Jika mengikut tajuk diatas, mesti korang tak pernah dengar tentang kewujudan Kelab Internet Marketing bukan? Aku sendiri hampir terlupa dengan kewujudannya jika tak kerana Abdul Rahman yang bertindak sebagai Co-Admin untuk blog Kelab IM ini membuat posting tentang Kelab Internet Marketing di forum Wangcyber.

kelabinternetmarketing Edisi Siasat: Ada apa dengan Kelab Internet Marketing


Aku akui bahawa hampir 80% tidak tahu kewujudan blog ini dan jika tahu pun, mungkin sekadar ingat-ingat lupa. Jadi, aku rasa penulis atau pemilik blog Kelab IM ini harus buat sesuatu untuk promosi dan aku lihat tidak banyak post yang diupdate. Saranan aku untuk langkah promosi, update blog selama 3 bulan tanpa henti. Insya-Allah, trafik akan datang tanpa henti selepas itu jika teknik SEOnya mengena dan berjaya memancing ramai pembaca baru ke blog tersebut. Secara jujur, aku sendiri jarang pergi ke blog tersebut. Mungkin kerana kekurangan post yang berjaya menarik minat aku membuat aku jarang lepak di blog Kelab IM ini. Aku harap sesuatu yang baru dan segar akan muncul di Blog Kelab Internet Marketing ini pada masa akan datang.

kelabim 300x141 Edisi Siasat: Ada apa dengan Kelab Internet Marketing


Dari segi design atau penggunaan templat, aku rasa biasa sahaja. Tidak banyak yang menarik dan mungkin blog Kelab IM ini masih baru dibangunkan apabila melihatkan jumlah artikel yang ada disana. Jadi, mungkin co-admin dapat berbuat sesuatu dengan menggunakan templat berbayar ataupun membuatkan blog itu kelihatan lebih hidup. Secara jujur, blog itu agak suram. Malah, jumlah komen juga tidak memberangsangkan. Jika co-admin menyasarkan blog ini untuk tujuan komersial, mungkin tidak banyak pendapatan yang mampu dijanakan dengan blog tersebut. Namun, jika ianya bertujuan untuk mencuba market atau hanya untuk cuba-cuba sahaja, itu tak apa. Terpulang pada pendapat owner. Mungkin beliau selesa dengan keadaan blog sedemikian atau beliau terlalu sibuk dengan kerjanya yang lain dan tidak ada masa dengan blog Kelab Internet Marketing ni..

Itu sahaja yang aku dapat ulas serba sedikit untuk kali ini. Tidak banyak yang dapat aku sampaikan. Dari segi content bagi setiap artikel. Mungkin tidak terlalu terperinci dan aku rasa ini adalah gaya penyampaian tersendiri bagi penulis. Mungkin ianya menarik perhatian bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi aku. Aku suka penyampaian yang berterus terang dan agak terperinci. Biar simple, tetapi sampai maksudnya. Mungkin ianya terlalu simple kerana ada video yang menerangkan dalam artikel tersebut atau mungkin ianya pandangan liar dari aku sahaja tentang blog Kelab Internet Marketing ni. Haha..


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 18 comments. Apa plak komen korang?
debtrunner - 18 Apr 09 at 08:54:18
kelab IM? Kali pertama dengar nih. Best sangat ker???
LadyCute - 18 Apr 09 at 10:49:02
jangan buat buat lupaaa…

lepas nih bleh bubuh banyak2 artikel dengan penuh emosinya…
yazidyahaya - 18 Apr 09 at 11:27:51
hehehe..best ke kelab IM ni? baik pergi http://www.strategiblog.com,komuniti untuk blogger Malaysia!!hehehehe
Zaki - 18 Apr 09 at 13:56:12
Aku pun baru dengar pasal kelab im tapi ok lah ada kelab cam ni…boleh check it out.
blinkky - 18 Apr 09 at 14:14:10
first time dengar pasal kelab ni? Baru lagi ke kelab ni?
farahaznil - 18 Apr 09 at 14:14:51
wah..titan dah start dgn review2 nyer!!!hohohohoh
Mohd Hafifi - 19 Apr 09 at 05:19:04
kalau blog kelab IM ni berjalan dengan baik, msti byk ilmu yang aku dapat.. :-)
merahkatak - 19 Apr 09 at 06:28:51
hoho. memang macam review pun nih.. :)
akazuma - 19 Apr 09 at 10:07:26
kelab internet marketing? Wujudkah kelab nih? Tak pernah dengar punnn. :D
KampungBoy - 19 Apr 09 at 13:39:39
aku pun dengar cmtu aja
mmg marketing site diorang mst dihebatkan alagi
ada potensi sebenarnya
7 Lubang Duit Internet - 19 Apr 09 at 14:49:18
aku sokong komuniti camni.Tapi tak sampai promosinya pada aku.:)
farahaznil - 19 Apr 09 at 17:52:05
xpenah dgr???tu psl la titan tgh buat marketing nih..muahahahaha
shamxo - 21 Apr 09 at 02:47:28
abdul rahman ownernya..tgk gaya nya dia suka mengkaji teknik pemsaran IM mat salleh..expert gak mamat ni dengan PPC
eZad - 21 Apr 09 at 09:30:33
Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari di kelab IM nih..hehe
titan - 21 Apr 09 at 15:13:40
debtrunner, blinkky, takdelah baru. Ada gak post dari bulan februari kalau tak silap aku. Lama dah blog tu wujud. Cuma kita tak perasan rasanya..

ladycute. Hoho.. :)

Yazid. Sempat lagi ko promote..

Mohd Hafifi. harapnya begitulah. Harap owner dan penulis diorang rajin menulis tiap2 hari..

farah. Hehe..

Kampungboy. Begitulah dengarnya. Harap diorang boleh pergi jauh seperti MajalahIM. KelabIM. Ok apa..

Syokbisnes. Itu aku tak tahulah. Ko kene pasang telinga merata tempatlah agaknya..

shamxo. Aah. Rahman tu copywriter. Sibuk sket kot dgn PPC agaknya..

eZad. Mudah-mudahan begitu. Kita tunggu sahaja dan harap sesuatu yang lain selepas ini..
videono - 30 Apr 09 at 20:49:27
harap2 seperti yang diharapkan. :)
kiro - 10 May 09 at 14:56:20
em..so, macam mana dengan kelab ni sekarang? ada apa-apa pembaharuan?
ainun - 29 Aug 11 at 20:28:05
wah…ada kelab ke…xtau pon



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011