Tak ada banyak benda yang aku hendak ceritakan. Aku cuma sempat baca beberapa blog dan meninggalkan komen sahaja dalam tempoh 2-3 hari lepas. Tak ada mood untuk mengarang diblog ini dan juga beberapa blog lain. Tapi alhamdulillah, income still berjalan macam biasa walaupun tidak banyak yang perlu aku sentuh. Nasib baik aku sudah setkan dari dulu dan tak perlu control terlalu banyak.
Kepada yang beli panduan-panduan yang aku terbitkan, link download akan dihantar secepat mungkin dan jika masih ada yang terlepas pandang, sila hubungi aku diruang contact. Aku akan cuba balas dengan secepat mungkin dan kebiasaannya link download akan dapat dalam tempoh 24-48 jam. Aku bukan robot, jadi mungkin ianya akan jadi lambat dan mungkin juga super cepat.
Cek shareasale aku sudah clear. Rate untuk 1 usd adalah RM3.42. Bagi aku itu satu rate yang berpatutan dizaman bos buang pekerja ni. Aku harap rate itu akan mencapai RM3.5 ke atas pada bulan depan. Masih ada 4 cek yang masih belum clear di CIMB. Biasanya cek-cek luar negara akan aku sumbatkan ke CIMB manakala cek tempatan seperti Cek Nuffnang akan aku masukkan ke akaun Maybank. Cek tempatan memang cepat, tak sampai 1 minggu, memang akan clear. Tapi cek luar, memang sakit jiwa sebab selalunya mengambil masa dalam dan lebih 1 bulan..
Kehidupan di Jerantut? Aku sudah ada aktiviti baru iaitu bermain badminton setiap petang pada jam 6.15 petang selepas pulang kerja. Main pun kat open court. Bukan kat dewan orang ramai atau dewan berbayar. Jadilah, benda free. Cuma kene cutting beli shuttle aje. Shuttle sekarang memang mahal gila berbanding dulu. Sakit jiwa main game yang memerlukan kos yang agak menyenggalkan ini. Tapi apakan daya, inilah aktiviti yang sesuai bagi aku dan member-member aku dikala petang hari..
Income TNX? Income Adsense? Nuffnang? Not bad. Peningkatan berlaku dalam tempoh beberapa hari ini. Aku tengah tunggu cek adsense dan 2 cek nuffnang. Aku baru je request payment TNX semalam. Dan ada 1 cek tempatan yang aku sedang tunggu. Dan bayaran Youthsays yang 1 ribu tu masih pending. Aii, lambat gila diorang nak bank in duit aku..
Apapun, cukuplah update biasa yang aku rasa korang semua selalu dengar. Benda yang sama sahaja aku bebelkan maklumlahlah sejak kerja kontrak kerajaan ini aku jarang betul dapat buat edisi siasat dan update bukti bayaran-bayaran terkini. Biasanya aku akan hentam semua satu post lepas ni untuk menjimatkan masa dan ruang diblog ini. Jika korang nak tahu, ruang untuk database aku sudah penuh. Tinggal beberapa MB sahaja. Bandwith memang banyak lagi. Rasa-rasanya, nak ke kalau Netkl sponsor aku 1-2 GB untuk hosting aku? Hehe..
Kerja? Apa kerja aku sebenarnya di Jerantut nih? Biarlah rahsia yek. Aku nak korang teka sampai tepat..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Payment Linkadage and Realvoices Email | Weh, Jom main Badminton! »


























Ermmm…. aku rasa mesti ko tengah berbincang dengan YB daerah Jerantut untuk menaikkan satu resort baru di kawasan tu.
* Amiklah aku bekerja wehhh…. bab marketing, no problem. Itu memang makanan ruji aku.
kene g mahkamah lagi…
Aku nak teka dan mintak hadiah dari titan..
tapi sungguh xtercapai akal ku memikirkannya…
Apepon..
Titan. All da best..