Hari ini, ada beberapa perkara yang membuatkan aku bengang. Bukan pasal bab buat duit atau ada orang tak berminat nak klik iklan Nuffnang atau Adsense aku. Tapi spam di akismet dan aktiviti menggunakan feed aku untuk tujuan keuntungan semakin menjadi-jadi. Itu yang membuatkan aku rasa cam nak hempok je orang yang berbuat demikian. Namun, aku sabarkan ajelah sebab mereka pun manusia yang memang saje buat kesalahan. Bukan aku tak penah buat salah pun, cuma berpada-padalah. Agak-agak sikit..
Dan akibatnya aku terdelete banyak komen-komen member yang telah memberikan komen dalam satu minggu ni. Mana taknya, aku terdelete dengan tak sengaja. Bukan sikit. Banyak plak tu. Fungsi plugin akismet pun aku rasa cam dah mamai macam makan panadol aje. Nak kata bengang, memang bengang. Tapi bukan aku sorang sahaja yang mengalami masalah akismet ni. Ramai juga sebenarnya. Alahai..
Tadi, aku diberitahu oleh support hosting aku yang bermasalah. Mereka akan buat full restore malam nih. Diorang akan backup aku punye data dan akan letak kat hosting baru. Kemudian kita lihat jika ada masalah yang timbul. Di hosting sekarang, memang aku dan penyedia hosting dah pening kepala. Nampak gaya, ini mungkin penyelesaian terakhir untuk masalah yang kami alami. Walaupun aku takdelah marah sangat, tapi akui bahawa masalah ini memang boleh terjadi bila-bila masa. Jadi, bersedia ajelah. Harap, lepas ini takde lagi masalah yang sama walaupun sebelum ini aku sudah mengalaminya lebih dari sekali. Semoga percubaan kami ini akan berjaya. Doakanlah yek. Yang pasti, bukan hosting ni yang aku gunakan untuk blog Earncent atau blog Rajapayloadz. Hosting tersebut khas aku beli untuk tujuan edisi siasat dan projek-projek buat duit yang aku telah lama plan sejak tahun lepas..
Minggu ni aku ada kursus yang kene aku ikuti. Plan yang dirancang bermasa kawan-kawan aku terpaksa ditunda. Malah, kami terus menggantikannya ke Temerloh petang tadi dengan tujuan untuk bersuka ria walaupun balik kerja macam dah kerja lebih dari satu hari tanpa rehat. Dengan menaiki kereta Viva kawan aku yang masih lagi tak habis bayar, kami berangkat ke Temerloh. Tiba disana, kawan aku menyelesaikan hajatnya untuk membeli simcard untuk celcom broadbandnya walaupun aku dah cakap yang benda tu tak berapa bagus namun, dia bekeras nak cuba gak. Huh, lantaklah. Kemudian, kami terus bergegas ke Mentakab untuk serang McDonald. Habis makan, kami balik. Itu sahaja.
Ps: Ok. Takde apa nak cerita. Aku nak belajar gi ceroboh private friendsher photo. Boleh ke tak agaknya yek?? Ramai orang kata memang susah nak ceroboh sekarang. Haha. Jahat plak aku pada hari Rabu nih..
Popularity: 28% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Hosting Solution: Which Hosting plan you choose? | Open Case: How to make money from Review? »




















jemput ke blog aku..he he
Anywhere. Long time not see you again since last time. I still want to eat that nasi lemak sotong again. Miss that unique food. Waa..
Wait. its really celcom broadband really sucks?
videono. Nak wat camana. Dah nama kawan. Kita temankan ajelah..kawan aku kat sini tak ramai. Lagipun, leh jalan-jalan cuci mata. Haha..
Bagak. Tau takpe..
Din. bukan aku yang nak beli. Kawan aku. Dia ni pelik sket. Kat Jerantut pun ada. Nak jugak beli kat Temerloh. Aii…
Silent Girl. Of courselah..
Hafifi. Susah sket nak hack sekarang. Dulu memang senang. Tapi sekarang kalau ko ada 500 dollar. Memang ko leh dapat password email atau friendster akaun yang ko nak tu. Aku tau website yang sediakan service tu..mau? Takyahla kan? kan?
Merahkatak. I agree with you.
Luna. I know. But i cannot share with you. Haha..
Hafiz. Takyahlah belajar. Ko tanye terus ke owner akaun tu. Request pun boleh. Mana tau dia nak bagi ko tengok. Try je. Hehe..