Secara jujur, aku tidak ada mood untuk menulis untuk minggu ini. Ada banyak perkara berlaku dan banyak juga perkara yang membuatkan perasaan bercampur baur. Arghhh. Naik gila jugak dibuatnya. Tetapi apa yang aku mampu buat? Benda dah berlaku. Terima sahajalah dengan hati yang gila nih..
Tentang Pemenang Contest tahun lepas. Aku akan umumkan samada esok atau lusa. Bergantung pada perasaan dan etika menulis blog aku. Kalau aku masih belum sembuh dari serangan hari ini, mungkin lambatlah keputusan tu. Dan aku juga akan umumkan hadiah untuk contest terbaru untuk bulan Januari ini. Rule mungkin sama dan korang bolehlah mula berkomen macam biasa. Hadiahnya pasti lumayan kerana bakal ditaja oleh 4 penaja termasuk diri aku sendiri.
Blog lain pun aku tak sempat update kerana serangan demi serangan dalam bulan ini. Aku tak sangka sebegini teruk kesannya pada diri aku. Mahu ketawa tak boleh, mahu cakap pun serba salah. Macam kene tikam dengan pisau rambo kat ulu hati, tapi sakitnya merebak ke jantung dan otak. Tiada apa lagi yang mampu aku lakukan melainkan meneruskan kehidupan yang agak kejam ni. Serius, aku memang tengah tak betul sekarang. Nyaris eksiden motor sebab lambat mengelak lori yang datang dari belakang. Siku aku je luka sikit akibat memaksa diri untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke kancah kemalangan jalan raya pada tahun 2009 ini.
Jadi, kepada sesiapa yang ada tulis mesej kat Yahoo Mesengger aku, maaflah kalau aku malas jawab. Memang aku ada kat depan PC. Tapi aku tak ada mood nak berborak panjang melainkan perkara-perkara penting. Jika korang ada soalan pasal buat duit, silalah baca semua 451 artikel diblog ini untuk mencari jawapan yang korang mahu. Aku yakin mungkin sedikit sebanyak boleh membantu korang untuk buat duit dengan internet.
Ps: Aku sakit hati. buat kali kedua. Kali ini, lebih dalam.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Pertandingan Affiliate Diranjang.com | Kaleidoskop dan Kehidupan Buara »


























Aku harap, aku bukanlah org yg menyebabkan ko jadi Sindrom Down ni Titan…
tabahkan hatimu…kuatkn semangatmu…
Ps: Apa masalahnya niee??
Ps: Orang lelaki, kalau ada masalah, 2 benda aje. Perempuan atau duit. Haa, yang mana satu??
kalau kami leh bantu, kami bantu…
It comes to u..
If u let the hurt be apart of ur life..
It will be with u..
Titan..
Be strong…
u don’t have to run..
Just say “NO”
Be a mister of situation..
not a slave of situation..
Be extraordinary in term of thinking..
The way u think, determine what u feel..
p/s-hmm..mngkin masalah prmpn kot..hahha
Ps: Weh titan. Mende masalah ko nie haa??
zaki blogjer-masalah prmpn kot..muahahahaha
awek lah nih..hehe..lek2 pompuan ni macam kerak nasi, nak lembut rendam je dlm air pastu ko ratah haha
entah brapa lama nk sembuh nie.. kecian dia… kita sama2 doakan la semoga en titan nie cepat sembuh… aku nk g gak melawat dia nie… tp xlulus agi cuti nie..
huhu
Parah macam kena tikam pisau rambo…! Hanya Allah yang tahu.
Hadiah lawak kambing aku dah bayo tadi.. sori lambat gila.. 4 bln biz aku sakit.
rafhz>ctc aku bagi no akaun.
nasib baik si titan tak maleh…ahakzz…masih lagi eh pinang anak org nih..haha