Archive for March 2009


Aku agak sibuk hari ini. Mencuba beberapa program baru di tiga blog yang diberi nafas baru dengan cara tersendiri. Tak perlulah lagi aku bocorkan nama domain tersebut. Lambat laun, korang akan tahu jugak nanti. Yang penting, aku nak beritahu korang aku sudah berjaya mendapat cek pertama dari Zangocash. Hoho..

Adakah ini berita gembira yang aku nanti-nantikan pada hari ini? Ya. Namun ianya bukan satu berita yang sangat gembira. Ada lagi berita yang lagi gembira. Tetapi nanti aku akan ceritakan setelah aku berjaya membuat kepastian. INi cerita tentang beberapa orang dibeberapa kawasan yang berbeza daerah. Eh..

zangocash cheque 300x206 Open Case: Cek Pertama dari Zangocash


Haa. Itu dia gambar cek Zangocash yang aku perolehi pagi tadi. Secara jujur, aku sendiri tak perasan. Tetapi abah aku yang bukak dulu sampul surat tu. Dia kata aku dapat cek. Tapi cek kali ni sangat berbeza dengan cek-cek yang dia pernah temui sejak tahun lepas. Lain macam je dia kata.

Setelah aku teliti, laaa. Ini duit Zangocash! Aku sendiri sudah lupa dengan program Zangocash ni sejak aku menumpukan kembali kepada blog adsense dan mempromosikan affiliate program luar negara yang sangat mendapat sambutan sekarang. Jadi, aku bersyukur. Biarpun tak banyak macam pemain Zangocash yang lain, namun aku bangga akhirnya aku berjaya gak buat duit dengan Zangocash. Bukan senang tu tau.

Tentang mengapa aku menerima bayaran melalui cek. Haa, janganlah korang tanya. Aku kan memang suka kumpul gambar-gambar cek begini. Aku sendiri sudah nampak semakin ramai orang kita yang berani menunjukkan cek masing-masing diblog mereka sekarang. Bukankah itu satu peningkatan yang bagus walaupun keadaan negara kita sedang gawat ni kan? Itu satu paradigma yang agak memberangsangkan adrelina korang kan? Hehe..

Ps: Itu sahaja untuk hari ini. Aku nak update blog lain plak. Pasal zango jugak. Tapi versi lain..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak promosikan satu lagi PPL tanah air yang semakin panas sekarang. Aku kira hampir setiap bulan akan ada PPL baru yang tersebar diserata blog-blog melayu sekarang. Malah, aku yakin ianya akan terus menyerang untuk jangka waktu yang lebih lama. PPL international pun nampaknya semakin kurang. Mungkin diorang tahu waktu bila yang sesuai untuk melancarkan PPL tersebut.

PPL kali ini adalah duitsurvey.com. PPL ini dikelolakan oleh saudara Wanmus. Aku tak pasti nama sebenar beliau. Namun usaha beliau sangat aku puji kerana beliau membuka satu peluang lama yang diperbaharukan dengan cara tersendiri.

youthsays 246x300 Edisi Siasat: Buat Duit dengan Duitsurvey.com


Melalui PPL Duitsurvey.com ini, beliau mempromosikan cara mudah untuk mendapat duit melalui program Youthsays. Masih ingat dengan program tersebut? Ya, program itulah yang pernah membayar aku lebih 1 ribu tu, malah aku yakin tak lama lagi aku akan menerima cek dari youthsays lagi. Wanmus juga menunjukkan bukti bahawa beliau berjaya untuk buat duit dengan program survey Youthsays. Mungkin korang boleh belajar bagaimana hendak buat duit melalui Youthsays dengan report percuma beliau. Benar, ianya mudah tetapi percayalah, korang masih perlu berusaha. Jika malas, fikir-fikir sendirilah apa hasil yang korang dapat ye?

Tak banyak yang aku nak komen. Jika korang download report ni dari link referral aku. Aku akan dapat RM0.25 sahaja. Dan aku memerlukan 40 orang untuk mencapai nilai minimum. Tinggi betul payout yang ni. RM10. Aku harap, mungkin Wanmus boleh considerkan ke RM5 sahaja. Itu lebih memberangsangkan kami untuk mempromosikan PPL ini. Sebab apa? Aku yakin tak ramai orang mampu mencapai nilai minimum. Itu satu hakikat yang kita kene ketahui. So, korang nak join atau tak. Aku dengan Wanmus, tak rugi punya..

Ps: Jika korang pemain adsense, korang pun leh try benda ni. JIka korang pemain affiliate dan clickbank, ini juga boleh korang buat semasa waktu santai-santai. Seposen pun duit apa. Sebagai blogger baru, apa salahnya korang try jugak benda ni kan? kan?

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Aku rasa sudah banyak review yang telah aku lakukan samada untuk blogger tempatan, IM tempatan dan tak kurang juga beberapa blogger luar negara samada di Blog Earncent atau blog-blog aku yang lain. Aku kira ini merupakan salah satu cara untuk membantu blogger kita dikenali ramai dengan cepat disamping dapat mengenal lebih ramai lagi blogger dan pemain Adsense yang berwibawa pada satu masa nanti. 

Jadi, hari ini aku cuma hendak kenalkan pada korang satu lagi blog yang menjadi pilihan aku kali ini iaitu Selangor2u.com. Secara jujur, aku sudah lama mengikuti perkembangan blog ini dari awal sehinggalah kini. Dari dulu yang theme wordpress yang berterabur dan sehinggalah secantik sekarang. Aku boleh katakan theme terbaru blog Selangor2u.com kali ini lebih lawa dari blog aku dan juga blog-blog IM atau Blogger yang lain. Aku teka beliau menggunakan premium theme. Mana hang dapat ek? Pandai betul hang susun guna theme tu. Takde yang kacau bilau dan aturan bagi iklan, post dan juga penggunaan mybloglog yang kat bawah tu pun sesuai. Pendek cerita, kalau korang datang blog Selangor2u.com ni, takde masalah dari segi blackout, loading dan mudah untuk mencari post-post yang menarik hati korang. Berbeza dengan blog aku, yelah. Memanjang blackout aje. Hehe..

selangor2u Apa ada dengan Selangor2u.com?


Ok. Apa yang ada di blog Selangor2u.com ni? 

Secara jujurnya. Aku pelik untuk menentukan niche blog ini. Tetapi setelah aku selidik dan mengagak mengikut fikiran liar aku. Aku dapat katakan bahawa blog ini banyak mengetengah isu-isu semasa, dunia artis dan juga sedikit sentuhan tentang dunia Adsense. Tidak malu aku katakan bahawa penyampaian penulis blog ini agak baik dan menghiburkan. Tidak terlalu meleret-leret dan banyak post yang straight to the point. Mungkin bagi sesetengah orang suka dan mungkin juga ada yang tak suka. Ahh, pedulikan yang tak suka. Buat saja apa yang ko rasa pembaca suka dan tuliskan isu-isu yang orang Malaysia ni suka baca. Antaranya macam cerite Dania Danielle dapat result SPM tu. Mak aii, mana ko tau dia dapat 2A dan 5B tu? 

Penulis blog ni lebih dikenali sebagai budakbarubelajar diforum wangcyber. Dan aku dapati dia agak menarik orangnya. Walaupun aku baru sahaja mengenali beliau sejak tahun lepas, namun aku yakin beliau seorang yang boleh dipercayai dan bukannya seorang kasanova. Aku juga tahu dia boleh pergi jauh dalam bidang yang dia ceburi asalkan dia berusaha dan tidak mudah putus asa.

Selain itu, dari segi ranking alexa, blog ini ditangga 646513. Aku kira itu satu pencapaian yang sangat hebat dan jika tidak silap aku blog itu baru sahaja lagi bukan? Jadi, ianya tidak mudah untuk mendapat trafik yang hebat bagi blog baru. Sedangkan ada juga blog lama tapi masih gagal mencapai ranking tersebut. Aku akui, beliau hebat dan cubalah apply Inlinks atau TextLinkAds. Mesti lepas dan mampu berjaya menjana pendapatan pasif setiap bulan. Mana tahu tuah Selangor2u.com di salah satu program tersebut? Hoho..

Kelemahan? Aku masih tidak nampak sangat kelemahan blog ini. Cuma aku suggest beliau menukar nickname yang beliau gunakan. Tak perlulah guna admin ketika membuat posting diblog tersebut. Mungkin ini dapat membuatkan beliau lebih dikenali dengan nickname tersebut. Amacam? Tapi kalau tak suka, tak apa. Setiap orang ada pendapat masing-masing yang berbeza. Tentang placement adsense, penyusunan theme aku rasa dah cukup bagus. Penggunaan warna dan lain-lain semunya bagus. Banner pun tak bersepah dan tersusun rapi. Dan beliau juga menggunakan background putih. Itu sudah cukup hebat dan aku yakin ramai yang suka baca blog ini. Dan yang paling penting sekali, tak blackout dan lambat loading ketika melayari website tersebut..

Ps: Itu sahaja dari aku. Jika korang tak caya. Gi tengok sendiri kat Selangor2u.com la..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Akhirnya, cek keempat dari Nuffnang telah pun tiba dirumah abah aku. Walaupun aku rasa agak lambat tetapi aku tidak kesah. Janji cek itu sampai dengan selamat. Dan dapatlah aku ambil gambar cek tersebut untuk tatapan pembaca blog Earncent ini. Aku harap ianya akan membantu korang lebih semangat untuk mendapatkan cek Nuffnang pada bulan-bulan yang akan datang.

Benar. Aku tahu ramai yang sudah dapat cek daripada Nuffnang dan aku ucapakan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapatkannya. Biarpun kekadang jumlah itu tidak sehebat cek-cek adsense atau cek clickbank, namun aku yakin ianya membuktikan pada korang yang internet mampu memberikan sedikit pendapatan kepada kita asalkan kita mahu berusaha. Betul tak?

ceknuffnang 300x185 Lee Chong Wei dan Cek Keempat dari Nuffnang


Nampak? Korang teka sendirilah berapa jumlah yang aku dapat kali ini. Tak banyak. Tapi janjilah. Cek kelima Nuffnang mungkin akan tiba lagi sebulan dan cek keenam, mungkin lagi 2-3 bulan. Biarlah, janji sampai dan aku harap cek adsense dan shareasale akan tiba dengan cepat pada kali ini. Hoho..

Tips untuk dapat cek Nuffnang? Tak ada tips yang hebat. Sediakan content yang menarik dan fikir bagaimana hendak dapatkan trafik setiap hari diblog masing-masing. Itu sahaja. Jika korang boleh fikir tips tersebut, tak mustahil boleh dapat cek Nuffnang setiap bulan bukan? Ramai yang dah berjaya, takkan korang pun tak boleh kot???

Berita esok yang pasti ada disurat khabar tempatan. Lee Chong Wei menang lawan dengan Lin Dan! Best gila aku tengok Chong Wei main tadi. Hehe..Tahniah untukmu kerana mengharumkan nama Malaysia lagi sekaligus mengalahkan Lin Dan yang tak penah-penah menang sejak Sukan Olimpik tahun lepas..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011