Apa ada dengan Selangor2u.com? | EarnCent.com



Aku rasa sudah banyak review yang telah aku lakukan samada untuk blogger tempatan, IM tempatan dan tak kurang juga beberapa blogger luar negara samada di Blog Earncent atau blog-blog aku yang lain. Aku kira ini merupakan salah satu cara untuk membantu blogger kita dikenali ramai dengan cepat disamping dapat mengenal lebih ramai lagi blogger dan pemain Adsense yang berwibawa pada satu masa nanti. 

Jadi, hari ini aku cuma hendak kenalkan pada korang satu lagi blog yang menjadi pilihan aku kali ini iaitu Selangor2u.com. Secara jujur, aku sudah lama mengikuti perkembangan blog ini dari awal sehinggalah kini. Dari dulu yang theme wordpress yang berterabur dan sehinggalah secantik sekarang. Aku boleh katakan theme terbaru blog Selangor2u.com kali ini lebih lawa dari blog aku dan juga blog-blog IM atau Blogger yang lain. Aku teka beliau menggunakan premium theme. Mana hang dapat ek? Pandai betul hang susun guna theme tu. Takde yang kacau bilau dan aturan bagi iklan, post dan juga penggunaan mybloglog yang kat bawah tu pun sesuai. Pendek cerita, kalau korang datang blog Selangor2u.com ni, takde masalah dari segi blackout, loading dan mudah untuk mencari post-post yang menarik hati korang. Berbeza dengan blog aku, yelah. Memanjang blackout aje. Hehe..



Ok. Apa yang ada di blog Selangor2u.com ni? 

Secara jujurnya. Aku pelik untuk menentukan niche blog ini. Tetapi setelah aku selidik dan mengagak mengikut fikiran liar aku. Aku dapat katakan bahawa blog ini banyak mengetengah isu-isu semasa, dunia artis dan juga sedikit sentuhan tentang dunia Adsense. Tidak malu aku katakan bahawa penyampaian penulis blog ini agak baik dan menghiburkan. Tidak terlalu meleret-leret dan banyak post yang straight to the point. Mungkin bagi sesetengah orang suka dan mungkin juga ada yang tak suka. Ahh, pedulikan yang tak suka. Buat saja apa yang ko rasa pembaca suka dan tuliskan isu-isu yang orang Malaysia ni suka baca. Antaranya macam cerite Dania Danielle dapat result SPM tu. Mak aii, mana ko tau dia dapat 2A dan 5B tu? 

Penulis blog ni lebih dikenali sebagai budakbarubelajar diforum wangcyber. Dan aku dapati dia agak menarik orangnya. Walaupun aku baru sahaja mengenali beliau sejak tahun lepas, namun aku yakin beliau seorang yang boleh dipercayai dan bukannya seorang kasanova. Aku juga tahu dia boleh pergi jauh dalam bidang yang dia ceburi asalkan dia berusaha dan tidak mudah putus asa.

Selain itu, dari segi ranking alexa, blog ini ditangga 646513. Aku kira itu satu pencapaian yang sangat hebat dan jika tidak silap aku blog itu baru sahaja lagi bukan? Jadi, ianya tidak mudah untuk mendapat trafik yang hebat bagi blog baru. Sedangkan ada juga blog lama tapi masih gagal mencapai ranking tersebut. Aku akui, beliau hebat dan cubalah apply Inlinks atau TextLinkAds. Mesti lepas dan mampu berjaya menjana pendapatan pasif setiap bulan. Mana tahu tuah Selangor2u.com di salah satu program tersebut? Hoho..

Kelemahan? Aku masih tidak nampak sangat kelemahan blog ini. Cuma aku suggest beliau menukar nickname yang beliau gunakan. Tak perlulah guna admin ketika membuat posting diblog tersebut. Mungkin ini dapat membuatkan beliau lebih dikenali dengan nickname tersebut. Amacam? Tapi kalau tak suka, tak apa. Setiap orang ada pendapat masing-masing yang berbeza. Tentang placement adsense, penyusunan theme aku rasa dah cukup bagus. Penggunaan warna dan lain-lain semunya bagus. Banner pun tak bersepah dan tersusun rapi. Dan beliau juga menggunakan background putih. Itu sudah cukup hebat dan aku yakin ramai yang suka baca blog ini. Dan yang paling penting sekali, tak blackout dan lambat loading ketika melayari website tersebut..

Ps: Itu sahaja dari aku. Jika korang tak caya. Gi tengok sendiri kat Selangor2u.com la..







Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
videono - 16 Mar 09 at 11:21:20
ehm. macam menarik. nanti gi tengok. :)
titan - 16 Mar 09 at 12:10:52
ehm..gi la tengok. mana tahu ada yang berkenan nak baca. :D
farahaznil - 16 Mar 09 at 12:32:36
ok gak blog dia ni..ringkas dan senang untuk di baca..tp aku pelik..knp ko tiba2 buat review psl blog dia??ada apa2 ke??hi hi hi hi
|1f34|-|1r3 - 16 Mar 09 at 13:53:12
sememangnya mazuki guna premium theme tuh…

part diana danielle tuh dlm metro n hampir semua paper ada..tp aku baca pon aku tak terpikir pasal 7A tuh takde subject agama islam..haha

bila ko nak review blog aku plak?
merahkatak - 16 Mar 09 at 14:57:31
hoho..ni mesti ada apa-apa ni. ada udang disebalik char kew tiaw nih.. :D
KNizam - 16 Mar 09 at 16:10:53
aku selalu gak singgah kat blog tuh. cool gak. hehe :)
topo - 16 Mar 09 at 19:16:27
hohoho ni review berbayar ke?
videono - 17 Mar 09 at 02:38:06
macam berbayar aje ni. Hehe.. :)
farahaznil - 17 Mar 09 at 03:23:09
hahahaha…aku dapat bau taktik2 titan..cewah..weh siapa kata di diana danielle tu dpt 7a haaa..ni mst tak baca habis2 nih..haizzz..psl sub. pendidikan islam tu satu..ni lg satu…aku tgk mcm sains stream bdk ni..tp mn pg add math dia..hahhaa..tak amik gak ke??huhuhuhuh..pelik bin ajaib la dia punya rslt nih..hehe
LadyCute - 17 Mar 09 at 05:05:29
takder apa-apa pun… nanti nak pi singgah tengok…
melayu comel - 17 Mar 09 at 06:27:48
cun gile website nie..hahahaha

thanx titan dengan review yang menarik ini
farahaznil - 17 Mar 09 at 07:27:28
hohho..bila lah si titan nak buat review tntng blog aku ye..mentang2lah aku punya blog..blog free..hohohho
titan - 18 Mar 09 at 21:41:09
videono - jangan tak tengok plak ye.

farah - ko memang kan suka benda pelik-pelik camtu? Hehe.. :)

life4hire - Hoho. tau aje ko ye.. :D

merahkatak - kalau ada?

topo - no komen. :)

Knizam - cold ke cool? Hihi..

ladycute - ni berapa kali ko main seo haa…

melayu comel - ni lagi sorang. Sama-samalah..

farah. Boleh kalau kene pengerasnya.. :)
My Cute Lady - 19 Mar 09 at 16:29:54
ko try laa farah buat review selangor2u tu… mesti gempak sakan kalo farah review… ahahahahaaa
goge - 21 Mar 09 at 20:10:18
Gila mamat selangor2u ni, full time blogger ke? banyak gila post, jeles aku…
titan - 21 Mar 09 at 21:08:08
fatah. farah malas maa..

goge. dia tak gila. dia rajin. Hehe :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------