Walaupun sudah beberapa hari aku balik dari Taman Negara, namun aku masih tidak ada mood untuk menulis sesuatu diblog ini. Aku harap semangat aku untuk terus menulis disini tidak pudar. Mungkin aku perlukan sesuatu untuk merangsang dan memotivasikan aku untuk terus menulis diblog ini. Jika korang hendak tahu, ini adalah artikel ke 492 yang berjaya aku karang dari sejak aku menulis blog ini. Fuh, 492 artikel. Korang dah tulis berapa artikel rasanya yek??
Ok. Aku tak banyak gambar nak share dengan korang. Masa kat Taman Negara, aku sempat shoot jambatan gantung aje. Ada yang 5 meter dan ada yang 10 meter punya panjangnya. Ada yang betul-betul tinggi, ada gak yang leh jadi port nak bunuh diri, ada gak yang rendah sikit untuk budak-budak belajar jadi tarzan. Jadi, terpulanglah pada selera masing-masing. Aku redah aje semua..



Dan beberapa lagi gambar kat lubuk yang aku jumpa. Aku tak dapat nak tunjuk semua gambar sebab semua gambar masih RAW dan aku tak dapat kebenaran dari tuan punye kamera. Lesen kamera yang aku perlu bayar adalah RM5 untuk tempoh 1 bulan. Hoho..lupa. Bayaran masuk ke Taman Negara cumalah RM5. Bayaran bot ke Taman Negara dari jeti. Hanyalah RM1. Jadi, pergi balik. RM2 sahaja. Jadi, dengan hanya RM7, korang dah leh jelajah satu Taman Negara ni dari jam 10 pagi hinggalah ke jam 4 petang. Tambahlah RM3 untuk beli air mineral. Jadi, cincai. RM10 sahaja perjalanan aku gi Taman Negara dan menempoh perjalanan yang sakit jiwa untuk ke Bukit Teresek dan juga ke lubuk yang aku dah lupa namanya untuk bermandi manda.
Dan aku akan pergi untuk 2nd trip samada dalam minggu ini atau minggu depan. Ntahlah. Semuanya bergantung kepada budi bicara group aku dan group satu lagi. Kali ini kami akan bawa lebih lagi peserta. Ada bakal PTD, ada guru, ada budak sekolah, ada tukang kebun, ada blogger, ada gak bapak budak. Semuanya ada. Haha..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Komisen ke 22 dari TNX | New Pay Per Lead : Back Yard Stash »




















ada rezeki nak pergi juga
tapi bestla ko dapat tgk utan.. Kat depan umah aku ni pun dah macam utan.. lot tanah takde orang…
p/s-sihat ya titan?
p/s:titan,,buku buat duit dengan blog dah ada kat kedai!!leh la review!!kui,kui….site hang pun ada dalam tu,,hehehe..
Masukkan kat youtube? Aku malas tul nak wat video sekarang. Sibuk maa..
Rafhz. Hek eleh. Gi taman negara kosnya baru je RM10 aje. Tapi kos minyak nak gi Jerantut je kene cover. Kos penginapan percuma. Hoho..tengoklah 2nd trip. Nanti aku bagitau..
Kakeru. Meh la gi Taman negara. Dekat aje kan? Hehe..
Diya. Sehat. Dia tu je. Nyuruk memanjang..