Nampaknya aku akan terlepas lagi hari ahad pada kali ini kerana pada esok pagi aku akan berangkat ke Klang Central dan menaiki bas ke Jerantut semula untuk menyambung semula kerja kontrak aku tu. Boss aku pun dah bising suruh aku balik cepat. Haha, itulah. Bagi aku cuti lagi. Siapalah yang suruh. Tapi nak wat macam mana, aku dah kumpul cuti. Bila lagi kan nak cuti panjang camni..

Secara jujur, aku bengang sikit petang tadi. Bukan sebab tak dapat install blog atau berkaitan dengan blog. Tapi ada dua orang yang buat aku bengang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi aku tak dapat bagitahulah korang siapa nama diorang ni dan tak dapat juga aku huraikan dengan teliti pada korang kenapa diorang berdua buat aku bengang. Sorang kat Sarawak dan sorang lagi kat KL. Takpe, nanti aku kenekan korang balik. Haha..
Dan disebabkan kebengangan itu membuatkan aku makan dan minum yang bukan-bukan hari ini. Aku dengan adek aku telah menghabiskan RM68.25 sen dengan membeli makanan di Pizza Hut Banting yang makin lama makin sedap. Dulu memang tak sedap diorang masak. Tetapi aku akui, skill tukang masak diorang makin bagus dari hari ke hari. Dan aku sendiri tapau Yogurt, Mamee Kari Berapi, 1 jag kopi dan 1 jag teh. Dari jam 11 sampailah jam 2 pagi nih. Ni pun air kopi tak habis-habis. Dah sejuk pun. Memang sengal aku dibuatnya. Sudahlah jam 7 pagi esok kene siap nak jalan gi Klang Central. Kang lambat, mahu kene amuk adik aku yang bertugas sebagai driver upahan aku esok. Upahnya cuma bayar duit minyak kereta sahaja. Hampeh tul..

Oklah. Cukuplah setakat itu sahaja cerita sengal aku hari ini. Sejak aku balik rumah senyap-senyap ni, aku update semua blog-blog lama aku dan blog-blog adsense aku. Susun jadi bagi lawa dan generate traffic untuk 1-2 minggu ni dan banyak gak hasil yang aku dapat. Malah, aku dapat 6 tawaran untuk buat blog dan sudah siap kesemuanya. Plugin semua aku dah upload, theme dan edit lawa-lawa. Duit pun dah dapat. Bolehlah aku belanja sakan esok kat Jerantut dengan awek Jerantut. Haha..sape-sape aku nampak lawa masa aku gi makan malam tu, aku belanja. Haha..suka hati aku punye sengal je ek!
Ps: Tajuk diatas adalah mengarut. Abaikan aje..
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Bengkel Wordpress – Belajar jadi Pendekar Wordpress | Keputusan KPLI dan BBQ di Lata Meraung »


























Wei. Gi tidur la. Kul 4 pagi dah ni..
Nak kahwin je kejenya..
nak pizzaa sebijik boleh???
Awek Pizza Comel-oit..tu bkn air kopi ke?hahahaha
Duit masyuk pedehal kan…
aku baru masuk sikit2 pun dah gembira apatah lagi ko…
Piza hut rasa dia sama je walau kat mana pun ko makan. Aku rasa dulu ko tak pandai makan piza la, tapi skang dah pandai.
Yup, maybe skill memasak tukang masak tu agak tak seberapa, tu yg tak berapa nak best…
nnt aku suh org g anta rombongan ke… abis la meriah nnt sungai kertas.. haha…
rafh..bangsawan mn tu??bangsawan rafh ke bangsawan titan??ekekekekeke…apa plak sg kertas yg meriah..hahhaa..selayang le yg meriah..tp klu sg kertas pun..sg kertas la…cg2 siap ckp..klu nak kawin jgn lupa jemput..ekekekekeke
a’ah sg kertas bukan meriah pasal ramai org… tp meriah pasal semua cg kat sana sorak… HOYE!!!! ntuk farah.. haha… HOYE!! MAKAN NC MINYAK FREE + PIZZA… hahaha…