Archive for February 2009


Aku ada beberapa masalah yang mungkin kecil dan juga mungkin besar dengan hosting aku. Samada ianya memang kesilapan aku atau memang kesilapan para hosting aku ataupun memang dua-duanya salah ataupun memang bukan salah dipihak mereka dan juga aku. Jadi, aku harap kami dapat kesan mengapa masalah ini berlaku di dua hosting yang menjadi tulang belakang aku untuk mencari dan buat duit di internet ini.

Masalah di hosting Netkl. Mungkin ada antara korang yang perasan. Kadang-kadang ketika korang melayari blog ini korang akan mengalami masalah blackout atau kegelapan seketika. Aku rasa ini mungkin disebabkan masalah ketika hendak loading blog ini. Maklumlah, banyak banner yang tersidai di sini jadi, ini mungkin penyebab keadaan itu.

Satu lagi masalah adalah jika korang cuba try masuk post-post aku yang lepas atau artikel aku, korang akan tidak nampak bahagian footer dan juga akan berlaku kegelapan sekali lagi. Aku kurang pasti samada disebabkan oleh bandwith, space yang dah makin kecik atau masalah skrip yang aku install di blog ini. Aku kurang arif. Jadi, aku sudah bertanyakan masalah ini ke pihak support Netkl dan harap aku dapat penjelasan dan penerangan. Aku rasa dulu pernah alami masalah ini. Harap-harap tidaklah sampai ke migrate hosting plak. Aku sayang gila dengan Netkl ini. Domain earncent ni lah yang membawa tuah besar sejak aku beli dulu..

Masalah di hosting Rawanaz. Aku akui hosting ini sangat famous sekarang. Maklumlah antara hosting yang termurah dan menawarkan servis yang hebat. Siap bagi refund lagi tu dan aku harap masalah yang aku sebutkan tempoh hari dan hari ini akan mendapat jawapan yang melegakan. Aku pun tak tahu macam mana benda ni terjadi dan pihak mereka pun sebenarnya tak pasti apa masalah yang melanda disemua domain yang terletak dihosting Rawanaz. Harap-harap terjawab masalah aku dan hosting Rawanaz kekal hebat dalam menyediakan hosting untuk pemain-pemain buat duit dan blogger tanah air.

Secara jujur, aku penat hari ini. Berlari-lari hari ini. Haha. Apa yang aku buat? Biarlah rahsia dan yang bagusnya talian internet nampak bagus hari ini. Laju dan aku boleh download macam-macam termasuklah majalah IM yang terbaru dan download minisite tanpa photoshop. Hoho..

Aku bercadang untuk beli beberapa domain untuk projek baru yang aku akan jalankan secara santai. Harap ianya akan membuahkan hasil seperti yang aku hendak dan akan menjana income pasif setiap bulan setelah aku sengalkan badan aku untuk setting site/blog tersebut menjadi seperti yang aku mahu. Pastinya banyak usaha dan sedikit wang diperlukan untuk menghasilkan site sebegitu. Tak apa. Janji aku puas hati.

Ps: Baru je bayar hosting kat Netkl. Lupa plak bayar hutang tahunan. Rawanaz vs Netkl. Dua-dua aku suka. Aku tak leh ceraikan diorang. Tapi mungkin aku akan tambah lagi hosting. Hehe..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Berita baik pagi ini dari abah aku. Satu cek kaler hijau sudah sampai ke peti surat rumah abah aku di Banting. Betullah, rumah abah aku. Aku mana ada rumah. Rumah sewa tu ada la kot. Selama ni, menumpang aje kat rumah abah aku tu. Hoho..Abah aku main sms cek.

SMS dari abah aku ke aku: “Ada cek. Nak masuk mana?”
SMS dari aku ke abah aku: “cek kaler apa? Masuk cimb ajela..”
SMS reply dari abah aku: warna hijau.
SMS reply dari aku ke abah aku: CIMB. ok?
SMS terakhir abah aku: k.


Aku tak reply dah lepas tu. Haha, pernah tak korang mesej cam gitu dengan family atau parents korang? Punye pendek. Inipun dah kira terrer abah aku main sms dengan aku. Kalau dulu, memang aku tak berapa faham apa abah aku taip kat aku bila tang sms. TU pasal dia selalu call aje. Tapi sekarang, SMS aje manjang kalau takde benda yang penting sangat-sangat..

AKu tengah tunggu MMS dari adik aku untuk gambar cek Shareasale tu. Untuk Bulan January. Laju gak kali ni. Selalu lambat gak sampai. Alhamdulillah. Siapa nak bagi kan? Cek bulan Februari lum sampai lagi walaupun dah cukup untuk withdrawal. So, tunggu ajelah bulan depan nanti. Cek adsense pun lambat lagi. 2 cek Nuffnang memang kene tunggu 30 hari. Dah tu syaratnya. Tak apalah. TNX? Aku dah request semalam, nanti aku share dengan korang. Semalam, aku dapat RM100 kat dalam akaun maybank aku. Aku tak tahu duit dari siapa. Jika duit tu dari korang, sila mengaku dengan kadar yang segera. Jika bayaran komisen atau bayaran review, sila beritahu aku dengan cepat. Lupa, Youthsays masih lagi tak bank-in duit RM1000 tu ke akaun maybank aku lagi. Mak aii, super lambat nih..

Perhatian: Jika korang nak hubungi aku untuk servis vcc atau pertanyaan tentang vcc atau pembelian ebook Panduan TNX atau Panduan Shareasale. Sila sms ke no hp aku ni: 0192009289. Yahoo mesengger tidak available buat sementara waktu. SMS sahaja. Call aku tak layan!

Aku baru je lepas meeting nih. Penat gila meeting macam nih. Kene plak kawan aku sms nak pinjam duit dalam 1 ribu. Patutkah aku bagi atau bagaimana? Ada cadangan yang membantu atau cadangan ditutup?

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak update bayaran dari TNX yang ke 15 dan ke 16. Walaupun tidak banyak macam yang rohaizad dapat dari Text Link Ads beliau, tapi aku tetap bersyukur yang aku berjaya menerima sedikit pulangan dari blog-blog yang aku kerjakan lebih dari 2-3 tahun ni. Kiranya, takdelah blog-blog aku terus kekal usang tanpa menjana satu sen pun.

tnxpaymentfeb2 300x126 Bayaran Komisen ke 16 dari TNX

tnxpaymentfeb3 300x125 Bayaran Komisen ke 16 dari TNX


Aku terus terang. Jika korang ada blog usang yang berdot com atau dot net dan tidak menerima 1 sen pun dari blog usang tersebut, joinlah TNX dan terimalah pulangan secara pasif dari TNX setiap bulan. Inilah program jual beli text link paling cikai dan simple yang pernah aku jumpa.Tak percaya? Korang leh cuba dulu dan lihat hasilnya dalam masa sebulan dua.

Kalau masih tak tahu apa-apa info pasal TNX dalam bahasa melayu. Aku berikan korang dua option atau pilihan. Baca setiap post aku yang berkaitan dengan TNX dan text link ads dalam blog ini ATAU beli terus panduan TNX yang aku jual dengan harga RM37. Haa, pilih. Ada pilihan ke 3. Join TNX sendiri melalui link referrals aku dan mula menjana pendapatan pasif dari TNX. Sekarang, sila pilih.

Setakat ini, aku ada 4 pendapatan pasif yang dikategorikan utama dan memberikan pulangan setiap bulanan iaitu Shareasale, TNX, Text Link Ads dan Adsense. Keempat-empat program ini aku lakukan secara tidak sedar setelah sekali tune aje. Bermaksud, aku setting susah payah agar ianya menjadi auto-income kepada aku setiap bulan. Aku akui untuk set blog-blog tersebut adalah tugas yang payah. Mana tidaknya, mahu set dan berkarya dan menulis post hampir 100-300 artikel/post bagi setiap blog adalah satu tugas yang menyenggalkan. Tetapi aku sanggup jadi sengal untuk mendapatkan income pasif yang diautomatikkan dengan menu aku sendiri. Aku rasa ramai yang dah wat macam ni. Aku pun cuma tiru aje dari orang-orang yang dah berjaya..

Jadi, jika aku boleh. Korang pun boleh. Pendapatan dari Nuffnang pula merupakan pendapatan pasif tak auto setiap 2 bulan walaupun sekarang masih pending 2 cheque nuffnang. Tak apalah, lambat sket walaupun aku sudah menjadi ahli super Khas Nuffnang iaitu Gliterriti. Dan ada lagi berpuluh lagi program yang aku join dan aku tunekan menjadi pasif.  Jadi, apakah income utama atau pendapatan yang dikira aktif sekarang? Ehm, servis dan penjualan ebook. Memandangkan aku sangat sibuk sekarang diJerantut, semua pendapatan pasif aku menjadi income utama aku. Kerja kontrak kerajaan di Jerantut tu, agak lumayan. Berapa figurenya, tak perlulah aku khabarkan disini. Anggap aje korang tak tahu ek..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini adalah hari yang sangat memenatkan. Haha, tak tahu nak kata apa, buat ajelah apa yang patut. Janji kaki dan tangan aku tak terbang lagi macam semalam..

Ada beberapa email yang bertanyakan tentang VCC, tunemoney, cara nak buat duit dengan blog, tips buat duit dengan shareasale, tips buat duit dengan TNX dan macam-macam lagi soalan-soalan sulit yang aku rasa tak perlulah aku ceritakan semua diblog ini. Jika korang ada soalan, tembak terus ke alamat email aku atau hubungi aku melalui ruang contact diatas tu. Aku akan cuba jawab secepat mungkin memandangkan sekarang aku berjaya mendapat internet connection dengan laju berbanding minggu-minggu lepas.

Yang pasti kerja semakin bertambah dan kehidupan aku di Jerantut semakin mencabar. Petang ni, macam biasa, main badminton dan mencari balik rentak yang telah hilang sejak 5 tahun yang lepas. Seingat aku, kali terakhir aku bermain badminton secara serius adalah 5 tahun tahun ketika aku dibangku matrikulasi. Aku mewakili sekolah pada darjah 6 di Sri Langat, mewakili sekolah menengah pada tingkatn 5 di SAM Bestari dan juga bermain secara aktif di matrikulasi. Haha..sampai raket jenis kawasaki tu patah dua. Waa!!

Apapun, aku rasa aku akan menjumpai sentuhan emas aku kembali. Yeh. Jom Main badminton!

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011