Gambar Titan masa muda? | EarnCent.com



Kadang-kadang, korang mesti rasa bosan bukan? Bangun pagi. Buat kerja yang sama. Jumpa orang yang sama, persekitaran yang sama dan suasana yang mungkin lebih kurang sama. Jadi, jika korang dah rasa bosan dan inginkan sesuatu yang baru. Berubahlah atau berpindah.



Itu yang aku telah lakukan. Ya, aku sudah agak bosan di Banting dan aku inginkan sedikit perubahan kecil dalam hidup aku. Jadi, tawaran kerja yang aku terima di Jerantut merupakan salah satu jalan keluar terbaik buat aku pada awal tahun 2009. Sekarang, sudah 4 bulan berlalu dan aku akui sedikit sebanyak aku sudah tidak buat kerja yang sama, tidak lagi jumpa orang yang sama, persekitaran yang berbeza dan suasana yang berbeza. Aku akui aku jumpa beberapa misi kecil yang sangat menarik hati. Aku jumpa beberapa insan yang bagus untuk dijadikan teman dan kawan. Aku temui sesuatu dalam hidup. Aku menghargai kisah masa lepas. Aku melupakan peristiwa yang pahit. Aku mengenang sesuatu yang telah pergi. Pendek kata, pelbagai benda yang aku pelajari dalam 4 bulan yang singkat ini. Sukar untuk aku khabarkan dengan kata-kata. Namun, itu hakikat yang aku sendiri masih belum mampu menjawab persoalan misteri tu. Hoho..

Tidak malu aku katakan beberapa individu berjaya menarik hati aku. Baik lelaki atau perempuan. Mereka bagus dan aku tidak rasa kekok dengan mereka. Namun, aku akui kontrak aku hanya setahun. Samada Bos aku nak pakai aku lagi atau tak, bergantung pada prestasi aku dan juga kepada naluri Bos aku. Kalau dia rasa aku tak best, dia cari aje orang lain. Aku tak leh paksa-paksa orang terima aku. Aku cuma boleh tunjuk apa yang aku mampu buat dengan sedaya upaya.

Oups. Aku dah melampau hari ini. Terlalu banyak banyak novel agaknya. Korang bacakah Novel terbaru Ramlee Awang Murshid yang bertajuk Mikhail itu? Jika belum, pergilah beli dan baca. Aku yakin novel kali ini sangat hebat berbanding karya-karya beliau terdahulu.



Ok. Ini bukti bayaran yang ke 23 aku terima dari TNX. Aku tahu tak banyak. Tapi aku withdraw jugak sebab nak pakai duit paypal. Apapun, aku harap dengan bukti bayaran ini dapat menambahkan lebih ramai orang untuk buat duit dengan TNX. TNX adalah antara program jual beli link yang paling senang berbanding program-program yang seumpama dengannya. Korang tak percaya, aku tak kesah. Haha..

Ps: Itu gambar terkini aku. Maaf agak kelam. Malas aku nak terangkan. Itu gambar kandid yang kawan aku ambil masa tengah wat satu projek kat satu kawasan pedalaman di Jerantut. Haha..







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 15 comments. Apa plak komen korang?
farahaznil - 12 Apr 09 at 15:18:19
eleh titan..saje je duk tunjuk gmbr gelap…cis..adakah ko smakin sihat walafiat??semakin tembam??hohohoho….alah titan..prmpn bkn sorang..cewah..aku plak..hi hi hi..masih ssh kah utk kau melupakan kisah silam yg terdahulu???relax2…hi hi hi hi..tak payah nak pikir byk2..hohohoho
LadyCute - 12 Apr 09 at 15:50:49
akan kucoba program ini untuk melupuskan page rank dari pakcik google… hahahaha
Din Beramboi - 12 Apr 09 at 17:10:42
A’aa la Titan..ko makin tembam dan hitam. hehehe.. Makin tembam ni rasanya dpt awek baru. So hati senang..lalu nak makan. :D
Din Beramboi - 12 Apr 09 at 17:13:10
Ko keje apa kat sini Titan? Ahli geologi ke? Aku tak jadi Geologist lagi nih..mmg tak kot.. :D
farahaznil - 13 Apr 09 at 05:14:56
dah tu..asik pg jln2 je sejak akhir2 ni..hi hi hi..bwk awekzzz br le tu..ekekekeke
luna - 13 Apr 09 at 06:46:33
gelapnya dia. Terangkanla gambar tu..
de engineer - 13 Apr 09 at 08:10:16
lawa spek ngko bro. Tpi misai x nmpk lah..hehe :cool:
you mmang duduk jerantut ke?
farahaznil - 13 Apr 09 at 14:08:54
hohoh..lawa spek???aku tgk golap je semuanya…ekekekekeke
rina - 13 Apr 09 at 19:24:04
farah. Ko nak terang. Gi pakai lampu suluh. Mesti terang benderang punye..
farahaznil - 14 Apr 09 at 09:22:25
hohhoo..suluh muka titan…hi hi hi…
Din Beramboi - 16 Apr 09 at 00:43:29
Korang copy and adjust guna photoshop. Nmpak la gmbr sebenar muka peminat korang nih..hihi. :D
farahaznil - 16 Apr 09 at 02:36:24
adeh..photoshop..ko reti guna ke din??ajar sket..cewah..
silent girl - 16 Apr 09 at 03:15:42
pakai photoshop? Ala, pakai paint pun boleh gak rasanya. Haha.. :D
farahaznil - 17 Apr 09 at 09:21:16
huhuhuh..pki paint tu klu nak conteng muka titan je leh lah rasanya..ekekeke
titan - 21 Apr 09 at 16:21:40
Hamboi korang. Sesuka hati kutuk aku yek. Taulah aku tak sehensem korang dan tak selawa puteri gunung ledang. Janji ada rupa sudahlah. Haha.. :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------