Cinta. Aku yakin ramai orang ingin bercinta dan inginkan dicintai. Tetapi malangnya, ianya tidak hadir semudah dari apa yang kita sangka dan aku sendiri mengakui hakikat itu. Aku akur bahawa cinta itu bukan milikku biarpun aku sudah berusaha dengan lebih gigih dan berdoa seadanya. Namun, aku juga mesti tahu bahawa cinta itu tidak semestinya memiliki. Kita bahagia jika orang yang kita cintai turut berbahagia. Itu juga satu cinta. Adakah itu benar? Adakah itu satu dugaan yang kita perlu tempuhi selain dugaan untuk buat duit dengan blog sahaja? Haha, itu satu persoalan yang aku rasa korang semua tahu jawapannya..

Aku tahu aku agak jarang bercerita tentang hal cinta dalam blog yang memanjang cerita tentang duit dan tips buat duit sahaja. Kadang-kadang, aku ada selitkan juga kisah cinta dalam blog ini, itupun kalau ada yang perasanlah. Haha, aku mengakui bahawa aku masih single. Haha..promosi la pulak. Tapi sejujurnya, itulah hakikatnya. Pengalaman lampau mengajar aku satu perkara. Cinta itu pasti hadir bila tiba masanya dengan beberapa syarat tertentu. Dan syarat-syaratnya itu aku yakin ada antara korang yang tahu. Ala, jangan pura-puralah. Ramai yang expert bab-bab cinta nih..
Ok. Korang tahu cinta zaman moden? Tak tahu? Cinta zaman 70-80an? Tak tahu juga? Jadi, aku cadangkan korang baca Panduan Cinta dari Dr Love nih. Aku pun tak pasti sejak bila mamat ni jadi Dr Love. Tapi aku rasa panduan yang digarap dengan baik oleh beliau agak bagus dibaca untuk korang semua terutamanya untuk golongan gadis-gadis yang kesepian, janda yang dahaga, wanita-wanita yang perlukan kasih sayang. Jangan malu dan segan, aku tahu ramai gadis yang mengharapkan seorang lelaki yang cukup sifat dan berkemampuan untuk menjaga mereka dan masa depannya. Tetapi, mengapa ramai yang single dan tak kawin-kawin sampai sekarang termasuklah beberapa orang akak kat tempat kerja aku nih. Oupss! Sori kak. Jangan marah aa. Itulah, orang suruh baca Panduan Cinta ni akak tak mau..

Secara jujur, bila aku baca panduan cinta ni, aku rasa sesuatu. Apa yang aku rasa, nanti korang rasa jugaklah. Namun, aku akui banyak kebenaran yang ada dalam panduan ni. Mungkin ada yang korang dah tahu, tapi mungkin juga ada yang korang tak tahu. Mesti ada antara korang tak tahu perangai orang lelaki ni camana kan? Sebab tu ramai sangat kisah orang clash dan bercerai-berai termasuklah golongan artis. Aku rasalah, golongan artis pun kene beli Panduan Cinta ni. Barulah aman sikit industri artis tanah air. Kalau tak, tiap-tiap bulan ada artis bercerai..
Dan aku yakin bila gadis-gadis membaca panduan Cinta ini, mereka akan sedar mengapa mereka masih single sehingga ke hari ini. Aku dan Dr Love tidak kata bahawa korang tak pandai cari lelaki, tapi mesti ada sebab tertentu kenapa korang masih tak jumpa lelaki pujaan korang tu. Jadi, mahu tahu sebab-sebabnya? Baca dan dapatkan Panduan Cinta untuk Wanita yang ditulis oleh Dr Love ni. Insya-Allah, jika ada hati-hati yang selamanya terkunci, akan terbuka hatinya untuk bercinta. Jika ada antara gadis-gadis sebelum ini yang berdendam dengan orang lelaki, akan lembut hatinya. Jika ada akak-akak Janda kaya yang rindukan belaian lelaki, Insya-Allah, mana tahu ada Dato’ atau golongan VIP yang berminat. Jika ada pula siswazah yang masih menganggur, mungkin perkahwinan itu menjadi pembuka rezeki. Siapa tahu bukan? Janji kita usaha dan yakin. Insya-Allah, pasti ianya akan termakbul doa dan usaha kita tu..
Jadi, jika ada yang berminat, bolehlah dapatkan Panduan Cinta untuk Wanita disini. Orang lelaki pun boleh beli jugak. Mana tahu nak tambah ilmu cinta-cinta. Takpun, belikan je panduan ni untuk gadis yang korang tengah usha. Mana tau, cara ni berjaya menawan hatinya. Amacam? Berani ka?? Hoho..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Open Case: Latest Trick How to Hack Friendster Private Photos | 3 Fastest Way to Make Money Online »


























hehehehe…. cinta akan berjaya jika kedua2 pihak mempunyai matlamat yang sama. sama-sama memahami dan sama-sama menyetujuinya.
melayu boleh. Yap. benar sekali.
mohd hafifi. Kenapa dengan kau ni. Putus cintakah atau apakah..
riku. Aku rekomen. Beli atau tak, aku tak paksa tauuuu..
farahaznil. janda memang dahaga apa. Tak caya, korang tanya diorang. Tipulah kalau tak dahaga..
Kujie. Erk. Contact kak jie..kenapa ye kene contact..
rafhz. Ko ni. Jangan mengarut dibulan-bulan begini. Tak baekkk…
knp rafhz??si titan dah jumpa si dia kat jerantut ke?muahahahaha
akazuma. Target? Kalau ada? Hehe
rafhz. haha, ko mengarut tahun depan ajelah. Bila nak datang jerantut wehhh..
rina. entahlah. sape ek..
If you tell something like this, i believe someone will bought this love report. Hoho!