Akhirnya, cek keempat dari Nuffnang telah pun tiba dirumah abah aku. Walaupun aku rasa agak lambat tetapi aku tidak kesah. Janji cek itu sampai dengan selamat. Dan dapatlah aku ambil gambar cek tersebut untuk tatapan pembaca blog Earncent ini. Aku harap ianya akan membantu korang lebih semangat untuk mendapatkan cek Nuffnang pada bulan-bulan yang akan datang.
Benar. Aku tahu ramai yang sudah dapat cek daripada Nuffnang dan aku ucapakan tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapatkannya. Biarpun kekadang jumlah itu tidak sehebat cek-cek adsense atau cek clickbank, namun aku yakin ianya membuktikan pada korang yang internet mampu memberikan sedikit pendapatan kepada kita asalkan kita mahu berusaha. Betul tak?

Nampak? Korang teka sendirilah berapa jumlah yang aku dapat kali ini. Tak banyak. Tapi janjilah. Cek kelima Nuffnang mungkin akan tiba lagi sebulan dan cek keenam, mungkin lagi 2-3 bulan. Biarlah, janji sampai dan aku harap cek adsense dan shareasale akan tiba dengan cepat pada kali ini. Hoho..
Tips untuk dapat cek Nuffnang? Tak ada tips yang hebat. Sediakan content yang menarik dan fikir bagaimana hendak dapatkan trafik setiap hari diblog masing-masing. Itu sahaja. Jika korang boleh fikir tips tersebut, tak mustahil boleh dapat cek Nuffnang setiap bulan bukan? Ramai yang dah berjaya, takkan korang pun tak boleh kot???
Berita esok yang pasti ada disurat khabar tempatan. Lee Chong Wei menang lawan dengan Lin Dan! Best gila aku tengok Chong Wei main tadi. Hehe..Tahniah untukmu kerana mengharumkan nama Malaysia lagi sekaligus mengalahkan Lin Dan yang tak penah-penah menang sejak Sukan Olimpik tahun lepas..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content














.gif)




