Aku tak jadi online semalam kat KFC, jadi aku gi la hari ini selepas aku photostat barang yang aku kene hantar esok. Kalau korang nak tahu, kat bandar koboi Jerantut nih, KFC ni la yang satu-satunya fast food yang tekak aku boleh terima. Kedai melayu banyak gak. Tapi aku suka lepak kat KFC ni kerana 2 sebab sahaja. Pertamanya, mempunyai kemudahan internet yang boleh diaccess oleh Laptop Fujitsu aku selama 2 jam dan ada Cheezy Wedges. Ahhh, tak kesahlah. Aku baru je withdraw sedikit duit. Separuh masuk akaun CIMB, dalam 1k untuk akaun Public Bank untuk insuran aku selama setahun, sedikit duit untuk PTPTN yang aku saje bayar lambat-lambat, bayar streamyx dan apa-apa yang sepatutnya. Banyak gak duit keluar bulan Februari nih walaupun duit masuk sangat lembab. Bukan tak ada, lembab. Tapi tolak campur darab bahagi, masih ada profit..
Aku ada banyak gambar nak share dengan korang kat sini, tetapi aku malas nak upload kerana bila kau nak upload gambar aje, mesti ambil masa yang lama. Wireless ni ok sket, tapi kalau bab download dan upload, cam bengong gak dibuatnya. So, sabar ajelah. Dah lah nak tengok dan baca manga Naruto kat Onemanga pun tak habis-habis sejak setengah jam yang lalu..
Hampeh. Bateri dah tinggal sikit. Jadi, aku tak punya banyak masa untuk berbual bicara, aku tak pasti yang post ini sempat dipublishkan atau jadi draft sahaja. Jadi, sepanjang tempoh hampir 2 bulan aku di Jerantut, aku sudah boleh biasakan diri sedikit. Walaupun takdelah macam kera masuk bandar, tetapi aku akui bahawa Jerantut tidak banyak perbezaannya dengan bandar-bandar kecil yang aku pernah jumpa. Aku kira jika ada Pizza Hut atau McD di sini, mesti lebih happening. Kat sini, warung-warung ditepi jalanan mendapat sokongan yang hebat setiap hari. Aku akui hakikat itu kerana itulah port aku lepak kalau ada kawan-kawan baru ajak aku keluar tengah malam. Sudah jadi aktiviti macam kat kolej aje.
Apapun, aku masih mencari sesuatu. Sesuatu yang membuatkan aku terpaksa mencuba sesuatu di Jerantut yang mungkin tiada di Banting dan tempat lain. Tapi, jika tiada apa yang aku jumpa di Jerantut, aku akan pergi lokasi baru. Di mana? Bintulu? Arau? Johor Bahru? Kota Marudu atau di Las Vegas barangkali? Haha, ya. Tujuan aku cuma satu..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Open Case: Cek Pertama dari Youthsays | Open Case: Titan and Yahoo Mesengger »
















Wah.. Musti sibuk la nie.. Susah nak online dah.. Lama aku tak komen kat sini..
Semoga ko leh biasakan diri kat sana..
Nadiah. Aku tak boikot. Aku punye definisi yang berbeza dalam hal berboikot. Jangan tanya aku mengapa. Aku takkan jawab. Haha..
Ijamidayu. Takdelah sibuk mana. Tapi sakit jiwa jugak la kadang-kadang. Banyak benda nak kene pandang dan perhatikan. Banyak juga hati dan mata yang perlu dijaga. Dulu dan sekarang. Memang berbeza.
Farah. Projek rahsia? Apa dia??
Shaffik. Hehe..nanti ko tahu jugak akhirnya. Aku belum bersedia untuk berkongsi tika ini..
Taukey. Hehe..aku tak bagitau lagi, So, sabar la ek. Tunggu aje apa yang aku akan bagitahu nanti..
mcm mane ko g kfc? drive ke?
you are the man…
aku susah nak memboikot kalo bab2 makanan ni…
jgn marah…
Rafh. Bob? Aritu aku nak datang. Tapi dia kata dia nak gi KL plak. TU yang terbantut tujuan aku nak melawat dia tu..
videono. biarlah ko diselubungi oleh misteri tuh yek. Hehe..
samdaddycool. Memang best. Aku dah lama merantau. 2 tahun dok rumah. Sekarang, aku sambung perantauan kembali. Of courselah aku seorang lelaki. Hehe..
spatt. Bab boikot, aku yakin ramai orang punye definisi dan pendapat yang berbeza.
budeen. Gadis melayu terakhir? Uihh, banyak weh gadis melayu. Kat tv pun ada maa…
farah. haha..ko nak ke? Gi hantar rombongan meminang. Mak abah green light. Aku takdehal. Haha..laki kan ada 4 kouta…
riku. ko ingat ke tak tujuan hidup ko?