Hari ini aku cuma hendak update bayaran dari TNX yang ke 15 dan ke 16. Walaupun tidak banyak macam yang rohaizad dapat dari Text Link Ads beliau, tapi aku tetap bersyukur yang aku berjaya menerima sedikit pulangan dari blog-blog yang aku kerjakan lebih dari 2-3 tahun ni. Kiranya, takdelah blog-blog aku terus kekal usang tanpa menjana satu sen pun.

tnxpaymentfeb2 300x126 Bayaran Komisen ke 16 dari TNX

tnxpaymentfeb3 300x125 Bayaran Komisen ke 16 dari TNX


Aku terus terang. Jika korang ada blog usang yang berdot com atau dot net dan tidak menerima 1 sen pun dari blog usang tersebut, joinlah TNX dan terimalah pulangan secara pasif dari TNX setiap bulan. Inilah program jual beli text link paling cikai dan simple yang pernah aku jumpa.Tak percaya? Korang leh cuba dulu dan lihat hasilnya dalam masa sebulan dua.

Kalau masih tak tahu apa-apa info pasal TNX dalam bahasa melayu. Aku berikan korang dua option atau pilihan. Baca setiap post aku yang berkaitan dengan TNX dan text link ads dalam blog ini ATAU beli terus panduan TNX yang aku jual dengan harga RM37. Haa, pilih. Ada pilihan ke 3. Join TNX sendiri melalui link referrals aku dan mula menjana pendapatan pasif dari TNX. Sekarang, sila pilih.

Setakat ini, aku ada 4 pendapatan pasif yang dikategorikan utama dan memberikan pulangan setiap bulanan iaitu Shareasale, TNX, Text Link Ads dan Adsense. Keempat-empat program ini aku lakukan secara tidak sedar setelah sekali tune aje. Bermaksud, aku setting susah payah agar ianya menjadi auto-income kepada aku setiap bulan. Aku akui untuk set blog-blog tersebut adalah tugas yang payah. Mana tidaknya, mahu set dan berkarya dan menulis post hampir 100-300 artikel/post bagi setiap blog adalah satu tugas yang menyenggalkan. Tetapi aku sanggup jadi sengal untuk mendapatkan income pasif yang diautomatikkan dengan menu aku sendiri. Aku rasa ramai yang dah wat macam ni. Aku pun cuma tiru aje dari orang-orang yang dah berjaya..

Jadi, jika aku boleh. Korang pun boleh. Pendapatan dari Nuffnang pula merupakan pendapatan pasif tak auto setiap 2 bulan walaupun sekarang masih pending 2 cheque nuffnang. Tak apalah, lambat sket walaupun aku sudah menjadi ahli super Khas Nuffnang iaitu Gliterriti. Dan ada lagi berpuluh lagi program yang aku join dan aku tunekan menjadi pasif.  Jadi, apakah income utama atau pendapatan yang dikira aktif sekarang? Ehm, servis dan penjualan ebook. Memandangkan aku sangat sibuk sekarang diJerantut, semua pendapatan pasif aku menjadi income utama aku. Kerja kontrak kerajaan di Jerantut tu, agak lumayan. Berapa figurenya, tak perlulah aku khabarkan disini. Anggap aje korang tak tahu ek..


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 12 comments. Apa plak komen korang?
rohaizad - 12 Feb 09 at 05:48:55
Bermaksud, aku setting susah payah agar ianya menjadi auto-income kepada aku setiap bulan. Aku akui untuk set blog-blog tersebut adalah tugas yang payah. Mana tidaknya, mahu set dan berkarya dan menulis post hampir 100-300 artikel/post bagi setiap blog adalah satu tugas yang menyenggalkan.


Aku suka dengan attitude ko Titan.

Tetapi aku sanggup jadi sengal untuk mendapatkan income pasif yang diautomatikkan dengan menu aku sendiri.


Dari situlah datangnya “keseronokan” berblogging.

* Semua orang boleh jadi blogger, tapi bukan semua orang boleh berblogging dalam meneruskan kehidupan mereka.

* Fikir-fikirkanlah… :)
[…] untuk TITAN dan KNIZAM, bak sini alamat rumah kamu. Aku nak post hadiah ini… posto !!! .. […]
Wan - 12 Feb 09 at 13:03:40
ok arr tu bro.. ambo pun ada bnyak gak blog2 peninggalan tahun 2007-2008 ni…hikayat adsense seme tu ..hehe..ambo suka baca blog demo ni sebab very down to earth n very simple …keep up bro ;)
Wan - 12 Feb 09 at 13:07:12
oh ya…sejak baca blog demo ni, kawe dapat banyak idea baru make money..hehe..minggu ni, alhamdulillah $100 passive, ikut formula demo …;) titanium ..lho rocks ;)
abdfatah - 12 Feb 09 at 14:02:27
semakin menarik nampaknya…
|1f34|-|1r3 - 12 Feb 09 at 17:50:58
mantap2…aku tgh slow2 buat natang TLA n TNX..tgk menjadi ke tak..nak kena tune adsense sket lagi..hehe
samdaddycool - 12 Feb 09 at 20:06:48
… Titan memang power!
rina - 12 Feb 09 at 23:30:22
hehe..titan memang besh! kuar perkataan best-best lagi. tunelah..sengallah, apalah..tnxlah..hahalah.. :)
farahaznil - 13 Feb 09 at 13:29:31
bukan best je..tapi berbisa!!!!!hohohohohoh
spatt - 13 Feb 09 at 19:09:43
titan yg hebat…hohoho
aku nak jugak la try mende ni, tapi xset lagi kat blog mana…huu
titan - 18 Feb 09 at 04:42:49
rohaizad. Haha, ko pun antara yang banyak buat duit dengan blog..actually, memang ramai lagi..

wan, cuba lagi. Ko leh buat lagi banyak kali dah tau rentaknya..

fatah.. apa yang menarik? hehe :)

life4hire, takpe. Pelan-pelan. Blog ko aku rasa sesuai untuk TLA. tak lepas lagi ke kat marketplace diorang? kalau TNX, aku rasa banyak ko dapat nanti..

samdaddycool. hang pun power apa dengan jual tudung da ebay..

rina. memang beshhhh! :D

farahaznil, apa yang berbisa tu??

spatt. Aku harap aku akan menjadi seperti yang ko ucapkan. Try aje. Nanti ko akan perasan ko sedang tersenyum..
ainun - 29 Aug 11 at 20:47:23
komisen lagi…bestnya



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011