Hari ini aku cuma hendak cerita bab buat duit dari internet. Aku akui tidak banyak topik yang berkaitan dengan buat duit dan edisi siasat lagi ekoran kesibukan yang tidak dapat aku huraikan dengan kata-kata dalam artikel-artikel aku sebelum ini. Jadi, maafkanlah aku jika korang rasa bosan dengan entry aku. Takpe. Aku tak kesah. Malah, ianya membuatkan alexa rank aku jatuh gedabak. Biasalah, trafik ni benda yang susah kita nak kawal. Tapi janji perangkap seo aku masih terus berjalan, aku tak pernah risau kerana hampir setiap hari, ada sahaja orang yang datang ke blog ini dari carian search engine. Janji tak hilang dari SERP sudahla..

Ok. Dalam bab buat duit ni. Terlalu banyak cara untuk buat duit. Melalui jualan ebook, jualan buku, servis blog, servis vcc, servis itu ini, jual itu ini, sertai affiliate program, sertai Google Adsense dan macam-macam lagi sehinggakan negara Malaysia sudah terkenal dimerata dunia sejak 4-5 tahun yang lepas. Sedarkah korang semua negara kita pernah dicop sebagai spammer terhebat, penipu yang berkaliber, aktiviti feraud yang berleluasa pada ketika dulu? Dan tahukah korang betapa sukarnya kami-kami yang berusaha untuk menaikkan semula negara kita dimata mereka? Dan kini, golongan spammer, kaki hack, penipu yang berkaliber dan golongan feraud ini kembali berleluasa? Aku tidak mahu ia kembali kerana ianya pasti mencalit arang kembali ke muka kita semua. Aku sedar benda itu sukar untuk dibendung. Namun, aku harap mereka2 itu terbaca sedikit ulasan yang aku buat ni. Berubahlah dan berubahlah..

Satu lagi golongan yang aku benci. Kepada sesiapa yang menggunakan feed blog-blog english aku. Sila buang dari autoblog korang sebelum aku report sama pakcik G atau aku sendiri mengambil tindakan untuk membuat aktiviti kelik-kelik secara kreatif yang pasti membuatkan korang tidak lagi menerima bayaran melalui cek hijau atau western union. Jadi, amaran dari aku. Keluarkan feed aku dari autoblog korang. Ada yang telah aku email dan sebagainya. Yang membuatkan aku bengang, korang tak tanya aku atau mintak keizinan dari aku walaupun ianya hanya satu perenggan yang dikreditkan kepada blog aku. Jadi, aku tak suka digunakan. Jadi, tolong keluarkan blog aku dari senarai autoblog korang sebelum aku membuat tindakan. Nak buat duit pun, agak-agakla..

Kembali ke perihal buat duit. Ramai yang kata sukar untuk buat duit. YA! Aku sendiri mengakui hakikat itu 5 tahun lepas. Namun, sekarang. RM1000-RM5000 bukan lagi satu kesukaran bagi pemain-pemain adsense, pemain-pemain e-bay, pemain-pemain affiliate program, pemain-pemain TLA dan TNX dan juga pemain clickbank. Ini semua bukan lagi mitos. Jumlah itu sudah biasa dikalangan blogger dan IM tanah air. Aku mengakui hakikat itu kerana aku sendiri pernah mencapainya. Laptop, motor, handphone SONY Ericsson, kereta dan bakal kereta baru semuanya aku beli dari hasil duit internet yang aku perolehi selama ini.

Bukan mahu berlagak, korang sendiri sudah lihat buktinya sendiri dan aku yakin ramai yang sudah tersenyum setiap awal dan hujung bulan bukan? Malah, ada juga yang tersenyum melihat akaun Maybank dan Paypal setiap hari. Jadi, nasihat aku. Berusahalah. Pilih satu dua program dan fokus. Jadikan ianya senjata korang. Dan jangan mudah putus asa. Walaupun aku sudah bekerja kontrak, aku masih mampu membuat duit dari internet secara sampingan. Malah, pada bulan lepas, income aku melebihi daripada jangkaan aku. Ingatkan income akan slow bila kerja kontrak ni, tak sangka rezeki bertambah. Alhamdulillah. Tuhan nak bagi. Jadi, doakan aku dapat beli kereta Vios macam kereta abah aku yek! Tak dapat Vios, New Saga pun bolehlah. Janji leh race kat Jerantut ni. Sakit gak asik merempit dengan motor Lagenda tu..

Cukuplah celoteh yang agak panjang hari ini. Dah lama aku nak boast sikit macam ni walaupun ianya sangatlah pendek. Namun kekangan masa dan sifat malas menguasai diri. Nak mengorat perempuan pun aku takde peluang. Apatah lagi mencari calon isteri. Jadi, kekadang. Aku jadi pemalas. Tapi bila bekerja, kita bekerja. Ini perkara kejam yang terpaksa aku lalui. Bangun pagi jam 5.30 dan mandi air sejuk setiap pagi. Aku sudah lama tidak mengulangi rutin ini sejak aku darjah 1 dulu. Mahu terkejut beruk badan aku dibuatnya akibat mengalami sindrom ni. Maklumlah, kerja kontrak tu memerlukan aku masuk office seawal mungkin dan balik selewat mungkin. Tapi ok apa, gaji pun leh tahan. Tak kerja online, aku still boleh hidup dengan gaji sebanyak tu. Tak campur elaun lagi. Haha..

Ps: Aku addict dengan game Travian sekarang dan selalu melihat video-video Maki Horikita. Hoho, Maki memang kiut. Lagi kiut daripada Jo Anna Sue Henly Rampas. Hoho..jangan marah aa Khai!!







Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 24 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 11 Apr 09 at 15:38:48
hoho..siapa maki horikita nih weh.. :)
samdaddycool - 11 Apr 09 at 16:51:54
hebat kawan-kawn IM yang makin tip top dan meletup!
kiro - 11 Apr 09 at 23:15:04
nama pempuan aje manjang nih.. :D
spatt - 11 Apr 09 at 23:29:14
wow, titan nak beli vios tu…tumpang bleh?
farahaznil - 12 Apr 09 at 04:56:42
haah dol..best main game travian nih..hi hi hi hi..ko ni keja apa haaa titan???haizzz
farahaznil - 12 Apr 09 at 06:30:22
Apa Yang Penting.. Kerjasama..
Apa Yang Penting.. Kerjasama..
Wonderpets, wonderpets kami datang
Membantu kawan2 yang kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
bila bekerjasama, semua jadi mudah
yeehhh… Wonderpets, yehhh..
titan - 12 Apr 09 at 07:04:31
akazuma. Maki horikita? cari sendirila..

samdaddycool. uih, tak nak aku meletup-letup nih..

kiro. Hehe.. :)

spatt. Boleh aje maa…
mazuki youtube - 12 Apr 09 at 07:14:02
yeah…aku pon explore jugak sebelum ini mengenai auto blog nie..tapi aku xbuat….

satu lagi aku teringin beno nak sampai tahap ko dapat 2-3k sebulan pon dah ok tuk aku sekarang ni…haha

sebab utama, aku rasa nak keluar jadi askar je…kehkehkeh
samdaddycool - 12 Apr 09 at 07:26:15
Jo Anna Sue Henly Rampas… perghh kiut miut minah ni.. cair beb.. cair…
titan - 12 Apr 09 at 08:23:58
farah. ko dah main travians? Seronok ke tak? Susah ke tak nak main? Haha..

mazuki. Paypal dah habis. Sori aa ye.. Yang wat aku bengang pakai auto blog ni, depa selamba je ambil feed aku. Aku kenal sape yang wat tu. So, better remove feed aku tu sebelum jadi apa-apa..mentang-mentang aku rajin update blog2 english aku. Diorang sebat gak..

Ko nak jadi askar ke tak nak jadi askar nih??

samdaddycool. memang kiut. Tapi aku tak cair dengan dia. Kalau si Maki ni, cair aku rasa. Haha.. :D
taukey - 12 Apr 09 at 10:44:28
setiap niche blog aku kena macam blog ko gak. aku selalu tgk ada trackback kat blog aku hasil dari auto blog tu. hmmm. aku delete jer trackback tu. hahaha.
farahaznil - 12 Apr 09 at 15:12:44
best dow main travians tu…hi hi hi..tapi aku geram la..kena tggu lama beb..mkn masa oo…hi hi hi..tp ko lg dasat titan..smpi 2 village dah dlm genggaman nih..hahahaha..aku geram la dgn pengurusan tanah liat tu..lembab betul..sakit jiwa aku duk tgu..huhuhuh
Betty - 13 Apr 09 at 05:20:43
I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don’t know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.

Betty

http://desktopmemory.info
luna - 13 Apr 09 at 06:49:51
maki horikita? hoho..macam-macamlah titan nih.. :)
videono - 15 Apr 09 at 17:00:33
sape betty nih? spam ker? :(
goge - 16 Apr 09 at 13:07:58
Huhuh… termotivasi plak! :D
farahaznil - 16 Apr 09 at 14:25:58
ntah la..aku rasa mcm spam je..tp buat2 kunun baca blog ni..hahaha..si betty ni org mn??hi hi hi hi hi =p
titan - 21 Apr 09 at 16:13:17
taukey. Bengang gak lah. Aku tak berkenan sebenarnya auto-blog nih. Tapi nak wat camana, dah jadi satu trend plak sekarang.. :(

farah. Amboi. Lihat hang main Travians nih. Tak gi study ke wehh..

Betty? Spam nih..

luna. Mana ada maa..

goge. Motivasila sikit-sikit. :)
Cheap xanax. - 07 Sep 09 at 12:59:26
Buy presription xanax generic cheap….

Forum akgl cars toyota xanax phentermine cheap. Buy cheap xanax. Xanax buy xanax online buy cheap xanax xanaxbuy….
Flight tickets online. - 08 Sep 09 at 13:19:42
Flight tickets online….

Flight tickets online….
Ambein dizziness. - 08 Sep 09 at 23:05:14
Ambein suicide….

Ambein suicide. Ambein. Ambein dizziness….
Cheap oxycodone. - 16 Sep 09 at 07:51:30
Cheap oxycodone….

Cheap oxycodone….
Buy phentermine hcl. - 14 Oct 09 at 03:34:06
Mg buy phentermine….

Order phentermine online buy cheap pharmacy here….
HISHAM - 07 Feb 10 at 09:37:26
BODOH BETUL …..SAPE TAK KENAL HORIKITA MAKI MMG BANGANG …..DIA PELAKON JEPUN SEBAYA AKU TAHUN 1988 ……AKU RASA TAK BYK BEZA PUN DGN JOAANE JOAANE MUDE SIKIT 1989 DIA LAHIR…


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------