Ok. Ini berita dari Jerantut. Aku tak sempat update sejak hari sabtu dan hari ahad memang aku gagal menjumpai sebarang talian internet broadband atau berukband. Yang aku pasti, hari ini penuh kejutan bagi aku. Aku menerima dan terpaksa mencipta satu jadual harian yang sangat busy. Aku terpaksa memikirkan apakah eksperimen sebanyak 22 masa atau 22 kali tugasan ini mampu membebankan atau menyenangkan kerja aku di Jerantut nih. Secara jujur, aku pening lalat ni dan terpaksalah petang ini aku merayau mencari rujukan dan orang perseorang agar dapat membantu aku menyempurnakan tugasan yang aku dapat secara kontrak ini. Haha..benar. 22 tugasan itulah jumlah sub kerja yang aku kene selesaikan dalam tempoh kontrak yang aku dapat. Berapa tahun kontrak aku tuh? Rahsia.

Lupakan kejap tentang kontrak kerajaan yang ditawarkan kepada aku tu. Aku menerima 2 bayaran daripada company yang sama tetapi dari 2 program yang berbeza nama dan hala tuju. Ya, iaitu InLinks dan Text Link Ads. Aku kira ramai yang mungkin dah tahu aku antara pemain jual beli link di Malaysia. Walaupun aku tidak sehebat pemain-pemain lain. Aku syukur yang aku menerima bayaran setiap bulan dari company ini. Sama seperti Freebies4webmasters dan TNX, company ini kekal membayar aku setiap bulan melalui blog-blog aku samada dalam bahasa english atau melayu.

tlajanuari 300x137 January Text Link Ads and InLinks Payment

inlinksjanuary 300x138 January Text Link Ads and InLinks Payment


Tips dari aku jika korang hendak mendapatkan atau menarik minat advertiser untuk membeli link diblog korang tu, pastikan artikel atau post korang dalam bahasa english dan gunakan hot keyword-keyword yang sangat panas. Percayalah, ramai yang berminat dan untuk perhatian korang, semua advertiser bulan lepas telah melanjutkan pembelian diorang untuk bulan Februari ini pula. Not bad apa bagi seorang pemain kecil seperti aku. Hoho..

Yelah, yelah. Aku tahu income yang aku terima tak banyak. Tetapi tak semudah itu untuk membuatkan kita dapat iklan dari advertiser di Inlinks atau TLA. Tetapi percaya atau tidak, sekali korang dapat advertiser yang berminat untuk membeli iklan diblog korang, mereka akan terus beli iklan di blog korang setiap bulan. Cuma sesetengah sahaja akan memberhentikan pembelian link tu apabila diorang rasa tak best aje. Tapi setakat ini, kesemua advertiser aku setia. Itu yang best kan? Biarlah aku dapat ciput aje. Janji aku tak tipu atau menyusahkan mak bapak aku (walaupun masa kecik dulu aku selalu lawan cakap diorang. Ohh!)! Jadi, bab buat duit dengan blog ini, aku cadangkan sangatlah korang join 2 benda ni..

Tapi ada syaratnya, untuk 2 program ini. Pastikan alexa rank korang dibawah paras atau 100-900k. Jika misalnya blog korang di area 200-500k macam blog aku ni, insya-Allah. Mesti ada sesat 1-2 advertiser kat blog korang nanti. Percaya atau tidak. Korang cuba sendiri. Aku tak berani cakap apa yang aku bagitau ini satu benda yang pasti, tetapi ini adalah pengalaman dan pemerhatian aku. Mungkin apa yang aku cakap ni tak berasas namun, itu yang aku faham sekarang tentang Text Link Ads ini..

Jerantut mempunyai persamaan dengan pekan/bandar Kuala Lipis, pekan/bandar Kuala Pilah. Walaupun facilities tidak sehebat seperti di Banting, namun bandar-bandar ini lebih hebat berbanding pekan koboi di Semporna. Jadi, sebenarnya sudah banyak bandar atau pekan yang telah aku lawati, semuanya best-best dan ada keistimewaan tersendiri walaupun sampai hari ini aku tak jumpa lagi internet cafe di bandar Jerantut. Kena selongkar lagi bandar ni la jawabnya. Jadi dengan ini aku merasmikan satu lagi kategori baru iaitu Jerantut Life dalam blog ni..


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 19 comments. Apa plak komen korang?
abdfatah - 02 Feb 09 at 07:13:41
jerantot kat rusia kan kan kan? nak pergi jenguk jerantut jugak laaa..
alien13 - 02 Feb 09 at 07:52:10
bukan la, jerantut dekat papua new guinea..
|rshah|r - 02 Feb 09 at 15:44:52
Nice experience! Banyak Bersabar!
Hanep - 02 Feb 09 at 16:30:50
eh, awal ko dapat TLA. aku inlinks da dapat, tapi TLA 3hb ni baru dapat…

http://www.hanep.org
TudungEkin - 02 Feb 09 at 23:25:52
Seronok duduk Jerantut ke seronok dapat kejutan di Jerantut??
Cyza - 02 Feb 09 at 23:39:46
Aku syukur dgn TLA aku….
La ni sejak 2nd quarter last year consistent LUMAYAN…every month…. tapi aku biarkan dia bagi aku check sebab aku nak cash kan terus dan pakai terus…tadi baru dapat email dari TLA, terjual lagi link…alhamdulillah
appleblogger - 03 Feb 09 at 01:54:34
ehm..tahniah. Not bad what.. :)
debtrunner - 03 Feb 09 at 04:43:58
ehm..tahniah titan. wah, nampak gaya ramai betul yang dapat payment dr TLA dan inlinks nih ye..
Top100Entrepreneur - 03 Feb 09 at 16:45:53
Aku ada satu blog je, blog adsense aku tu yang berpuluh2 pun dah terbiar… tak tau bile nak start balik.. heheh
rina - 04 Feb 09 at 01:22:45
ehm..oklah tu. lepas la duit makan dan topup apa kalau dapat duit banyak tuh.
riku - 04 Feb 09 at 01:44:13
memang pernah cuba. tapi tak berhasil. tumpu dengan adsense aje sudah la..
Rafhz - 04 Feb 09 at 13:26:57
haha.. bukan bukan… semua salah…. jerantut kat afrika la…. anyway.. ko dpt projct cntrct ngan kerajaan.. fuh.. hebat.. aku rasa nie mst prjct ngan kementrian pendidikan nie… hehe teka aje tu… klu betul.. hebat la ko… leh nk share skt x? :grin:
farahaznil - 04 Feb 09 at 14:00:19
benda ni kena ada pr yg bgs..br mantap income nyer!!
Cyza - 04 Feb 09 at 15:26:00
Masyukkkk
videono - 05 Feb 09 at 01:46:17
tahniah beb. Banyak la tu. Daripada tak dapat apa-apa..
Rafhz - 05 Feb 09 at 14:14:27
x pe.. pelan2 kayu titan… maka bertambah masyuk lg la titan nie ek.. haha… aku dah kalah awal2. lg ngan ko… so mkne nyer ko mkn masyuk dr aku la… hahaha
helldream - 08 Feb 09 at 23:24:25
mak aii. banyak tu dapat kali nih. apapun, tahniah. Good luck beb!
farahaznil - 15 Feb 09 at 01:29:15
alah..rafhz pun leh thn apa..haha..yelah..dia kan dah keja skrng..hi hi hi..kira berduit juga l atu..hohoh
ainun - 29 Aug 11 at 20:48:58
wah dapat payment…bestnya



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011