• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Komisen Pertama dari Teliad

December 31, 2008 12:41 pm / 16 Comments / admin

[audio:Ebiet_G_Ade_-_01_-_Aku_Ingin_Pulang.mp3]

Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2009. Bagi aku, tahun ini penuh dengan ranjau. Gelak ketawa dan tangisan adalah normal dalam kehidupan aku. Aku akur yang aku perlu berusaha dengan lebih baik pada masa hadapan. Tidak juga aku nafikan, tahun 2008 meninggalkan seribu satu makna dalam kehidupan aku dan juga kehidupan titan. Earncent.com juga melangkah satu dimensi baru. Pembaca dan pelawat ke blog ini juga semakin bertambah. Boleh dikatakan perubahan yang ketara berbanding tahun 2007, itupun jika korang selalu mengikuti perkembangan blog ini.

Secara jujur, aku tidak berapa berminat untuk membuat entri khas untuk hari terakhir pada tahun 2008. Bagi aku, sama sahaja. Cuma masa dan waktu sahaja yang berbeza. Jadi, aku akan berusaha pada tahun depan dengan lebih gila dan rajin lagi berbanding tahun 2008. Aku akui aku masih tidak puas hati dengan kerja dan pendapatan yang aku perolehi. Dah nama pun manusia, memang susah betul nak puas hati. Jadi, selagi nyawa ni masih bernafas, tangan ini akan terus menulis dan menaip. Hehe..

Ok. Lupakan kejap bab 2009. Aku hanya nak share salah satu pendapatan yang aku dapat hari ini. Walaupun ini antara jumlah yang paling kecil aku terima diakaun paypal aku. Tetapi, aku akui program ini sangat sukar bagi aku untuk mendapat income. Program apa? Ya. Teliad. Mesti korag pernah baca entri edisi siasat aku tentang Teliad bukan? Jika tak pernah baca, boleh pergi sini.

Haa. Inilah program Teliad yang aku katakan tu. Korang boleh pergi ke website Teliad dan daftar. Tetapi Teliad mempunyai perbezaan yang ketara berbanding Inlinks, Backlinks, TLA, TNX dan program-program lain. Nak tahu apa perbezaannya, bolehlah pergi dan daftar.

Nampak. Seperti yang aku kata hari itu. Aku dapat 4 euro. Bolehlah tu. Tak banyak. Tapi lebih baik daripada tak ada langsung. Yup. Aku dapat benda ni melalui blogroll aku. Ada orang beli 1 blogroll diblog ini. Jadi, jika korang nak buat duit dengan blogroll korang. Tak salah buat sekarang. Itupun kalau korang berminatlah. Aku tak paksa tau..

Oklah. Cukup saja post ringkas dari aku. Aku tahu aku ada banyak wat silap dan mungkin ada yang terguris dengan ayat-ayat disini dan juga di yahoo mesengger. Jadi, aku harap korang faham, itulah cara aku berkomunikasi. Jika korang tak suka, aku tak kesah. Tetapi, dengan cara itulah aku mampu kekal dalam arena buat duit di Malaysia dan juga diluar negara. Aku masih kekal dengan cara ini dan aku tahu bagaimana hendak menggunakannya. Setiap orang ada pendekatan berbeza dan pada tahun hadapan, aku akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Hoho!

Related Posts

  • Komisen ke 4 dari TeliadKomisen ke 4 dari Teliad
  • Komisen Kedua dari TeliadKomisen Kedua dari Teliad
  • Edisi Siasat: Buat Duit dengan TeliadEdisi Siasat: Buat Duit dengan Teliad
  • Komisen Ke 10 dari Text Link AdsKomisen Ke 10 dari Text Link Ads
  • Edisi Siasat: Ulasan tentang 7 Program Buat Duit dengan Jual LinkEdisi Siasat: Ulasan tentang 7 Program Buat Duit dengan Jual Link
  • I Got 10th Payment From TNXI Got 10th Payment From TNX
Posted in: adsense alternative, advertising, open case, teliad, test link broker, text link ads / Tagged: 2008, advertising, earncent, make money with teliad, tahun 2008, teliad, text link ads, text link broker, titan, what is teliad

16 Thoughts on “Komisen Pertama dari Teliad”

  1. aman on December 31, 2008 at 2:46 pm said:

    hoho..buat duit daripada blogroll yerk?
    maybe tahun 2009 nie aku akan cuba semua program yang ko pernah cuba nie..hehe

    Reply↓
  2. farahaznil on December 31, 2008 at 3:19 pm said:

    hohhoo..1 org je dpt 4euro ke??

    Reply↓
  3. whiteblogger on December 31, 2008 at 8:49 pm said:

    haa..dapat lagi. adeh. apapun. congratlation. hari terakhir pun sempat lagi dapat duit. :)

    Reply↓
  4. Din Beram on December 31, 2008 at 9:23 pm said:

    Hoho…tahniah2. Lau utk makan, dah terlebih tu..hehe.

    Reply↓
  5. videono on December 31, 2008 at 10:53 pm said:

    tahniah. dengan blogroll pun boleh jadi. Apapun. Selamat tahun baru! :)

    Reply↓
  6. rina on December 31, 2008 at 11:29 pm said:

    apapun. tahniah dan happy new year. Dah lebih setahun lepak blog nih. haha.. :D

    Reply↓
  7. hanep on January 1, 2009 at 1:50 am said:

    wah! tahniah…

    Reply↓
  8. riku on January 1, 2009 at 3:16 am said:

    tahniah ye. :)

    Reply↓
  9. Top100Entrepreneur on January 1, 2009 at 8:01 am said:

    Wow! Tapikan, macam susah je nak suh orang beli blogroll kita…

    Reply↓
  10. akazuma on January 1, 2009 at 8:25 am said:

    memang susah. tapi titan dah buktikan bahawa blogroll memang boleh dijual. :roll:

    Reply↓
  11. farahaznil on January 1, 2009 at 2:52 pm said:

    hohhoo..titan dgn pembuktiannya mmg susah nak dipertikaikan..huhhuu

    Reply↓
  12. shamxo on January 1, 2009 at 8:47 pm said:

    tabik spring la kat budak titan ni..bakal jutawan publisher ni..confirm..amin ya rabbul alamin..

    Reply↓
  13. merahkatak on January 2, 2009 at 12:32 am said:

    banyak juga tu. 4 euro. waa..jeles. jeles nih.. :D

    Reply↓
  14. nuaeman on January 2, 2009 at 7:52 am said:

    4 Euro?? Banyak tuh..

    Reply↓
  15. farahaznil on January 2, 2009 at 4:01 pm said:

    1 euro skrng = RM7 ke lebih lg??

    Reply↓
  16. ainun on August 29, 2011 at 8:57 pm said:

    euro? fuhhh…hebat lah

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Awek Petronas Baju terbalik.
  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.

Recent Comments

  • kakiblog on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • sensasi2020 on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • sensasi2020 on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Izzuddin Fauzi on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
  • Norfanil on Alexa rank Earncent.com – Mei 2013
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress