Review. Hari ini aku akan sentuh tentang review ataupun ulasan berbayar dalam bahasa melayu atau korang sendiri boleh terjemahkan sendiri mengikut pemahaman masing-masing. Aku yakin ada antara korang yang berjaya membuat duit melalui review atau menulis artikel untuk program-program tertentu seperti Payperpost, Sponsoredreviews, Blogsvertise dan Pay2blog serta banyak lagi. Tak larat aku nak letak semua dan korang leh search kat google jika mahu. Banyak. Tinggal pilih dan sertai sahaja.

Jadi, bagaimanakah hendak membuat review atau ulasan berbayar? Secara mudahnya, ianya tersangatlah senang. Hanya perlu tulis seperti korang menulis diblog masing-masing. Kebiasannya job yang kita dapat tu akan meminta kita menulis sekitar 50-400 patah perkataan sahaja dengan beberapa syarat mudah yang korang kene patuhi. Selapas itu, advertiser akan menyemak dan korang akan menerima bayaran dari pihak advertiser atau pihak yang mengendalikan program tersebut. Contoh untuk program tersebut adalah Payperpost dan Sponsoredreviews.

Jadi, apa yang susah sangat dengan ulasan berbayar ni? Ada beberapa kesusahan yang telah dikenalpasti oleh aku dan juga beberapa orang yang pernah dan tak pernah ambil tahu tentang bab-bab review berbayar ni. Antaranya ialah penguasaan bahasa english yang lemah. Bagi aku itu alasan KUNO yang sepatutnya dihapuskan. Jika benar korang hendak buat duit diinternet ni, korang kene tahu bahasa english. Paling sengal pun, memahami basic english. Jika korang kata english tu susah dan sebagainya. Aku boleh kata korang boleh ucapkan selamat tinggal kepada dunia internet ni. Sebabnya? Korang memanjang memberi alasan. Kalau tidak pun, korang boleh pilih jalan lain untuk buat duit. Tak semestinya hanya dengan tulis review sahaja boleh buat duit. Benda lain pun boleh. Tapi korang kene faham, diinternet, bahasa ibundanya adalah bahasa english. Jika korang lahir di Artik atau Uganda sekalipun, bahasa english yang tetap digunakan di browser Internet Explorer atau Mozilla Firefox korang tu. Jadi, jika mahu buat duit, jika mahu money, belajarlah bahasa english.

Hei. Aku berkata begini bukan sebab aku pandai bahasa english. Keputusan SPM aku dalam mata pelajaran bahasa english adalah 7D dan ketika PMR aku mendapat C dalam bahasa english. Jadi, jika orang yang agak sengal macam aku ni boleh buat duit lebih 1-5k ringgit malaysia dalam masa sebulan, takkan korang tak boleh? Belajarlah dan teruskan belajar. Aku dulu juga bermula dengan kosong. Takde orang bermula dari nombor satu atau sebelas. Semua bermula dari kosong. Hape aku merepek dah nie..

Tak boleh ke buat ulasan berbayar ni dalam bahasa melayu bro? Ini salah satu soalan yang kawan aku tanya tadi. Boleh. Takde masalah sebab aku sendiri menawarkan servis untuk menulis ulasan berbayar atau review sebanyak RM30 untuk ulasan biasa dan RM50 untuk ulasan beserta dengan teknik SEO tertentu yang dapat membuatkan artikel itu berada dalam muka surat pertama di search engine. Jadi, jika aku pun boleh, korang pun boleh. Apa yang perlu buat? Belajar dan banyakkan membaca. Jika ada yang berminat nak pakai servis review aku, sila hubungi aku menggunakan ruang contact diatas. Sila pilih pakej RM30 atau RM50. Takde refund. Nak percuma, tulis artikel sendiri. Ni antara bukti artikel aku pun artikel bodo..

hadiahreviewpanduanvccnaem Open Case: How to make money from Review?

Ini hadiah untuk Review PanduanVCC yang Naem anjurkan aritu. Aku antara orang yang berjaya dapat hadiah utama sebanyak RM30 dan hanya 3 orang sahaja yang bertuah untuk dapat 3 tempat utama tu. Kira ok apa kalau kita tulis artikel kan? Its better than nothing right? Its still money!

Jadi, disini aku nak bagitau, jika korang pandai menulis. Tak kiralah dalam english atau melayu. Pastikan korang belajar cara untuk membuatkan artikel korang menarik dibaca dan juga bijak dalam mempermainkan SEO untuk tujuan trafik. Ini bukan sahaja membantu dalam menulis ulasan berbayar sahaja, malah dalam banyak perkara. Nanti aku ulas tentang perkara apa tu. Aku dah pening lalat ni.

Promosi dari aku. Dapatkan servis Pingdom sekarang. Kenapa? Pingdom offer 75% diskaun untuk penyertaan akaun baru. So, lepas ni. Korang leh dapat sms percuma dari pihak PIngdom jika website atau blog korang down atau up bila-bila masa sahaja. Best woo pakai Pingdom. Haha..tapi kalau nak try secara percuma, boleh. Tapi versi trial cuma bertahan 30 hari aje. Trick kawan aku. Habis 30 hari, buat akaun baru. Habis lagi. Wat akaun baru. Memang sengal tul..


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 9 comments. Apa plak komen korang?
john - 16 Apr 09 at 17:20:16
aku pernah gak titan dapat review nih. tapinya aku tak sure dorg bayar ker tak..

lagi satu aku dapat dari yoursaysurvey.. bleh pakai ker ek???
rina - 16 Apr 09 at 23:48:28
memang boleh buat duit dari buat review nih. Tapi tak semua orang kering hati macam titan ni.. :)
Rizal - 17 Apr 09 at 08:04:03
A’ah, betul la sangat2 titan, jangan jadikan TAK PANDAI ITU DAN INI SEBAGAI ALASAN. Jika ada usaha, sabar dan hati kering, memang mudah nak berjaya. Bayi baru lahir pun mane ada yang start dengan berjalan terus. Bidang review dalam bahasa melayu ni masih baru, so, peluang masih tinggi.

Well done Titan, I hope you are always be among the most famous blogger in Malaysia! :-)
farahaznil - 17 Apr 09 at 09:04:33
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
merahkatak - 17 Apr 09 at 18:09:13
dulu aku memang rajin buat duit dengan review-review nih. Beratus dollar gak dapat tiap2 bulan. Tapi sekarang, susah sikit. Takde masa macam dulu..

Apapun, tahniah titan sebab menang lagi contest kat blog naem. :)
debtrunner - 18 Apr 09 at 08:52:04
sekarang masih buat. Ada gak dapat job kat payperpost. Tapi dah tak banyak cam dulu.. :(
[…] jugak dalam aku bukak YM, kacau privacy mamat Raja Kamil(RK) dan Titan. Huhuhh….tanya pendapat bernas diorang. Akhirnya lepas aku londehkan semua plugin […]
titan - 21 Apr 09 at 15:35:36
Baem. Itu normallah. Dibayar atau tak, ko cek la program mana yang ko buat tu. Kalau buat secara indirect, ko kene minta depa bayar dulu. baru ko wat keje. Kalau tak, depa hilang bodo camtu aje..

rina. Memang boleh. Janji kita mencuba dan terus mencuba..

rizal. Itulah masalah orang kita. Malas dan cepat putus asa. Tu pasal ramai yang cepat give up dengan buat duit diinternet. Ehm.. :(

farah. Hang tu, bila nak email aku no akaun bank hang aa..

debtrunner. Ko dah tak rajin wat ker??
ainun - 29 Aug 11 at 20:29:46
hebat lah…review jgn tak review



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011