Hari yang agak sibuk dari jam 7 pagi sehinggalah jam 2.30 petang ni. Mahu kepanasan aku dok dalam opis yang sememangnya panas ni. Air-corn takde walaupun aku dah wat bising sejak 3 bulan lepas dan member-member lama kat sini pun hanya tersenyum sahaja kerana mereka dah bosan dengan benda tu. Mintak, tapi tak dapat-dapat aje. Takpelah, janji kipas ada dan berfungsi..
Petang nanti aku nak gi site dan sambung wat kerja yang terbengkalai semalam dan nak jumpa 2-3 orang member. Minum-minum sat. Dah lah malam tadi aku dengan member aku gi makan. Sekali dia bawak dua orang perempuan plak. Sudah, tak tahu plak jadi double date malam tadi walaupun dengan tak disengajakan. Haha..makan, borak dan entah apa kitaorang bincangkan pun aku dah lupa. Lari dari tujuan utama yang nak dibincangkan oleh aku dengan member aku..

Seperti biasa, abah aku dah memandai apply KPLI untuk aku tahun ni dan keputusannya akan keluar hari ini ataupun malam ni. Tidakpun, esok agaknya. Lantaklah.. Aku sebenarnya dah malas nak apply benda nih. Tapi abah aku masih berharap ditambah lagi dengan harapan mak dan pakcik-pakcik aku yang lain mengharapkan aku mengikut jejak langkah mereka. Aku bagitahu, ini kali terakhir mungkin aku cuba. Aku selesa dengan kerja baru aku sekarang dan aku juga selesa dengan kerja online yang terpaksa aku jalankan secara curik-curik sekarang. Pastinya hasilnya diluar dugaan aku. Hoho..biasalah, jika usaha dilakukan secara luar biasa, pastinya hasilnya diluar dugaan otak kita kita bukan? Jadi, janganlah wat kerja ala kadar aje..
Ahad ni ada program dengan budak-budak opis aku. Kita orang rancang nak wat BBQ kat Lata Meraung. Menda tu? Ini kali pertama aku dengar Lata nama cam gitu. Tapi memang biasanya nama-nama Lata adalah nama yang pelik-pelik belaka. Jadi, aku gi la kot sebab dalam ramai-ramai yang dalam 20-30 orang tu, hanya 4-5 orang sahaja lelaki. Haha, mustahil aku tak pergi kan? kan? Faham kan maksud aku? Hoho..
Ps: Ok. Abaikan kalau tak suka entri mengarut aku hari ini. Aku penat giler nih..
Popularity: 9% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Titan eat Hawaiian Chicken Pizza alone? | Kenangan Titan di Lata Meraung »
















rina. Itu aku tak tau..
budak epal. Epal je manjang ko ye…
farah. memang keje separuh hari pun. Itu yang abah aku cakap selalu tu..
afzai. cikgu pempuan lawa yek? Hehe..
Haha. aku jawab untuk titan sebab aku pernah amek gak kpli..
wahh. BBQ tu..
setahun blajo kuar jd ckgu dh..
elaun bulan2 rm1400…
kalu yg lum kawin ckup ler tuu..hehe..
titann nape mane lata tu lata meraung?
ko check x? tmpt org meraung ke?hehe
sonok bbq nmpk…
milsum. best ker? rm1400 je sebulan. Sikit tu maa…
akazuma. Alhamdulillah.
Rafhz. Dekat dengan jerantut tempat tu. 10 minit dari rumah pakcik aku. Kitaorang ada gak rancang nak gi terengganu. Gi kelantan. Ko nak saing sekali pun boleh bah nanti..
Aah. Tempat orang wat macam-macam. Bukan takat meraung aje. Cuma takde line internet aje. Kalau tak, aku bawak gak laptop fujitsu aku yang cuma tahan 2 jam tuu..
Kampungboy. PPD? daerah?
kpli2u.blogspot.com