkan korang seorang gadis yang masih berumur 17-25 tahun dan mampu mengandung. Haha..

Ps: Itu sahaja untuk hari ini. Aku nak tidur.


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 25 Apr 09 at 18:54:42
alo bro. You bikin gua panas aje dengan duit tuh. Belanja KFC? Ni mesti group ko penuh dengan aweks kan? kan? :)
topo - 25 Apr 09 at 19:22:30
rasanya ada x yg nak buat review berbayar kt topotato.com ek.. hohoho
titan - 25 Apr 09 at 20:05:22
merah. Panas ka? meh minum air sejuk nih. Haha..aweks? Mana ko tau nih haa..

topo. ada kot. Ko tak bagitau kat blog ko. Camana orang nak tau ko leh wat review berbayar. Cuba try. Mana tau ada yg berminat. hehe.. :)
riku - 26 Apr 09 at 02:56:21
huhu. You do something great. Banyak duit tu. Takkan nak pakai semua untuk belanja KFC kot.. :)
tini - 26 Apr 09 at 03:48:38
tak sangka dia dah banyak duit. Leh la belanja tini lepas nih. Kan? kan? :)
Mohd Hafifi - 26 Apr 09 at 05:04:25
aku akan sms ko.. :-)
Mohd Hafifi - 26 Apr 09 at 05:06:44
erkk, jika ianya btol2 urgent shj..aku tak urgent, bulan depan pun boleh tunggu..
Jaws - 26 Apr 09 at 05:08:03
macam menarik..
aku macam berminat jer nak buat gak..
nanti aku fikir dan hubungi ko macam mana..
hehe..
Tie - 26 Apr 09 at 06:21:52
Huwaaaa……..

Banyaknya dapat duit !!

Tak nak sedekah kat mokcik ke ??
titan - 26 Apr 09 at 07:46:33
riku. Hajatnya begitulah. Aku pun dah gatal berjanji. Nak buat macam mana. Aku lomah sikit bila pempuan mintak belanja nih. Haha..

tini. Boleh aje. Takdehal. :)

Mohdhafifi. Haha, sms aje bila-bila. Itupun kalau berminat nak pakai servis aku. Tak nak pun takpe. Hehe..bukan paksaan. Islam ini mudah..

Jaws. fikirlah selama mana yang ko mahu. Aku takde masalah punye. Ko leh pakai contact atas tu atau sms aje aku..

Makcik Tie. Sedekah? Tak mau. Kalau makcik minta saya belanja. Insya-Allah. Datanglah ke Jerantut atau Banting. Saya bawa ke kedai yang sedap-sedap belaka..
zool - 26 Apr 09 at 14:52:26
Banyaknya duit..
Kalau aku minta buat review berbayar untuk e-novel boleh>?? tapi belum siap lagi.. baru 5 muka surat.. Apsal malas sangat ntah..
appleblogger - 26 Apr 09 at 17:15:21
berapa ratus ek atas laptop hitam tu. Bro, bila nak belanja lagi cam aritue? takkan makan sorang je dengan pempuan-pempuan tu. Tak ajak kitaorang lagi? Hehe.. :D
titan - 28 Apr 09 at 06:04:54
zool. Tak banyak. Tapi bolehlah sikit nak hidup dan tak menyusahkan sesiapa. Usaha lebih sikit dan rasa susah sikit mula-mula. Sekarang, menuaila tiap2 hujung bulan.. :)

e-novel? Boleh je. Tapi kenelah aku baca e-novel tu dulu. Takde masalah. Rilekla. Nak wat novel ni memang ambil masa sket. Barulah novel tu berkualiti dan mampu tarik orang nak baca..

appleblogger. Sorila. Aku ajak pempuan aje. Haha.. :D Meh, datang jerantut. Aku belanja lamb chop..
yazidyahaya - 30 Apr 09 at 15:17:52
bila nak belanja aku TITAN?
rina - 30 Apr 09 at 16:01:19
hoho..saya pun nak dibelanja nih titan. :)

Takkan yazid aje. Hehe..
ainun - 29 Aug 11 at 20:25:27
titan pandai review…okla



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011