Archive for January 2009


Apa khabar kepada semua pembaca setia blog ini, aku harap korang semua dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Haha, seperti yang aku duga, lebih dari 1 minggu aku akan gagal update blog ini disebabkan beberapa perkara yang berlaku dalam beberapa hari yang lepas. Sukar aku nak cerita dengan lebih mendalam, jadi anggapkan sahaja aku accident dan gagal untuk membuat kerja seperti yang sepatutnya aku lakukan.

Ada berita baik dan juga berita yang kurang baik. Aku pun tidak tahu bagaimana hendak ceritakan pada korang. Namun aku akan sampaikan juga dalam waktu terdekat ini. Ya, aku semakin pulih dari accident tempoh hari. Tidaklah sampai melibatkan nyawa manusia, namun ianya satu pengalaman yang menarik dalam hidup ini. Haha..

Tentang Januari Earncent Contest 2009 ini, aku akan lanjutkan ke bulan Februari. Ini kerana menghampiri 2 minggu aku tidak update blog ini. Jadi, aku perlu lanjutkan contest ini. Hadiah utama akan aku genapkan ke RM50 dan mendapat Laporan Terbaru aku iaitu Panduan TNX 2009. Aku akan update ciri-ciri contest tersebut esok. Tunggu ya. Sebarang kesulitan sangat dikesali dan aku tidak menyangka apa yang berlaku pada bulan ini terjadi betul-betul untuk hidup aku. Income pun terjejas sikit gak la. Takpe. Sikit pun aku terima. Banyak pun aku terima..

1 cek shareasale dah sampai. 1 cek sharesale dan 1 cek adsense dalam perjalanan ke rumah ini. 1 cek Nuffnang juga sedang on da way. Dan bayaran untuk Projek Youthsays Realvoices tempoh hari pun masih pending sebanyak RM1000. Pihak Youthsays sudah menghubungi aku dan aku cuma sedang menunggu bayaran sahaja di akaun Maybank aku. Sangat lambat. Dan juga beberapa bayaran-bayaran kecil yang lain diakaun paypal aku. Korang leh tengok update terbaru aku di Earnword untuk post-post buat duit.

Kepada Rafhz, takyah datang rumah aku. Nanti-nantilah ek. Ko datang bulan Mac ke April ke, jangan waktu terdekat. Kepada Farah, sila bagi aku no akaun bank ko. Aku nak wat bayaran secepat mungkin. Berapa banyak dah pending bayaran nih. Kepada yang masih menunggu link download, aku akan cuba berikan secepat mungkin dalam waktu terdekat ini samada untuk Laporan Panduan TNX 2009, Laporan Titan Secret, Laporan Tunemoney dan VCC, Laporan Panduan Shareasale dan juga Laporan Cara mendapatkan 100 domain dengan RM36 sahaja.

Kepada yang pernah nak wat belian untuk vcc, aku mintak maaf jika korang ada hubungi aku dalam tempoh tak sampai 2 minggu ini. Aku tidak berada dalam keadaan yang baik disamping line internet yang sangat kura-kura. Jadi, jika mahu buat tempahan vcc, aku buka dari hari ini hingga hari Jumaat ini. Sekarang line internet sedang laju dan aku dapat proses order korang. Jadi, harap maklum ye.

Kepada semua yang menyokong dan selalu melawat blog ini. Aku ucapkan terima kasih diatas komen dan bantuan korang. Ini aje yang mampu aku terangkan dan Insya-Allah aku akan selitkan gak sikit-sikit tentang peristiwa beberapa hari yang lepas dalam post-post aku yang akan datang.

[audio:Amy Mastura - Bintang Hati.mp3]

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini hari ahad. Semalam hari Sabtu. Tak banyak benda aku nak cerita sebab semalam sehari suntuk aku menemani mak abah aku gi hantar barang ke akak dan adik perempuan aku. Nak tak nak, terpaksalah ikut. Sebabnya aku kena paksa jadi tukang angkat barang diorang. Takkan nak harap mak abah aku tuh. Kalau diorang masih muda, aku tak kesah. Tapi dalam keadaan yang selalu suruh aku picit dan urut badan diorang, aku merelakan badan aku digunakan oleh mereka untuk 1 hari. Haha..

Jadi, satu hari suntuk tu aku teman diorang. Itupun setelah disogokkan dengan upah yang agak lumayan iaitu lamb chop. Hati aku lega setelah sekian lama aku mengidam nak makan lamb chop, membuahkan hasil biarpun aku termakan umpan mak aku. Takpelah, bukan selalu pun kene umpan macam ni. Janji tak keluar duit aku. Haha! Secara jujur, dalam keluarga aku, aku antara orang paling kedekut nak keluarkan duit untuk berbelanja. Nak wat macam mana, nak beli baju sendiri pun aku berkira, apatah lagi nak belikan baju orang lain..

Selepas pulang dari rumah sewa adik aku dan akak aku. Kitaorang gi Klang Sentral di Meru. Aku akan berangkat ke Jerantut sekali lagi pada hari Isnin nanti. Ada perkara yang perlu aku uruskan disana bersama Pakcik aku. Urusan keluarga. Jadi, aku gi beli tiket bas sebab adik aku dah tibai kereta aku. So, takkan aku nak tibai keta Vios abah aku. Dia nak gi kerja camana, nak tak nak. Terpaksalah aku naik bas syarikat SE Super. Itu aje bas yang aku tengok available ke Jerantut.

Jadi, mungkin esok tidak ada update lagi untuk blog ini dan aku akui bulan ini bulan yang agak tak bersemangat buat blog ini. Namun aku akan cuba buat post yang bersemangat selepas pulang dari Jerantut nanti. Ada banyak benda aku nak beritahu, tetapi nanti-nantilah dulu.

Tentang Pertandingan bulan ini. Berjalan dengan biasa. Januari Earncent Contest 2009. Ini nama yang aku berikan untuk contest ini. Post rasmi akan aku buat nanti. Aku sangat malas sekarang dan peraturannya sama sahaja seperti bulan lepas. Jika ada penambahan, sila rujuk pada post rasmi nanti.

Ps: Thanks K. I like your happy message..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


INi adalah keputusan rasmi untuk Last Earncent Contest. Maaf kerana lambat untuk memaklumkan kerana terdapat beberapa masalah personal dan masalah dunia yang melanda.

1. farahaznil
2. abdfatah
3. merahkatak
4. akazuma
5. rina
6. humbleandmodest
7. videono
8. debtrunner
9. appleblogger
10. tini

Keputusan adalah muktamad dan jika hendak buat bantahan. Sila depositkan RM1000 beserta surat rasmi anda. Tak main pakai email-email dah. Untuk review contest yang berjalan serentak dengan contest ini, tiada satu review yang menarik perhatian aku. Jadi, tiada pemenang untuk review contest tersebut.

Kepada para pemenang, anda boleh claim hadiah Last Earncent Contest ini dengan kadar yang segera. Perhatian kepada cik Farahaznil. Sila berikan no akaun bank untuk memudahkan penghantaran hadiah wang tunai.

——————-
Nama :
Username :
Akaun bank dan no akaun :
no hp :
email :
Pemenang no :
Contest : New Earncent Contest 2008
——————-
Sila emailkan ke titan1[at]earncent.com

Hadiah wang tunai dan hadiah yang berkaitan akan dihantar dengan secepat mungkin. Dan jangan lupa untuk claim hadiah secepat mungkin. Dan dengan secara tak rasmi, contest bulan Januari berjalan seperti biasa.  Harap maklum.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Hoho! Terima kasih untuk mereka-mereka yang sudi hadir dan memberikan komen kepada masalah yang melanda aku semalam. Tak sangka ramai pula yang response. Biasanya, topik kritikal macam tu memang akan menjadi tanda tanya kepada semua orang yang selalu melawat blog ini.

Dan aku tidak sangka, sehingga di Facebook, ada orang bertanya tentang perihal masalah aku tu. Itu belum lagi yang dekat Yahoo Mesengger. Lebih 30 mesej tak terjawab. Aku tertidur depan laptop sebenarnya. Tu pasal aku tak dapat reply semua mesej tu dan aku sibuk nolong mak aku hari ini. Jadi, nak layan YM pun susah sikit dan secara jujurnya aku kurang berminat nak cerita lagi. Bagi aku bila ada masalah macam tu, aku perlu menyibukkan diri. Bagi badan penat dan memaksa badan yang lemah ini untuk tidur. Tidur adalah satu terapi yang baik untuk otak dan hati yang bermasalah macam aku ni..

Apapun, aku ucapkan terima kasih pada korang sebab ada yang sudi ambil berat. Masalah tu tak dapat aku ceritakan kerana aku tak nak biarkan masalah tu berlarutan. Cukuplah 1-2 hari aku sengsara kejap walaupun aku tahu benda tu akan menghantui aku setiap jam. Haha..

netkl 300x225 Kaleidoskop dan Kehidupan Buara


Aku dah tak sakit hati dah. Kene belajar terima hakikat. Seperti nasihat korang. Itulah ayat-ayat yang biasa digunakan oleh orang kita. Aku dah lali benda tu semua dan faham. Jadi, aku ucap terima kasih juga pada korang sebab ambil berat. Tapi, apa sebenarnya masalah aku tu?? Ada yang hampir yang meneka dengan tepat tapi aku tak dapat beritau yang mana satu. Lupa, itu cek yang dihantar oleh pihak Netkl. Cek tu aku dapat semalam.

Oh ya. Penjualan Ebook Panduan TNX 2009 berjalan dengan agak lembab kerana masalah bengong aku tu. Marketing langsung tak jalan dan aku cuma promosi di Wangcyber sahaja. Affiliate pun tak masukkan skrip lagi dan banyak benda tak buat lagi. Jika ada antara korang yang berminat nak beli, harganya cuma RM27. Selepas 1 bulan, harga akan naik ke RM37. Tetap dan kekal. Panduan ini menceritakan pengalaman aku bersama-sama TNX selama beberapa bulan dan tips dari aku untuk mendapat side income setiap bulan sebanyak 10-50usd. Sikit aje kan? Tapi itu lebih bagus daripada korang tak dapat satu sen pun di internet ni. Betul tak?

Aku pun sudah update beberapa blog hari ini. Jika korang hendak cari adsense alternative program, korang leh gi ke blog aku yang satu lagi. Selalunya aku akan bagi sipnosis pendek dan cerita apa yang patut pasal program tu. Maaf, blog itu dalam english. Tetapi aku yakin ramai yang faham english 123 aku tu.

Iklan di Facebook aku sudah membuahkan hasil. Banyak gak program affiliate dalam negara dan luar negara yang menjadi. Sedikit sebanyak, hati aku dah tak sakit sangat dah walaupun lukanya belum jadi parut lagi. Jadi, kalau korang nak panduan untuk beriklan di Facebook, bolehlah belajar dari ebook ni. Ikut je panduan dalam tu dan aku rasa korang dah boleh buat duit sikit.

Ps: Masih tak sembuh. Tapi aku dah boleh minum air kopi dahh..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011