Mesti korang bosan kan sebab aku update payment TNX yang ke 18. Memang dah jadi tabiat aku kalau aku rasa aku nak pakai duit paypal lebih sket, aku akan cari kat akaun TNX aku. Bila dah cukup syarat untuk withdraw, aku akan keluarkan secepat mungkin. Dibuatnya kalau akaun aku dibungkus secara tanpa aku sedari, sekurang-kurangnya aku sempat rembat keluar sedikit income. Berapa aku dapat? Tak banyak, tapi cukuplah nak bayar hosting dan domain aku tu. Ada duit, pakai dan simpan apa yang patut. Jangan sampai kita putus duit plak. Itu dah kes teruk tu..

Ok. Aku cuma hendak beritahu kepada sesiapa yang cuba menghubungi aku, sila gunakan ruang contact atau terus sms aku di no hp ni : 019-2009289. Hanya untuk tujuan pertanyaan yang serius sahaja dilayan dan juga untuk order pembelian vcc dan juga panduan TNX dan panduan Shareasale atau untuk claim hadiah dan juga claim bonus dari promosi yang aku buat. Jika korang terus cari aku di Yahoo Mesengger, memang aku takkan jawab sebab aku sangat sukar untuk online melalui Yahoo Mesengger. Jadi, jangan cari aa..
Sejarah aku bersama Yahoo Mesengger sangat lama. Jika difikirkan sejak 5-6 tahun lepas, aku telah mengenali apa itu email, yahoo mesengger, website, web jualan, paypal dan macam-macam lagi. Mirc ketika itu menjadi sambutan hangat dan aku tidak terkecuali untuk terjun dalam kehangatan itu. Memang seronok borak-borak sampai tak hingat jam pukul berapa. Sedar tak sedar, dah pukul 3-4 pagi. Sudahlah pakai talian dial-up sahaja. JIka 1 jam adalah RM2, korang boleh bayangkan berapa abah aku kene bayar setiap bulan jika aku online setiap hari? Itu baru aku. Belum lagi adik-adik aku dan akak aku. Semua dok main chatting gak masa tu. Maklumlah, benda tengah panas.
Dan ketika itulah kehadiran Yahoo Mesengger yang dipandang sepi oleh aku itu membuatkan aku ingin install Yahoo Mesengger dalam komputer abah aku tu. Tapi apakan daya, korang faham-faham ajelah. Nak download memang lama gila. Aku terpaksa peruntukkan beberapa jam hanya untuk download installer. Sengal badan dibuatnya dan selepas itu bermulalah era Yahoo Mesengger dalam hidup aku termasuklah chat dengan perempuan yang aku tak kenal, chat dengan mamat2 yang spamming business, chat dengan orang luar negara yang kerjanya memang cari perempuan dan macam-macam lagi. Semua aku layan dan Yahoo Mesengger menjadi penghubung terpenting bagi aku ketika itu apatalah lagi dalam urusan business dan bab-bab buat duit online.
Sekarang? Masih lagi penting. Cuma tidak seghairah dulu. Mungkin sebab kekangan masa dan kerja offline yang menyengalkan membuatkan aku terpaksa tidak seaktif dulu. Tapi, blog-blog buat duit aku terus kekal dan mencari duit untuk aku. Income-income yang dulunya pasif menjadi income utama aku setiap bulan. Biarpun keadaan dah berubah tetapi aku masih mampu tersenyum dengan angka-angka yang tercoret di akaun bank dan juga di dada-dada cek tempatan dan luar negara. Alhamdulillah. Rezeki. Siapa nak bagi kalau kita tak cari sendiri kan? Usahalah selagi ada mata, tangan, kaki dan anggota badan yang berfungsi. Jika korang sakit, itu bermakna korang kekurangan sesuatu hari itu. Sesungguhnya, aku tak suka hari-hari dimana aku mengalami kesakitan fizikal atau mental. Sakit dan tidak menyenangkan.
Ps: Kadang-kadang, kita lupa yang kita ni selalu sakit hari-hari. Cuma kita tidak sedar sebab ianya sudah jadi kebiasaan. Tetapi bagi aku, itulah hari-hari sengal yang perlu kita lalui untuk mengukir senyuman setiap bulan..
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Tujuan aku cuma satu.. | Edisi Siasat: TNX Versus Text Link Ads »


























Monetizing creative online content is a great way to create an income stream with almost no upfront investment, but the tradeoff (once again) is time. It takes a tremendous amount of time to create the amount of content that will eventually produce a decent stream of passive income.Passive income
Thanks
gile primitif aku time tu…
kewujudan internet pada aku masa tu hanya nak menorrent movie je…
congratz dpt payment TNX titan…
tahniah atas penerimaan bayaran dari TNX tersebut!
Sebab memikirkan camne nak menambah duit dalam akaun..
Ko memang mantop titan…
patut tak berapa nampak ko online semenjak dua menjak ni
Apapun. tahniah untuk bayran tnx tu. Dapat aje sepanjang masa yek.