Archive for March 2009


Semalam aku baru aje pulang dari Lata Meraung. Best tu best gak. Tapi tak ramai yang berjaya menghadirkan diri. Daripada anggaran 20-30 orang, hanya 13 orang sahaja yang berjaya hadir untuk ekspedisi ringkas ini. Yelah, dari Jerantut pun hanya mengambil masa dalam 10-15 minit sahaja. JIka aku rempit, adalah dalam 5-10 minit sahaja dan hanya makan sikit aje minyak..

lata 300x207 Kenangan Titan di Lata Meraung


Aktiviti pertama yang kitaorang buat, menghidupkan unggun api untuk masak BBQ tu. Memang sakit jiwa mula-mula dan akhirnya ianya membuahkan hasil dengan kekreatifan member-member aku yang baru aku kenal semalam. Haha..bukan kenal pun, jadi berkenalanlah kami semalam dalam hutan tu.

ayam 300x212 Kenangan Titan di Lata Meraung


Pada mulanya, tak ramai yang datang ke lubuk tempat kami lepak tu, tapi bila hari semakin panas, ramai pulak manusia yang datang dan bermandi manda. Angan-angan aku ingat nak mandi, terus tak jadi sebab air terjun kat situ dah hampir lebih 30 orang. Jadi, disebabkan aku malas berkongsi air kumuh diorang, aku membatalkan niat murni aku tu. Aku tahu, mesti ada yang lepas hajat punye semalam. Tu pasal aku memang jarang mandi kalau gi tempat-tempat sebegini. Haha..

hazwan 300x220 Kenangan Titan di Lata Meraung

wan 300x217 Kenangan Titan di Lata Meraung


Haha, ni antara member-member yang aku berjaya kandid. Tapi tak semua aku berjaya kandid. Semua lari bila lensa kamera HP sony aku mengejar mereka. Hampeh, tak sporting langsung diorang nih. Haha..

Apapun, cukuplah setakat ini. Nanti aku share lagi. Minggu ni kitaorang akan masuk Taman Negara. Minggu depan, mungkin main Liga Futsal dan juga join Pertandingan bergu campuran. Ntah. Tak tahu jadi ke tidak. Tapi aku akan follow kerana aku dah agak bosan kat Jerantut. I need something different. Hoho..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hari yang agak sibuk dari jam 7 pagi sehinggalah jam 2.30 petang ni. Mahu kepanasan aku dok dalam opis yang sememangnya panas ni. Air-corn takde walaupun aku dah wat bising sejak 3 bulan lepas dan member-member lama kat sini pun hanya tersenyum sahaja kerana mereka dah bosan dengan benda tu. Mintak, tapi tak dapat-dapat aje. Takpelah, janji kipas ada dan berfungsi..

Petang nanti aku nak gi site dan sambung wat kerja yang terbengkalai semalam dan nak jumpa 2-3 orang member. Minum-minum sat. Dah lah malam tadi aku dengan member aku gi makan. Sekali dia bawak dua orang perempuan plak. Sudah, tak tahu plak jadi double date malam tadi walaupun dengan tak disengajakan. Haha..makan, borak dan entah apa kitaorang bincangkan pun aku dah lupa. Lari dari tujuan utama yang nak dibincangkan oleh aku dengan member aku..

kpli Keputusan KPLI dan BBQ di Lata Meraung


Seperti biasa, abah aku dah memandai apply KPLI untuk aku tahun ni dan keputusannya akan keluar hari ini ataupun malam ni. Tidakpun, esok agaknya. Lantaklah.. Aku sebenarnya dah malas nak apply benda nih. Tapi abah aku masih berharap ditambah lagi dengan harapan mak dan pakcik-pakcik aku yang lain mengharapkan aku mengikut jejak langkah mereka. Aku bagitahu, ini kali terakhir mungkin aku cuba. Aku selesa dengan kerja baru aku sekarang dan aku juga selesa dengan kerja online yang terpaksa aku jalankan secara curik-curik sekarang. Pastinya hasilnya diluar dugaan aku. Hoho..biasalah, jika usaha dilakukan secara luar biasa, pastinya hasilnya diluar dugaan otak kita kita bukan? Jadi, janganlah wat kerja ala kadar aje..

Ahad ni ada program dengan budak-budak opis aku. Kita orang rancang nak wat BBQ kat Lata Meraung. Menda tu? Ini kali pertama aku dengar Lata nama cam gitu. Tapi memang biasanya nama-nama Lata adalah nama yang pelik-pelik belaka. Jadi, aku gi la kot sebab dalam ramai-ramai yang dalam 20-30 orang tu, hanya 4-5 orang sahaja lelaki. Haha, mustahil aku tak pergi kan? kan? Faham kan maksud aku? Hoho..

Ps: Ok. Abaikan kalau tak suka entri mengarut aku hari ini. Aku penat giler nih..

Popularity: 9% [?]


Sphere: Related Content


Nampaknya aku akan terlepas lagi hari ahad pada kali ini kerana pada esok pagi aku akan berangkat ke Klang Central dan menaiki bas ke Jerantut semula untuk menyambung semula kerja kontrak aku tu. Boss aku pun dah bising suruh aku balik cepat. Haha, itulah. Bagi aku cuti lagi. Siapalah yang suruh. Tapi nak wat macam mana, aku dah kumpul cuti. Bila lagi kan nak cuti panjang camni..

sengal Titan eat Hawaiian Chicken Pizza alone?


Secara jujur, aku bengang sikit petang tadi. Bukan sebab tak dapat install blog atau berkaitan dengan blog. Tapi ada dua orang yang buat aku bengang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi aku tak dapat bagitahulah korang siapa nama diorang ni dan tak dapat juga aku huraikan dengan teliti pada korang kenapa diorang berdua buat aku bengang. Sorang kat Sarawak dan sorang lagi kat KL. Takpe, nanti aku kenekan korang balik. Haha..

Dan disebabkan kebengangan itu membuatkan aku makan dan minum yang bukan-bukan hari ini. Aku dengan adek aku telah menghabiskan RM68.25 sen dengan membeli makanan di Pizza Hut Banting yang makin lama makin sedap. Dulu memang tak sedap diorang masak. Tetapi aku akui, skill tukang masak diorang makin bagus dari hari ke hari. Dan aku sendiri tapau Yogurt, Mamee Kari Berapi, 1 jag kopi dan 1 jag teh. Dari jam 11 sampailah jam 2 pagi nih. Ni pun air kopi tak habis-habis. Dah sejuk pun. Memang sengal aku dibuatnya. Sudahlah jam 7 pagi esok kene siap nak jalan gi Klang Central. Kang lambat, mahu kene amuk adik aku yang bertugas sebagai driver upahan aku esok. Upahnya cuma bayar duit minyak kereta sahaja. Hampeh tul..

blackcoffee 300x219 Titan eat Hawaiian Chicken Pizza alone?


Oklah. Cukuplah setakat itu sahaja cerita sengal aku hari ini. Sejak aku balik rumah senyap-senyap ni, aku update semua blog-blog lama aku dan blog-blog adsense aku. Susun jadi bagi lawa dan generate traffic untuk 1-2 minggu ni dan banyak gak hasil yang aku dapat. Malah, aku dapat 6 tawaran untuk buat blog dan sudah siap kesemuanya. Plugin semua aku dah upload, theme dan edit lawa-lawa. Duit pun dah dapat. Bolehlah aku belanja sakan esok kat Jerantut dengan awek Jerantut. Haha..sape-sape aku nampak lawa masa aku gi makan malam tu, aku belanja. Haha..suka hati aku punye sengal je ek!

Ps: Tajuk diatas adalah mengarut. Abaikan aje..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


[audio:LETTO_RUANG RINDU.mp3]

Secara jujurnya, aku baru sahaja memeriksa beberapa kertas yang membuatkan aku pening kepala seketika. Sakit hati pun ada dan bengang pun ada. Apa yang membuatkan aku dalam keadaan yang kurang menyenangkan ini? Biarlah rahsia aku dan kertas itu sahaja..

Ok. Hari ini aku cuma hendak bertanya pada korang. Berapa ramai antara korang yang mahir dengan baik dalam blogspot (blogger.com) dan juga wordpress? Tak kiralah menggunakan domain berbayar, meminjam, domain percuma dan sebagainya. Janji korang mahir dengan asas-asas yang perlu seorang blogger itu tahu seperti asas html, mahir dengan selok belok setting blog samada blogger atau wordpress dan juga mampu menulis sesuatu yang difahami oleh pembaca mereka. Jika korang sudah mahir, aku ucapkan syabas. INi kerana aku sendiri sudah mengalami detik-detik sengsara itu 3-4 tahun yang lepas. Kini, aku tidak kata aku mahir, tetapi sedikit sebanyak aku mampu membina beberapa buah blog dan forum yang mendapat tarikan dan trafik yang memberangsangkan setiap hari. Malah, income yang sangat lumayan juga menyusul.

bengkelwordpress Bengkel Wordpress   Belajar jadi Pendekar Wordpress


Jadi, apakah persoalannya sekarang? Ya, jika ada dikalangan korang semua yang masih bebal dalam wordpress atau masih degil tak nak mengaku yang korang tak tahu pasal cpanel, hosting, addon domain, camana nak install theme, camana nak upload plugin, camana nak guna FTP dan alat-alat ganti wordpress, aku cadangkan korang pergi ke Bengkel WordPress yang dikelolakan sendiri oleh saudari Catzer ni. Beliau akan mengadakan bengkel WordPress tersebut pada 28 Mac ini.

Sayangnya, aku sudah berada di Jerantut semula ketika itu. JIka tidak, aku sanggup pergi walaupun hanya dilantik sebagai penyambut tetamu sahaja biarpun bukan sebagai peserta. Hehe..demi ilmu. Jauhnpun aku sanggup. Tapi aku kini terikat dengan kontrak setahun tu. Jadi, kerjalah apapun samada sebagai pak menteri, penjual petai liar, buruh kasar, cikgu sandaran tak terlatih, doktor kucing mahupun prebet takde calit dibahu, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Aku percaya, balasan yang baik akan menanti..

Banyak gak bonus yang korang dapat dari Bengkel WordPress ni selain mendalami hikmat-hikmat asas WordPress. Anataranya, korang juga akan diBAGI sebuah domain dan hosting secara percuma. Malah, siap dapat 250 plugin wordpress secara percuma. Aku sendiri tak kira berapa plugin yang aku pernah pakai. Jika dekat dengan Jerantut, berkemungkinan juga aku pergi sebab nak dapatkan 250 plugin ni sahaja. Haha..

Jadi, pelajarilah 5 modul utama yang ada dalam Bengkel WordPress yang dihostkan oleh Catzer. Aku rasa dia juga sebagai penceramah, penganjur, tukang buat kerja, bancuh air, sediakan perkhidmatan internet dan segala-galanya dia buatkanlah untuk korang. Punyalah banyak masa budak Catzer ni. Mesti ko akan hilang 10 kilo lepas ni. Wawa..

Apapun, rujuk maklumat penuh di website rasmi. Aku malas nak cite banyak-banyak. Siapa join Bengkel ni under aku. Aku hadiahkan 3 bonus iaitu Panduan TNX 2009, Panduan VCC dan juga Panduan Tunemoney yang ditulis sendiri oleh tangan aku sendiri walaupun menggunakan kebanyakkan idea diotak kiri sahaja secara percuma. Beli dari link ini sahaja : Link referral Titan

336 Bengkel Wordpress   Belajar jadi Pendekar Wordpress


Ps: Bukan setakat leh jadi Pendekar WordPress sahaja. Korang pun leh buat Laman Web Peribadi dan mengembangkan perniagaan korang. Abah aku pun baru je tulis blog hari ni tauuuuu!!

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives
satisfied dating site: sale online profiles dating
Container zur Entsorgung von Spermuell Muenchen zu mieten und kaufen
Jerky Beef
UHochwertige und guenstige Hundeleine vom Tierfreunde-Shop
-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011