Hoho! Terima kasih untuk mereka-mereka yang sudi hadir dan memberikan komen kepada masalah yang melanda aku semalam. Tak sangka ramai pula yang response. Biasanya, topik kritikal macam tu memang akan menjadi tanda tanya kepada semua orang yang selalu melawat blog ini.
Dan aku tidak sangka, sehingga di Facebook, ada orang bertanya tentang perihal masalah aku tu. Itu belum lagi yang dekat Yahoo Mesengger. Lebih 30 mesej tak terjawab. Aku tertidur depan laptop sebenarnya. Tu pasal aku tak dapat reply semua mesej tu dan aku sibuk nolong mak aku hari ini. Jadi, nak layan YM pun susah sikit dan secara jujurnya aku kurang berminat nak cerita lagi. Bagi aku bila ada masalah macam tu, aku perlu menyibukkan diri. Bagi badan penat dan memaksa badan yang lemah ini untuk tidur. Tidur adalah satu terapi yang baik untuk otak dan hati yang bermasalah macam aku ni..
Apapun, aku ucapkan terima kasih pada korang sebab ada yang sudi ambil berat. Masalah tu tak dapat aku ceritakan kerana aku tak nak biarkan masalah tu berlarutan. Cukuplah 1-2 hari aku sengsara kejap walaupun aku tahu benda tu akan menghantui aku setiap jam. Haha..

Aku dah tak sakit hati dah. Kene belajar terima hakikat. Seperti nasihat korang. Itulah ayat-ayat yang biasa digunakan oleh orang kita. Aku dah lali benda tu semua dan faham. Jadi, aku ucap terima kasih juga pada korang sebab ambil berat. Tapi, apa sebenarnya masalah aku tu?? Ada yang hampir yang meneka dengan tepat tapi aku tak dapat beritau yang mana satu. Lupa, itu cek yang dihantar oleh pihak Netkl. Cek tu aku dapat semalam.
Oh ya. Penjualan Ebook Panduan TNX 2009 berjalan dengan agak lembab kerana masalah bengong aku tu. Marketing langsung tak jalan dan aku cuma promosi di Wangcyber sahaja. Affiliate pun tak masukkan skrip lagi dan banyak benda tak buat lagi. Jika ada antara korang yang berminat nak beli, harganya cuma RM27. Selepas 1 bulan, harga akan naik ke RM37. Tetap dan kekal. Panduan ini menceritakan pengalaman aku bersama-sama TNX selama beberapa bulan dan tips dari aku untuk mendapat side income setiap bulan sebanyak 10-50usd. Sikit aje kan? Tapi itu lebih bagus daripada korang tak dapat satu sen pun di internet ni. Betul tak?
Aku pun sudah update beberapa blog hari ini. Jika korang hendak cari adsense alternative program, korang leh gi ke blog aku yang satu lagi. Selalunya aku akan bagi sipnosis pendek dan cerita apa yang patut pasal program tu. Maaf, blog itu dalam english. Tetapi aku yakin ramai yang faham english 123 aku tu.
Iklan di Facebook aku sudah membuahkan hasil. Banyak gak program affiliate dalam negara dan luar negara yang menjadi. Sedikit sebanyak, hati aku dah tak sakit sangat dah walaupun lukanya belum jadi parut lagi. Jadi, kalau korang nak panduan untuk beriklan di Facebook, bolehlah belajar dari ebook ni. Ikut je panduan dalam tu dan aku rasa korang dah boleh buat duit sikit.
Ps: Masih tak sembuh. Tapi aku dah boleh minum air kopi dahh..
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Titan Sakit Hati.. | Keputusan Rasmi Last Earncent Contest »


























Pasal masalah tu. Lantak hang la. Semoga tak ganggu kerja hang dan kerja menulis blog nih..
sah2 masalah prmpn maa..ekekekeke..rilek la titatn..aku ada..ho ho ho..setia punya maa..muahahahahahah
Aku agak masalah pempuan. Biasalah tu. Dah nama pun laki, mesti masalah pempuan..
p/s-apa kena mengena tajuk kehidupan buara dgn kisah ko ni titan?
Bangga siot sebab ramai yang bertanyakan masalah aku. Walaupun aku belum lagi terbuka hati nak berkongsi, tetapi aku akui aku happy dengan mesej2 dari korang. Haha..
Anyway. Kehidupan buara itu satu perkataan terbaru yang aku wujudkan dalam blog ini. Ntah, maksudnya apa ek..
x semstinya masalah pempuan… maslah rumah tangga ke… sakit hati gak… mane tau kot2 ade maslah dlm rumah ke… adk bradik marah ke.. mak bapak marah ke… same gak.. mane la tau kot2 kite terasa ati ngan apa yg mak bapak, adkbradik, @ kengkawan ke… tul x…
*Aku pun akan releasekan satu ebook dalam jangka waktu terdekat ni. Nantikan.
Semangat macam ni yang bagus dikekalkan. Kalo layan jiwa kacau, mmg bole jadi sewel beb..