[audio:Amy Mastura - Puteri.mp3]
Hari ini aku cuma nak cerita satu website baru dan aku kira masih perlukan banyak pendedahan untuk masyarakat blogger di Malaysia ni. Aku yakin masih tidak ramai orang yang mengetahui tentang website baru Helmi itu dan tak salah rasanya aku cite kat korang berdasarkan apa yang aku faham dan yang aku cuba sebelum ini.
Website tersebut adalah Malaysia University Classified. Kalau korang perasan, banner besar kat atas yang warna biru tersebut adalah website yang dibangunkan oleh Helmi. Aku kira tak ramai orang melayu yang buat macam Helmi ini dan aku sangat menggalakkan lebih ramai orang kita buat dan ramai juga yang tolong support website sebegini. AKu tak kata tak ramai orang kita yang wat website sebegini, ramaiiiii. Cuma tak ramai yang kita kenal sebab kebanyakkannya main market luar. Market lokal, berapalah kerat sangat yang buat bukan?
Dari pemerhatian aku selama beberapa minggu yang lepas. Aku lihat masih tidak banyak iklan classified atau post-post dibuat diwebsite tersebut. Aku yakin ramai yang telah sampai ke sana dan mungkin tersesat. Tetapi mungkin tidak ramai yang register website tersebut. Mengapa perkara ini terjadi walhal website sebegini sebenarnya bagus untuk tujuan promosi dan pemberitahuan? Aku rasa mesti antara korang yang dah tahu mengapa ini terjadi bukan?

Ya. Mungkin ianya kurang promosi dan kurang pendedahan sama ada diperingkat lokal atau antarabangsa. Jadi, aku rasa Helmi perlu berusaha dengan lebih gigih dari segi promosi dan meyakinkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan servis Malaysia University Classified. Cadangan aku, cuba untuk naikkan alexa rank dan pagerank website tersebut. Aku yakin jika website tersebut mempunyai nilai pagerank yang mantap, pasti ramai yang berminat untuk berbuat sesuatu. Tak kurang juga Helmi kene mempromosikan website ini dengan lebih agresif. Tambahkan lebih banyak contest dan hadiah-hadiah yang menarik seperti wang tunai yang lumayan mungkin dapat menarik perhatian mereka-mereka diluar sana. Aku yakin website mampu popular setanding dengan website-website lain jika cara promosi yang dijalankan berkesan.
Dari segi design, aku tidak mahir sangat bab ini. Tetapi menggunakan platform wordpress dan plugin yang sesuai untuk membuat classified adalah satu cara yang kreatif. Tidak ramai orang guna platform wordpress untuk buat classified website sebegini. Tetapi Helmi berjaya membuatnya. Aku tahu bukan senang sebab aku sendiri tak mahir. Kalau setakat wat blog, aku takde masalah. Tetapi nak wat website sebegini dan hendak mempromosikannya dengan baik sekaligus menjadikannya popular. Aku tahu ianya bukan kerja 1 malam. Jadi, Helmi. Berusahalah!
Satu lagi, aku suka warna utama website tersebut. Warna biru muda. Tak tahulah kenapa aku suka sangat kaler tu. Bagi aku itu satu pemilihan yang bagus. Apapun, di internet ini. Untuk memastikan website kita dikenali ramai ada beberapa kriteria yang perlu dipandang berat. Antaranya adalah teknik promosi yang agresif, tools marketing yang hebat, servis yang bagus dan owner yang rajin. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik jika kita buat apa yang sepatutnya.
Ps: Sebarang bantuan atau pertanyaan. Boleh terus ke ruang bantuan di Malaysia University Classified.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Titan, Aku dan Accident | Edisi Siasat – Buat Duit dengan VCC »
















matlamat? gi tanya Helmi.
1st…terime kasih ye titan buat preview pasal site aku ni….wut susah2 je (n_n)
Pasal promosi 2….bukan xnk buat, tp skng tgh bz sket….tgk blog aku pon dah bape lame x update…baru je skng stat update blk..
Aku tgh siap2 nk p stadi kat lain ni…tpt beriklim sejuk…so kenelah siapkan diri zahir dan batin…klu mati sejuk la aku time jln p klas nnt (n_n)
Ape2 pon….terima kasih ye!
semoga berjaya la website neh kan
merah. Hehe..biasalah. Farah memang camgitu. Takkan ko tak tau..
fatah. Betul. betul. betul..
KNizam. yup. Harap-harap begitulah.
Secara jujurnya aku masih tak nampak matlamatnya…
Setakat ni aku rasa website ni masih permulaan.. Banyak navigasinya yang belum cukup sempurna..
Dan mungkin banyak lagi perlu diperbaiki.. Mungkin kita boleh sama-sama bantu beliau untuk merealisasikan matlamatnya..
sebab aku rasa ada potensi dari segi tajuknya.. maybe boleh buat maklumat mengenai universiti di malaysia.. Banyak tu…
selain tu boleh gak buatkan iklan untuk x-pelajar buat reunion ke.. buatkan group.. ada potensi ni en helmy.. boleh je kalau nak kongsi idea..
dari segi design tu rasanya masih perlu diperbaiki. warna ok..
byk komenlah si zool ni…
Salam dari Alexander
KL