[audio:P Ramlee - Menceceh Bujang Lapok(1).mp3]
Ketika ini, aku sedang bertungkug lumut mengupdated lebih dari 20 buah blog dan website sementara internet sedang laju. Aku harap kelajuan ini akan kekal sehingga pagi nanti. Lepas tu, nak lembab balik pun tak apalah. Sakit kepala juga bila internet slow lembab macam ni. Tapi nak buat macam mana, kita hanya pemain kecil sahaja dalam hal ini..
Semalam aku ada sentuh sikit pasal echeck bukan? Ehm, echeck itu datangnya dari contest Dotcomsecrets yang aku sibuk promosikan 1-2 bulan yang lepas dan hasilnya sangat memberangsangkan. Malangnya, cek itu tidak cair lagi. Jadi, aku tidak dapat lagi boleh gunakan cek yang sebanyak 300++ dollar tersebut. Nak kata durian runtuh, tidak juga. Sebabnya aku memang promote habis-habisan. Maklumlah, aku tak berminat gunakan taktik mailing list. Jadi, aku promote disemua blog dan lancarkan taktik gerila macam biasa. Dan seperti biasa, hasilnya menjadi luar biasa jika kita berusaha secara luar biasa. Aku dengar shuth dapat $467.50, dinberamboi dapat $162, razif dapat $200++. Waa, semua main angka besau-besau ye. Hoho!!
Sejujurnya aku masih tiada mood untuk menulis dengan panjang. Jika diblog-blog english aku, aku memang ada banyak idea. Spontan aje keluar dari otak nih. Tapi bila tulis kat sini, rasa semacam aje. Hilang tumpuan aku seketika bila line internet jadi macam ni. Aku rasa ramai lagi yang ‘feel’ macam aku juga. Lagi-lagi bila tak dapat buat duit online dengan baik. Aku tahu ramai yang masih kecewa sebab masih belum dapat sentuhan untuk buat duit dengan internet. Apa yang aku mampu cakap, teruskan usaha dan terus usaha.
Berita gembira lain. Status Akaun Nuffnang aku sudah bertukar. Yeh! Aku sudah tukar status ke akaun super khas Nuffnang iaitu Gliterri. Walaupun aku mengalami saat-saat yang sukar untuk bertukar status. Akhirnya, aku berjaya juga menjadi ahli super khas Nuffnang ni. Hehe..
Itu sahaja untuk hari ini. Aku nak layan drama korea semula. Love in Havard. Aku rasa dah lebih 11 kali aku dok mengulang cerita yang sama sejak 2-3 tahun nih. Aku tak kesah korang kata aku jiwang. Haha..
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content

















