Archive for January 2009


[audio:INUYASHA - CHANGE THE WORLD.mp3]

Secara jujur, esok aku akan menghilangkan diri sekali lagi ke Jerantut atas urusan yang masih belum selesai akibat accident 2 minggu lepas. Aku kena pulang ke sana untuk menyambung kembali kerja yang masih bertanggung. Nak buat macam mana, kerja ni aku kene selesaikan. Tak bestlah tinggalkan kerja yang aku mulakan tapi tidak aku habiskan. Jadi, mungkin blog ini akan kekurangan update lagi jika aku gagal mendapatkan line yang cukup mantap..

Dan aku mintak maaf jika aku gagal update itu dan ini yang aku bagitau sebelum ini. Inilah yang akan berlaku bila kekurangan persediaan dan berlaku perkara-perkara yang tidak kita ingini berlaku. Tu lum cerita bab sakit hati, sakit jiwa, sakit kepala, sakit pening dan macam-macam sakit lagi. Jadi, nasihat aku sebelum korang kene kes macam aku ni. Buatlah persediaan dan jika mampu buatlah Team yang mampu bertindak seperti yang korang mahu. Jangan gatal wat macam aku sudahlah. Dulu ada team, tapi semuanya sibuk dan akhirnya tinggallah aku sensorang. Terpaksa aku hired bebudak forum luar. Kenapa aku hired orang luar? Salah satunyanya, kos labour adalah sangat murah dan memang kerja diorang mengikut apa yang aku nak. Lagipun, ini semua aku belajar dari forum-forum luar juga sejak 3-4 tahun lepas. Aku cuma apply apa yang aku belajar aje. Alhamdulillah, aku dah ada ramai follower, supporter, member, enemy, love enemy, lone ranger, pemiutang, penghutang dan macam-macam lagi. Terima kasih semua kerana membantu dan menyokong aku sehingga hari ini..

iwantochangetheworld 300x160 Titan   I Want to Change the World!


Sebenarnya ada 3-4 benda yang aku nak beritahu korang. Tapi aku fikir, biarlah aku simpan dulu kejutan tu bila tiba masanya. Memang aku patut bagitau sebab ini berkaitan dengan kerjaya dan juga melibatkan prestasi blog aku. Jadi, mungkin aku wajar bagitau sebab korang dah lama bersama-sama menyaksikan kelahiran blog ni dan sudah lebih 1 tahun blog ini beraksi di liga make money online dan buat duit sama ada di platform lokal atau international. Tapi bukan sekarang. Tunggu sahaja bila tiba masanya..

Tentang contest yang aku lanjutkan itu, teruskan menghantar komen yang bernas dan cubalah mengatasi johan-johan yang lepas. Aku harap tidak lagi dapat komen-komen spam yang bengong tu lagi. Aku sangat penat memadam komen-komen tersebut. Hangau tul dibuatnya. Ada apa-apa cadangan untuk mengatasi masalah komen nih?

Satu lagi angan-angan jangka pendek iaitu ingin menonton wayang cerite Geng yang ada upin dan ipin tu. Tapi kat Jerantut takde panggung wayang. Nak gi Kuantan, sama jauhnya macam aku pulang ke KL atau klang. Jadi, mungkin selepas kerja aku selesai di Jerantut barulah aku gi tengok cite Geng tu. Harap-harap masa tu masih lagi ditayangkan.

Berkenaan dengan tajuk entri ini. Apakah perasaan korang jika korang mahu mengubah dunia? Apakah perkara pertama yang korang mahu lakukan apabila korang hendak mengubah dunia dan jika korang mampu mengubah dunia, apa yang korang nak ubah? Sebenarnya, title tu aku ambil sempena nama lagu dan lirik lagu yang aku pasang ni. Bagus untuk naikkan semangat yang down atau kes-kes terlanggar kereta orang. Haha..

Ps: Korang mahu Ebook Rahsia Zango ALang secara percuma? Dapatkan disini.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Jan 29

Titan and TNX

15 comments - Post a comment


[audio:Inuyasha - Grip! (4th Opening Theme) full.mp3]

Hem..aku lupa tulis untuk semalam. Jadi, aku akan update tentang bayaran TNX yang aku terima semalam. Tak banyak yang aku perolehi pada bulan Januari ini berikutan beberapa advertiser besar yang support aku sejak beberapa bulan lepas telah menghilangkan dirinya. Tapi nilai point yang aku terima disebahagian blog aku semakin meningkat dan ini menyokong aku untuk terus menerima income pasif dari program TNX.

Jika masih ada antara korang yang masih belum percaya bahawa TNX mampu memberikan pulangan secara pasif, aku cadangkan korang dapatkan Laporan Panduan TNX 2009 yang aku karang khas untuk korang. Tapi aku maklumkan dulu bahawa korang kene mempunyai 3 asas penting iaitu pernah ada akaun wordpress dan tahu selok beloknya. Mengetahui dan pandai bermain dengan cpanel hosting anda dan tak lupa mesti mempunyai akaun paypal. JIka 3 benda ni tak ada. Tak apa. Pergi belajar dulu, kemudian baru beli laporan aku tuh. Tak perlu tergesa-gesa. Harga terkini cumalah RM27 sahaja. Tetapi, setat 1 Februari 2009. Harga akan naik ke RM37 sampailah bila-bila..atau korang boleh dapatkan Panduan TNX ini secara percuma dengan menjadi Johan Januari Earncent Contest yang dilanjutkan sehingga penghujung Februari ini. Jadi, terpulang pada korang. Aku tak paksa beli punya..tapi kalau nak beli. Sila rujuk sini..

tnx11jan 300x129 Titan and TNX

tnx28dec 300x145 Titan and TNX

tnx28jan 300x118 Titan and TNX


Ok. Itu antara bayaran yang aku terima dan aku kira sudah 14 kali aku terima bayaran sepanjang aku bersama dengan program TNX. Bayaran ke 15 baru sahaja aku request dan walaupun jumlah yang aku terima tidak banyak, tetapi income secara pasif ini menggembirakan aku setiap bulan. Yelah, kita tak mencuri untuk dapatkan income. Ini hasil usaha penat lelah yang aku wat untuk memastikan income yang aku terima dari TNX ini akan berhasil setiap bulan.

Cukuplah ye update untuk semalam. Update untuk hari ini, aku akan post malam nanti. Ada benda aku nak cerita sementara aku masih ada peluang untuk menaip pada bulan ini.  Harap aku punya kekuatan untuk meneruskan aktiviti berblogging ini. Hoho!

Ps: TItan and TNX. Persamaannya adalah dua-dua perkataan dimulakan dengan huruf T.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Raihan - Ashabul Kahfi.MP3]

Semalam aku cerita pasal Hilmi. Hari ini aku akan cerita tentang seorang lagi usahawan internet yang aku rasa korang semua mungkin kenal. Kalau tak kenal, berkenalanlah sekarang. Beliau adalah Naim. Nama glamour beliau adaalah Naem. Mesti korang masih ingat produk beliau iaitu PPCpercuma.com bukan? Ya, kali ini Naem melancarkan satu lagi produk terbaru beliau iaitu produk yang sangat tidak asing buat aku iaitu Panduan VCC.

Ya. Panduan VCC yang dihasilkan oleh Naem adalah sangat berbeza sekali dengan panduan yang dihasilkan oleh aku sendiri. Seperti yang korang semua maklum. Aku juga salah seorang penjual dan pengguna VCC(Virtual Credit Card) sejak 3 tahun lepas. Dan aku telah menjana banyak wang dengan VCC dan membantu ratusan orang yang hendak mendapatkan VCC untuk pelbagai perkara seperti mengaktifkan akaun paypal, mengaktifkan akaun ebay dan juga untuk promosi adword dan Facebook. Jadi, panduan yang dikeluarkan oleh Naem ini sangat bagus dan aku sendiri telah membacanya.

Ok. Terus terang. Memang aku promote Panduan VCC ini kerana ianya sangat penuh dengan informasi dan yang paling best, TERKINI! Banyak info dan panduan yang korang takkan jumpa di forum, blog atau website. Aku berani jamin Panduan VCC versi Naem ini sangat berguna samada korang hendak guna untuk dapatkan stok VCC, belajar bagaimana hendak menjana duit beribu-ribu dari VCC seperti yang aku lakukan sejak 3 tahun dulu, belajar bagaimana hendak meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan di internet.

Aku cakap macam ni bukan sebab nak riak. Tetapi ini hakikat yang aku telah alami dan kali ini peluang tu telah dilihat oleh Naem. Naem nampak peluang tu dan beliau sendiri berkongsi pengalaman beliau tentang VCC dari tak tahu apa-apa sehinggalah berjaya buat duit dari VCC.

Jika dulu, aku dan beberapa orang yang tak sampai 10 orang menjadi pemain VCC, sekarang aku kira sudah berpuluh-puluh pemain VCC di Malaysia. Bagi aku itu satu cabaran yang bagus dan juga persaingan yang sihat. Sekaligus membuka peluang kepada orang kita buat duit di internet dengan lumayan dan secara bijaksana.

Ada yang tanya aku. Adakah income aku semakin berkurangan bila pemain VCC ini makin bertambah? Haha. Secara jujur, income aku meningkat. Tetapi sejak 2 minggu ini berkurangan disebabkan insiden aku accident haritu. Lebih dari 100 orang yang menghubungi aku melalui sms, call dan juga email. Korang leh bayangkan berapa kerugian aku selama 2 minggu? Melebihi RM4 ribu. Separuh darinya adalah order dari Korea, Australia, India dan beberapa negara lain. Selebihnya dari Malaysia dan Singapore.

Jadi, mahukah korang tahu bagaimana pemain seperti aku dan Naem buat duit dengan VCC dan membantu orang lain menggunakan VCC? Jika Ya, aku menyarankan korang mendapatkan Panduan VCC yang ditulis sendiri oleh Naem berdasarkan pengalaman beliau. Dan dapatkan juga BONUS dari aku iaitu Panduan versi Edisi Siasat Report VCC yang telah terjual lebih 100 salinan pada tahun 2008. HANYA dengan membeli Panduan VCC Naem melalui link affiliate aku. Kalau tak beli dari link aku, tak dapatlah Report VCC versi Titan. Aku yakin gabungan Panduan VCC Naem dan Panduan versi Edisi Siasat Report VCC Titan akan membantu korang memahami apa itu VCC dan cara membuat duit dengan VCC dengan baik.

Korang boleh beli di link ini untuk mendapatkan Bonus tersebut : Panduan VCC Naem

Secara jujur, ada gak info yang aku tak tahu bila baca panduan VCC Naem tu. Banyak gak research yang dijalankan oleh beliau. Naem antara orang yang aku respek dalam bab kaji mengkaji nih. Jadi, aku tak puji atau kutuk orang sebarangan. Aku lihat hasil dan content yang mamat ni buat. Kalau ok, aku kata ok. Kalau hancur, aku kata hancur. Ternyata, Panduan VCC ini sangat berguna. Jadi, korang nak beli atau tak. Aku dan Naem tak paksa punye..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Amy Mastura - Puteri.mp3]

Hari ini aku cuma nak cerita satu website baru dan aku kira masih perlukan banyak pendedahan untuk masyarakat blogger di Malaysia ni. Aku yakin masih tidak ramai orang yang mengetahui tentang website baru Helmi itu dan tak salah rasanya aku cite kat korang berdasarkan apa yang aku faham dan yang aku cuba sebelum ini.

Website tersebut adalah Malaysia University Classified. Kalau korang perasan, banner besar kat atas yang warna biru tersebut adalah website yang dibangunkan oleh Helmi. Aku kira tak ramai orang melayu yang buat macam Helmi ini dan aku sangat menggalakkan lebih ramai orang kita buat dan ramai juga yang tolong support website sebegini. AKu tak kata tak ramai orang kita yang wat website sebegini, ramaiiiii. Cuma tak ramai yang kita kenal sebab kebanyakkannya main market luar. Market lokal, berapalah kerat sangat yang buat bukan?

Dari pemerhatian aku selama beberapa minggu yang lepas. Aku lihat masih tidak banyak iklan classified atau post-post dibuat diwebsite tersebut. Aku yakin ramai yang telah sampai ke sana dan mungkin tersesat. Tetapi mungkin tidak ramai yang register website tersebut. Mengapa perkara ini terjadi walhal website sebegini sebenarnya bagus untuk tujuan promosi dan pemberitahuan? Aku rasa mesti antara korang yang dah tahu mengapa ini terjadi bukan?

malaysiauniversiti 300x160 What is Malaysia University Classified?


Ya. Mungkin ianya kurang promosi dan kurang pendedahan  sama ada diperingkat lokal atau antarabangsa. Jadi, aku rasa Helmi perlu berusaha dengan lebih gigih dari segi promosi dan meyakinkan lebih ramai pengguna untuk menggunakan servis Malaysia University Classified. Cadangan aku, cuba untuk naikkan alexa rank dan pagerank website tersebut. Aku yakin jika website tersebut mempunyai nilai pagerank yang mantap, pasti ramai yang berminat untuk berbuat sesuatu. Tak kurang juga Helmi kene mempromosikan website ini dengan lebih agresif. Tambahkan lebih banyak contest dan hadiah-hadiah yang menarik seperti wang tunai yang lumayan mungkin dapat menarik perhatian mereka-mereka diluar sana. Aku yakin website mampu popular setanding dengan website-website lain jika cara promosi yang dijalankan berkesan.

Dari segi design, aku tidak mahir sangat bab ini. Tetapi menggunakan platform wordpress dan plugin yang sesuai untuk membuat classified adalah satu cara yang kreatif. Tidak ramai orang guna platform wordpress untuk buat classified website sebegini. Tetapi Helmi berjaya membuatnya. Aku tahu bukan senang sebab aku sendiri tak mahir. Kalau setakat wat blog, aku takde masalah. Tetapi nak wat website sebegini dan hendak mempromosikannya dengan baik sekaligus menjadikannya popular. Aku tahu ianya bukan kerja 1 malam. Jadi, Helmi. Berusahalah!

Satu lagi, aku suka warna utama website tersebut. Warna biru muda. Tak tahulah kenapa aku suka sangat kaler tu. Bagi aku itu satu pemilihan yang bagus. Apapun, di internet ini. Untuk memastikan website kita dikenali ramai ada beberapa kriteria yang perlu dipandang berat. Antaranya adalah teknik promosi yang agresif, tools marketing yang hebat, servis yang bagus dan owner yang rajin. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik jika kita buat apa yang sepatutnya.

Ps: Sebarang bantuan atau pertanyaan. Boleh terus ke ruang bantuan di Malaysia University Classified.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011