Hari ini hari selasa. Jadi, aku cuma nak ceritakan satu lagi syarikat atau program pengiklanan di Malaysia. Makin hari, makin banyak pula syarikat pengiklanan yang muncul dan memberikan peluang kepada kita untuk buat duit dengan blog kita. Antaranya seperti Nuffnang dan Advertlets. Tetapi hari ini, aku tanak sentuh 2 program tersebut. Aku nak cerita pasal Castclick. Siapa pernah dengar tentang Castclick?

Secara jujur, aku sudah menyertai program Castclick dan mendapat advertiser sebanyak 2 kali. Satu di blog ini dan satu lagi di blog rajapayloadz. Apa yang aku dapat lihat, Castclick masih belum dapat menarik lebih banyak advertiser besar seperti yang berjaya dilakukan oleh Nuffnang dan Advertlets. Aku kira, Castclick perlu berusaha dengan lebih ganas lagi jika mahu menyaingi Nuffnang dan Advertlets. Jika tidak, mungkin ianya akan berakhir seperti Gokita dan beberapa syarikat yang hidup segan mati tak mahu tu..

castclick 300x155 Edisi Siasat   Buat Duit dengan Castclick


Bayaran minimum adalah RM50. Dan boleh dibayar melalui bank-bank tempatan jika tidak silap aku. Malah, mereka juga mampu membayar melalui paypal. Sayangnya, akaun aku masih belum cukup untuk withdraw. Kene dapat lebih banyak advertiser la jawabnya. Aku sudah remove code Castclick diblog ini kerana hendak memberi laluan kepada Nuffnang. Jadi, maaf Castclick. Tetapi, blog rajapayloadz masih memaparkan iklan Castclick kerana tempohnya belum tamat.

Setakat ini, aku rasa tidak ramai yang mengetahui tentang Castclick. Kebanyakkan dari kita lebih senang dengan Nuffnang dan Advertlets. Mungkin Castclick masih terlalu baru dan sistem yang mereka gunakan adalah berbeza dengan Nuffnang dan Advertlets. Jadi, tepuk dada tanya selera.

Pada pendapat aku. Castclick boleh pergi jauh jika berjaya mengumpan advertiser gergasi seperti Digi dan Celcom. Jika berjaya dapat syarikat kilang biskut pun dah cukup hebat tu. Jadi, aku harap bahagian marketing Castclick dapat berbuat sesuatu. Jika tidak, aku rasa tidak ramai orang akan berminat menggunakan perkhidmatan Castclick dan terus menggunakan Nuffnang atau Advertlets.  Jika kau tanya aku, Nuffnang menjadi keutamaan. Jangan tanya kenapa. Aku sedang menunggu cek keempat aku dari Nuffnang. Hoho..

Kesimpulannya, aku suka dengan kewujudan Castclick. Ianya menjadi saingan baru terhadap syarikat pengiklanan maya di Malaysia. Jadi, bila wujud persaingan, aku harap semua syarikat akan berusaha dengan lebih gigih untuk menarik lebih banyak pelanggan dan penaja. Jika tidak, agak sukar untuk kekal pada jangka waktu yang lama. Jadi, soalan terakhir. Berminatkah korang menyertai Castclick?

Ps: Satu lagi adsense alternative program terbaru dari Malaysia iaitu ScoutAds. Pernah dengar?


Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 17 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 30 Dec 08 at 07:05:05
ehm. castclick? ehm..tak berapa berminatlah.. :(
pakar clickbank - 30 Dec 08 at 09:24:08
meamng aku pun first time tahu website ini ..emm bagi aku adsense lebih senang cari duit ..macam nuffing aku baru saja rm7.50 ..bila baru sampai 50 ..aku pun tak tahulah ..tapi banner yg aku
Top100Entrepreneur - 30 Dec 08 at 10:36:40
Salam, aku rasa agak sukar syarikat pengiklanan baru macam ni nak bertapak. Lebih2 lagi nak bersaing dengan Nuffnang… Sanggupkah korang kehilangan title Glitteriti? :smile:
farahaznil - 30 Dec 08 at 12:42:04
oh….betul gak Top100Entrepreneur ni ckp..alah..tp kita leh letak iklan ni kat blog lain kan3..hahha….satu permulaan yg br nih..hi hi hi
KampungBoy - 30 Dec 08 at 13:48:03
Hai..dah lm xg blog ko nie Titan…..semenjak net slow tahap gaban….bagi aku fokus ajela…yg mn ada..
videono - 30 Dec 08 at 14:47:36
masih prefer denga nuffnang. Apapun, nak try. Try aje. Takde masalah punyer.. :)
ubey - 30 Dec 08 at 18:09:29
ak tinggal lagi singgit je sebelum nk claim. maybe ak akan pertimbangkan company lain lak. xkan nk stay ngn nuffnang je
debtrunner - 30 Dec 08 at 18:18:07
ehm..castclick. pernah dengar. Tapi tak pernah try lagi…
shamxo - 30 Dec 08 at 20:20:03
titan..mmg super publisher ni..aku jumpa afzai semalam kat ipoh..sembang pasal ko sket..hehehe
titan - 30 Dec 08 at 21:23:18
merah. hehe. apala yang ko minat ek??

pakarclickbank. Aku dah tahu lama. Tapi aku try kat blog lain dulu. :)

100entreprenuer. Takpe. Nak pilih mana-mana syarikat pengiklanan pun boleh. Nuffnang ke castclick ke. Janji mampu beri peluang kat kita untuk buat duit. Gliterriti? Sebab tu aku tak letak kat site yg ada nuffnang ads. Hehe :)

farah. akhirnya, ko faham. :D

Kampungboy. Blog aku lembab gak. Internet slow gila. Aku nak layan anime dengan drama korea pun terbantut. Lambat gila loading… :(

videono. Hehe..

ubey. takpe. Tak lama lagi dapatlah tu..

debtrunner. xnak try ker? :)

shamxo. Apa ko kutuk pasal aku haa?? Takpe. Takde hal. Haha.. :D
whiteblogger - 31 Dec 08 at 11:07:44
ehm..benda baru. :)
aman - 31 Dec 08 at 11:23:53
scoutads? nanti aku review kat blog aku..huhu
farahaznil - 31 Dec 08 at 15:28:37
scoutads??apa benda ni aman?hohhoo
nuaeman - 02 Jan 09 at 16:13:31
Aku ternanti-nanti bilakah akan adanya satu program seumpama text link atau inlink dengan mengambil text berbahasa melayu.. pasti syok.. blog-blog berbahasa malaysia kan.. terfikir juga byk ke advertiser tempatan yang akan berminat untuk menyertai..
akazuma - 02 Jan 09 at 17:25:37
kalau camtu nuaeman, mesti beribu website akan sertai program tu. Hoho..termasuk titan. :D
Kerja Kosong Di google - 05 Jan 09 at 06:17:07
salah satu cara nak buat duit kat internet ni ialah apply kerja kosong kat google. gaji mahal aperrr..
ainun - 29 Aug 11 at 20:58:15
first time dengar ni…huhu



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011