Hari ini hari Jumaat. Jadi, seperti biasa aku akan tulis sesuatu hari ini. Berdasarkan pada tajuk entri ini, ya! Ianya berkaitan dengan program Text Link Ads. Jika semalam aku cerita tentang adik kembarnya iaitu Inlinks, hari ini kita sambung cerita tentang abang kembarnya. Aku ingat aku akan menerima bayaran pada 5 hb nanti, tetapi aku dibayar pada hari ini pula..

Ramai juga yang bertanya, bagaimana aku berjaya buat duit dari program ini? Aku tidak ada formula mudah yang mampu aku berikan untuk soalan maut itu. Ini kerana aku sendiri sangat sukar untuk mengetahui jawapannya. Marketplace TLA sangat misteri. Dan apa yang aku pasti, jika blog korang mempunyai alexa rank yang bagus seperti dibawah 500k, blog korang berpotensi untuk buat duit dengan TLA. Malah, jika masa yang sama blog korang mempunyai pagerank yang mantap, ini tidak mustahil korang mampu menjana pendapatan yang lumayan dari Text Link Ads.
Secara jujur, kadang-kadang aku pun tidak pasti bagaimana untuk bagitau seseorang. Yang dapat aku bagitau, buat banyak artikel dalam bahasa english dan pastikan mempunyai banyak keyword dan link popularity yang mampu menarik hati advertiser untuk beriklan diblog kita.
Kali ini, aku tidak dibayar dengan banyak dan aku rasa ini juga satu jumlah yang tinggi untuk salah satu program yang membayar aku setiap bulan. Aku berharap lebih banyak advertiser akan berminat membeli iklan diblog-blog aku. Lihat skrinshot dibawah ni. Tak banyak kan?

Jadi, terpulanglah pada korang dan aku cadangkan korang download ebook percuma yang boleh didapati diwebsite rasmi TLA. Kaji dan fahamkan ebook tersebut. Sayangnya, ianya dalam bahasa english dan aku belum ada masa untuk terjemahkan. Nantilah kalau aku tidak sibuk. Aku sangat sibuk menonton anime sekarang. Apapun, sesiapa berminat dengan TLA, leh daftar dengan segera. Hoho!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Open Case - Komisen Pertama dari InLinks | Online Dating Safety Tips »









.gif)








bila tah aku nak mula buat TLA ni..asik tangguh je…huh
p/s - lupa nk gtau..aku dah add link ko kat blog aku.add link aku gak yer..
p/s:jangan rahsia2..kongsi2 la..Hehe
rina. Alhamdulillah. Ada yang menjadi, ada gak yang tak menjadi. Harap semua mengikut perancangan.
helldream. Ada buah tangan tak? Hehe
emme. Bolehlah. Sikit aje. Lepas topup adek-adek aku..
shahir. bukan aku tak nak wat. Tapi takut korang overload bila aku senarai semua program yang aku pernah wat duit. Banyak. Dan takut korang kata tak bagus plak.
Dan satu hal plak nak karang semua. 1 ebook pun dah wat aku pening kepala. Inikan pulak nak gabungkan. Waa..
debtrunner. ko try la weh..
iza. senang ker? Ehmmmm..