Hari ini hari ahad. Semalam hari Sabtu. Tak banyak benda aku nak cerita sebab semalam sehari suntuk aku menemani mak abah aku gi hantar barang ke akak dan adik perempuan aku. Nak tak nak, terpaksalah ikut. Sebabnya aku kena paksa jadi tukang angkat barang diorang. Takkan nak harap mak abah aku tuh. Kalau diorang masih muda, aku tak kesah. Tapi dalam keadaan yang selalu suruh aku picit dan urut badan diorang, aku merelakan badan aku digunakan oleh mereka untuk 1 hari. Haha..
Jadi, satu hari suntuk tu aku teman diorang. Itupun setelah disogokkan dengan upah yang agak lumayan iaitu lamb chop. Hati aku lega setelah sekian lama aku mengidam nak makan lamb chop, membuahkan hasil biarpun aku termakan umpan mak aku. Takpelah, bukan selalu pun kene umpan macam ni. Janji tak keluar duit aku. Haha! Secara jujur, dalam keluarga aku, aku antara orang paling kedekut nak keluarkan duit untuk berbelanja. Nak wat macam mana, nak beli baju sendiri pun aku berkira, apatah lagi nak belikan baju orang lain..
Selepas pulang dari rumah sewa adik aku dan akak aku. Kitaorang gi Klang Sentral di Meru. Aku akan berangkat ke Jerantut sekali lagi pada hari Isnin nanti. Ada perkara yang perlu aku uruskan disana bersama Pakcik aku. Urusan keluarga. Jadi, aku gi beli tiket bas sebab adik aku dah tibai kereta aku. So, takkan aku nak tibai keta Vios abah aku. Dia nak gi kerja camana, nak tak nak. Terpaksalah aku naik bas syarikat SE Super. Itu aje bas yang aku tengok available ke Jerantut.
Jadi, mungkin esok tidak ada update lagi untuk blog ini dan aku akui bulan ini bulan yang agak tak bersemangat buat blog ini. Namun aku akan cuba buat post yang bersemangat selepas pulang dari Jerantut nanti. Ada banyak benda aku nak beritahu, tetapi nanti-nantilah dulu.
Tentang Pertandingan bulan ini. Berjalan dengan biasa. Januari Earncent Contest 2009. Ini nama yang aku berikan untuk contest ini. Post rasmi akan aku buat nanti. Aku sangat malas sekarang dan peraturannya sama sahaja seperti bulan lepas. Jika ada penambahan, sila rujuk pada post rasmi nanti.
Ps: Thanks K. I like your happy message..
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content
No related Posts
« Keputusan Rasmi Last Earncent Contest | Titan, Aku dan Accident »
















kalo titan sudah kahwin nanti… kedekutnya makin bertambah2 laa jadinya. lebih dari biasa kedekutnya…. hahahahaa
merah. biar kedekut. Jangan bakhil.
muhafis. camry tuh apa ek?? Hehe..
kampungboy. masalah? Masalah memang takkan habis sampai kiamat la..
x-po shop. Insya-Allah tiap-tiap bulan akan ada contest. Sponsor pun dah ramai sekarang.
fatah. Aku harap pun camtulah. Haha..
rafhz - bunyik mcm tau je ni..ekekekekek
aku satu alam je la.. masih lagi pecinta wanita.. belum terdetik nak cintai titan..
xberkemampuan dan berkeupayaan ke dirinya tika ini untuk menge’post’…?
Semoga pulang pulih seperti sediakala dengan segera titan..
Rafhz…. Hi..
rafhz..bila plak farah dah di punyai haaa?ho ho ho ho…nak msk line??msk le..cpt le buat line..hahahahha