Secara jujur, esok aku akan menghilangkan diri sekali lagi ke Jerantut atas urusan yang masih belum selesai akibat accident 2 minggu lepas. Aku kena pulang ke sana untuk menyambung kembali kerja yang masih bertanggung. Nak buat macam mana, kerja ni aku kene selesaikan. Tak bestlah tinggalkan kerja yang aku mulakan tapi tidak aku habiskan. Jadi, mungkin blog ini akan kekurangan update lagi jika aku gagal mendapatkan line yang cukup mantap..
Dan aku mintak maaf jika aku gagal update itu dan ini yang aku bagitau sebelum ini. Inilah yang akan berlaku bila kekurangan persediaan dan berlaku perkara-perkara yang tidak kita ingini berlaku. Tu lum cerita bab sakit hati, sakit jiwa, sakit kepala, sakit pening dan macam-macam sakit lagi. Jadi, nasihat aku sebelum korang kene kes macam aku ni. Buatlah persediaan dan jika mampu buatlah Team yang mampu bertindak seperti yang korang mahu. Jangan gatal wat macam aku sudahlah. Dulu ada team, tapi semuanya sibuk dan akhirnya tinggallah aku sensorang. Terpaksa aku hired bebudak forum luar. Kenapa aku hired orang luar? Salah satunyanya, kos labour adalah sangat murah dan memang kerja diorang mengikut apa yang aku nak. Lagipun, ini semua aku belajar dari forum-forum luar juga sejak 3-4 tahun lepas. Aku cuma apply apa yang aku belajar aje. Alhamdulillah, aku dah ada ramai follower, supporter, member, enemy, love enemy, lone ranger, pemiutang, penghutang dan macam-macam lagi. Terima kasih semua kerana membantu dan menyokong aku sehingga hari ini..

Sebenarnya ada 3-4 benda yang aku nak beritahu korang. Tapi aku fikir, biarlah aku simpan dulu kejutan tu bila tiba masanya. Memang aku patut bagitau sebab ini berkaitan dengan kerjaya dan juga melibatkan prestasi blog aku. Jadi, mungkin aku wajar bagitau sebab korang dah lama bersama-sama menyaksikan kelahiran blog ni dan sudah lebih 1 tahun blog ini beraksi di liga make money online dan buat duit sama ada di platform lokal atau international. Tapi bukan sekarang. Tunggu sahaja bila tiba masanya..
Tentang contest yang aku lanjutkan itu, teruskan menghantar komen yang bernas dan cubalah mengatasi johan-johan yang lepas. Aku harap tidak lagi dapat komen-komen spam yang bengong tu lagi. Aku sangat penat memadam komen-komen tersebut. Hangau tul dibuatnya. Ada apa-apa cadangan untuk mengatasi masalah komen nih?
Satu lagi angan-angan jangka pendek iaitu ingin menonton wayang cerite Geng yang ada upin dan ipin tu. Tapi kat Jerantut takde panggung wayang. Nak gi Kuantan, sama jauhnya macam aku pulang ke KL atau klang. Jadi, mungkin selepas kerja aku selesai di Jerantut barulah aku gi tengok cite Geng tu. Harap-harap masa tu masih lagi ditayangkan.
Berkenaan dengan tajuk entri ini. Apakah perasaan korang jika korang mahu mengubah dunia? Apakah perkara pertama yang korang mahu lakukan apabila korang hendak mengubah dunia dan jika korang mampu mengubah dunia, apa yang korang nak ubah? Sebenarnya, title tu aku ambil sempena nama lagu dan lirik lagu yang aku pasang ni. Bagus untuk naikkan semangat yang down atau kes-kes terlanggar kereta orang. Haha..
Ps: Korang mahu Ebook Rahsia Zango ALang secara percuma? Dapatkan disini.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Titan and TNX | January Text Link Ads and InLinks Payment »


























Lama tak dengar berita. Sekarang, banyak busy ye..
Ok kalau aku boleh ubah dunia.. rasanya aku takkan ubah apa2 pun….
Biasalah hidup ini penuh dengan cabaran…semoga semua akan OK balik ye…
kakeru. suka lagu? ye ker..
zool. Ehm..jengka? member aku ramailah kat sana. Kat jerantut nih, ehm.nantilah aku cite halnya kenapa aku gi jerantut..
Azhar. lama tak nampak. Hoho..universitas ok?? kuantan? watpe kat sana??
zaidi. selagi sifat irihati dan hasad dengki itu ada, sukar untuk kita ubah dunia nih. Sekarang, berdoalah..
spatt. Hehe..kurangkan hisap rokok tu dulu. Boleh? Hoho
rafhz. haha..ko report SPRM. Kantoikan diorang kalau ko nak. Haha, takkan lupa. Ni kan lagu feveret ko dengan supardi..
cyza. hehe. betul. Sabar. Sabar..
Emme. Insya-ALLAh..
samdaddycool berjaya stop lepas kawin, aku nak stop sebelum kawin…muahaha
iya suda tukar laa