Malam ni aku tidur lewat. Sibuk mengupdate blog yang baru aje aku beli dan sedang sibuk setup apa yang patut. Baru sahaja aku beli hosting dan domain baru dalam 2 hari lepas. Terpaksa berikutan ada masalah di hosting yang sedang aku pakai sekarang. Pihak hosting masih tak dapat selesaikan lagi. Mungkin ianya mengambil masa walaupun aku tahu aku sedang mengalami kerugian sekurang-kurangnya 10usd setiap hari. Arghhh..
Apapun, aku terus update apa yang patut dan mempromosikan semua yang patut. Maklumlah, nak buat duit bukan mudah sebab kita kene teruskan promosi dan promosi. Barulah nampak hasilnya. Jika promosi sekadar yang patut aje, janganlah dok menyesal tak dapat 10 sen pun dari internet. Aku akui, nak dapat 10 sen dari internet cukup mudah berbanding 5 tahun dulu. Azab gila nak dapat 10 sen dari internet dulu. Sekarang, aku mampu tersenyum walaupun gaji setiap bulan aku tak masuk lagi. Haha..takpe. Ada duit backup. Itulah gunanya menyimpan ketika waktu muda dulu. Sebab aku masih baru, gaji aku masuk lambat sikit. Tak apa, sekali 4 bulan aku dapat gaji aku nanti. Leh la gi Genting ke, Cameron ke, Cherating ke atau mana-mana pulau yang berdekatan. Tidak pun, Fun Fair kat Jerantut ni pun jadilah. Bayar masuk RM3 aje..

Bila Rohaizad kata nilai klik adsense makin ciput dan berubahnya TOS Google. Aku rasa macam dah tak best aje dunia adsense sekarang. Namun, aku kene teruskan juga sebab Adsense antara penyumbang terbesar selain Shareasale, TNX, TLA, Services setup blog, jual vcc, Nuffnang, Bukisa dan macam-macam lagi. Jadi, aku harap, pendapatan aku dengan adsense masih hebat seperti bulan-bulan yang lepas. Aku akan tukar ke western union. Nanti aku update bila aku rasa nak update la..
Dan kepada sesiapa yang cuba untuk mencari aku melalui Yahoo Mesengger, aku mintak maaf sekarang memang aku meminimumkan penggunaan Yahoo Mesengger. Mungkin aku tidak akan online sekerap dulu namun aku masih online setiap hari untuk update setiap blog aku. Harap-harap blog-blog aku yang down akan up semula. Ni yang rasa aku kene pakai subsribe semula servis Pingdom ni. Senang. Down aje, aku leh dapat sms dengan sepantas kilat. Hoho..
Dan satu lagi, untuk pengetahuan semua. Blog ini lebih kepada blog peribadi dan akan kekal memberitahu korang tentang info buat duit pada masa akan datang. Jangan risau, banyak edisi siasat akan kembali dan sebenarnya aku sudah buat banyak edisi siasat diblog bahasa english aku. Cuma sekarang blog tu tengah down dan ada masalah berat sikit. Tak tahulah kenapa. Masalah server ke apa ke. Sukar untuk aku ceritakan. Harap-harap cepat setel dan boleh aku update berpuluh edisi siasat dan open case yang beranak dalam kepala otak aku ni. Huh!
Ps: Serius. Aku dah gian main Travians sekarang. Hampeh tul!
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Gambar Titan masa muda? | Hosting Solution: Which Hosting plan you choose? »




















kalau kat malaysia nyer, ko main kat ner? S1? S2? S3? Speed?
Travian, aku tahu aku akan addicted kalau sentuh. g2 juga dgn dota.So, jangan sentuh. huhu
You are right. Never touch that games..or open that site. Haha
ko sambil2 citer pasal JErantut pun sempat selit pasal buat duit ekk hehe
ingat nak main affiliate, tapi tak tahu mana yg sesuai
mazuki. Sibuk sket masa tu. Sorilah sangat-sangat..
riku. Layan travians sebab bosan gila kekadang. Itula pasal..
taukey. ko rasa kat server mana?
azwan. Hehe..tak nampak pun hang.
farah. Hang ni suka sangat berperang ka? Haiya..orang pempuan sekarang bahaya-bahaya gak rupanya..
sofea. Kenapa suka jerantut ye?
Hanep. Memanglah certain aje. Aku tahu. Keyword blog ko pun aku tau. Haha, tapi takpe. Hentam aje mana2 keyword yang rasa cam mahal. Haha..travians tu, game masa ngantuk aku..
merahkatak. Haha, hang kan gila main game. Takkan tolak game travians ni plak..
catzer. Loh..mainla. Mainla..
Lankapo. Haha, apa orang tu kata? Sambil menyelam, kita minum air. Hehe..