Hari ini aku akan buat ulasan tentang satu buku yang agak famous kebelakangan ini dan ianya dihasilkan oleh salah seorang member yang aku rasa korang pun kenal. Nama penulis buku tersebut adalah Yazid Yahya. Kenal kan? Dan aku rasa beliau ada dua website dan 1 forum yang baru sahaja dibangunkan baru-baru ini.
Ok. Dipendekkan cerita. Aku telah baca buku tersebut dan buku yang bertajuk “Buat Duit dengan Blog” ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tak tahu langsung tentang blog, cara-cara nak buat duit dengan blog, ingin mengetahui apa itu blog dan juga ingin tahu apa yang hendak ditulis dalam blog. Malah korang juga boleh tahu apakah yang diperlukan sebelum korang mula membuat duit di internet melalui blog korang. Itu tidak termasuk dengan screenshot dari blog-blog yang terpilih termasuklah blog Earncent.com nih. Banyak gak hang letak screenshot blog aku nih. Terima kasih juga mempromosikan blog aku. Haha..

Secara jujur lagi, aku dah tahu kesemua apa yang Yazid sampaikan dalam buku tu dan hampir kesemua isi kandungan tu aku dah tahu bila aku selak sekali imbas. Biasanya, aku akan baca sekali imbas. 2nd round, aku akan baca word by word dan cuba meletakkan diri aku sebagai seorang newbie, intermediate, expert, otai, petai dan sebagainya. Sesungguhnya, jika kau melebihi tahap seorang newbie, korang akan rasa buku ni memang simple sahaja. Semua korang boleh cari dengan search di google. Tapi, tahukah korang bahawa bukan senang hendak memilih isi kandungan dan terpaksa meringkaskannya serta memastikan isi kandungan tersebut boleh difahami oleh semua lapisan pembaca kecuali golongan kanak-kanak dan golongan orang yang buta huruf? Dan buku Buat Duit dengan Blog oleh Yazid Yahaya ini sangat kecil dan boleh kata saiz buku rujukan jenis Nota kecil. Mesti korang ada nota poket masa belajar kat sekolah dulu kan? Haa, buku Yazid ni, lebih kurang besar tu aje. Leh bawak gi mana-mana sahaja kecuali tandas dan bilik air. Bukan tak boleh, tak sesuai sahaja..
Walaupun mungkin ada kesilapan dari segi definisi dan kesilapan kecil dalam buku Yazid ni. Tapi aku rasa itu semua tak jadi masalah kerana Buku ni dah banyak membantu bagi golongan newbie. Aku sendiri mengakui bahawa buku ini agak bagus dan aku yakin lebih ramai penulis buku akan menulis dengan lebih kreatif seperti yang Yazid buat. Ianya simple dan sentuh part-part penting. Siap ada tunjuk cara nak register Google Adsense dan Nuffnang lagi. Kira oklah tu.
Kesimpulannya, gi la beli buku Yazid ni. Tak mahal pun. Under RM15. Takyah lah merokok satu minggu atau takyah topup 2 minggu. Dah dapat beli buku Yazid nih. Jangan bagi alasan dan supportlah industri penulis buku Malaysia. Kalau kedai buku kat tempat korang tak jual lagi Buku Yazid Yahaya ni, korang leh order online kat website PTS ni.
Ps: Sori Yazid. Gambar agak tak jelas. Tapi itu je gambar yang aku ada, gambar lain tak berapa jelas plak. Nanti aku shoot. Sekarang buku tu, jadi rebutan kat tempat aku kerja. Semua nak baca. Haha..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Open Case: How to make money from Review? | Edisi Siasat: Ada apa dengan Kelab Internet Marketing »














topo. Beli la. Tak sampai RM15 aje..
luna. Harap-harap begitu. Dengarnya separuh dari 3000 unit dah terjual..
yazid. Sama-sama.
syokblog. Yup. Itu memang satu petanda yang baik. Harap2 lebih banyak buku seperti ini akan terhasil.
memang bagus isi kandungannya, baru baca bab 2 tak abis lg..
walaupun ada yang basic, tetapi kita masih lagi perlu sebab kenkadang tu aku lupe.. kuikui..
aku sarankan korang beli la ye.. rm15 je untuk ilmu yang cukup berharga.. (time bookfair ada 20% diskaun kat pts, jd rm12 je kot..)
rase nak buat review la utk buku ni.. hehe.
First skali I nak ucapkan tahniah sebab saudara Yazid telah melancarkan buku panduan yang amat berguna untuk menanbah pendapatan dengan blog.. dan saya dah beli buku ini secara peribadi memang best dan rugi pada sesiapa yang tak beli buku ini.. full of great idea..