Hari ini hari Isnin. Hari yang aku anggap sangat penting dalam kehidupan aku setiap minggu. Ini kerana aku menganngap hari Isnin adalah hari yang penting untuk mencari rezeki atau membuat duit samada secara offline ataupun online.

Beberapa hari lepas aku ada terima bayaran dan tidak lain dan tidak bukan adalah daripada program TNX. Aku terdesak nak pakai duit paypal, jadi aku request sedikit jumlah yang ada dalam balance TNX aku dan withdraw. Dan aku gunakan duit itu untuk membayar projek-projek di Wangcyber dan forum-forum lain. Huh, sejak akhir-akhir ini, jarang sekali aku dapat simpan duit dalam akaun paypal aku. Mesti mengalir keluar bila ada duit masuk..

tnx12 300x155 Kenapa Adsense? Kenapa TNX?

Tak banyak kan? Tapi, inilah bayaran ke 12 yang aku terima daripada TNX. Nanti sebelum tahun baru, aku keluarkan lagi sedikit untuk buat belanja. Dan aku yakin beberapa program akan turut membayar aku diawal tahun baru nanti. Biarpun tak banyak bagi sesetengah orang, tapi aku yakin ianya dapat membantu aku serba sedikit dan aku harap jumlahnya akan bertambah setiap bulan.

Ada yang tanya aku. Senang sangat ke nak buat duit dengan TNX ni? Ehm, bagi aku susah. Itu tanggapan aku bila kali pertama aku diperkenalkan tentang TNX. Tapi aku bengang bila tengok ada mamat luar negara yang dapat income dari TNX ni beratus-ratus dollar. Dalam hati aku masa tu, kalau aku dapat 10-20% daripada income TNX dia tu pun dah cukup. Jadi, aku daftar TNX dan cubalah buat apa yang patut. 1-2 bulan yang pertama, satu habuk pun aku tak dapat apa-apa dari TNX. Tapi setat masuk bulan 3 dan bulan-bulan seterusnya, aku mula nampak kesilapan aku dan aku ubah. Hasilnya, 10usd ke atas aku dapat setiap bulan sehingga hari ini. Boleh aku katakan 4-5 kali aku boleh request dari TNX setiap bulan sekarang.

Jadi, jika ada yang berminat dan sudah daftar TNX. Jangan mudah putus asa. Cuba dan cuba. Belajar bagaimana nak maksimakan pendapatan korang. Aku sendiri sudah mula nampak potensi TNX ini dan aku harap TNX akan jadi macam Google Adsense yang mampu berikan pulangan sampingan yang lumayan setiap bulan.

Di sini, apa yang aku cuba bagitau korang, jangan mudah putus asa dengan sesebuah program. Jika bulan pertama korang gagal, tak bermaksud bulan kedua korang gagal. Teruskan mencuba. Pengalaman aku dalam program Google Adsense, 3 bulan pertama. Aku tak dapat cecah minimum pun untuk request payout. Tapi masuk bulan ke 4. Baru berjaya dapat cek pertama! Nampak? Bukan satu tugas yang mudah. Tetapi selepas itu, aku biasanya dapat cek setiap bulan atau setiap 2 bulan. Ini bukan income utama aku, tetapi income sampingan aku. Jadilah kan sebab aku bukan otai Adsense!

Ps: Aku sudah buat satu website khas untuk alternative adsense. Jadi, bolehlah korang jeling-jeling. Semua program yang aku cerita kat situ program yang aku dah join. Maaf, semua dalam english. Korang sendiri boleh tengok, betapa brokennya english aku. Tapi aku masih mampu buat duit dengan program-program berbahasa english. Jadi, janganlah asyik kata “saya tak pandai english” dan lain-lain lagi. Ketahuilah bahawa aku sangat benci subjek bahasa english ketika sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan ketika aku diuniversiti. Tapi kini, aku agak menyesal tak belajar bahasa english sungguh-sungguh dulu. Oh!


Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 22 comments. Apa plak komen korang?
kiro - 29 Dec 08 at 02:09:51
Oh. Macam tu. Memang kene usaha. Kalau tak, macam mana nak dapat apa yang kita nak kan?

Ehm. bila nak belanje? :)
Make Money Online - 29 Dec 08 at 02:46:31
great to see that you still serve TNX and make money! :) Btw, any of your blog serve TNX but still have PR? I not dare to serve it anymore, I worry my PR, if not I can make more money with TNX with my PR3. right? :)
|rshah|R - 29 Dec 08 at 04:27:20
Waiting n waiting…..when titan got 100th TNX payout??hehe
|rshah|R - 29 Dec 08 at 04:27:35
Waiting n waiting…..when titan get 100th TNX payout??hehe
titan - 29 Dec 08 at 04:28:09
kiro. belanje? meh datang banting. :)

myblog2day. of course i make money. I have more than 10 site with tnx. Of course i can make money with tnx.

Sesetengah site ada PR. sesetengah takde. Even takde PR, masih boleh buat duit dengan TNX. takde masalah punya. Hehe.. :D

Ada trik dan teknik yang korang tak tahu. Tak bleh bagitau lagi. Rahsia. rahsia..
|rshah|R - 29 Dec 08 at 04:51:36
Rahsia..Hehe…kena ngorat adik pompuan titan la bru leh tahu rahsianya….Hehe
awang - 29 Dec 08 at 11:02:33
BagiLah tips untuk TNX bro titan,hehe..Baca post ni pun nyesal sebab x berapa minat BI dulu.tulis boleh,tapi broken
aman - 29 Dec 08 at 11:12:16
aku pun sedang dalam proses buat satu blog english..hoho..harap-harap berjaya..
farahaznil - 29 Dec 08 at 11:31:22
Hoho..afakah rahsia TNX ko tu berdasarkan setiap post2 berkaitan dgn TNX?mksd aku SEo..ho ho ho..ataupun cara lain??
titan - 29 Dec 08 at 11:59:03
shahir. gi la ngorat. Kalau berani.. :D

awang. Tips? Aku dah bagi banyak tips sebelum ni. Gi la baca. Trik aje lum aku dedahkan sebab belum sampai masa lagi. Hehe..

aman. Buatlah. Ko kan pandai english. :)

farah. rahsia. rahsia. Haha..
hanep - 29 Dec 08 at 15:52:52
aku rasa banyak gak ko punya earning untuk TNX. Ko cepat sangat request payout.

berapa blog ko aktif untuk TNX titan?
pakar clickbank - 29 Dec 08 at 17:37:22
EM…apa yang bro katakan memang adalah betul dan tepat ..macam saya juga baru terjun dunia online kena belajar banyak ilmu ..sekarang dah nampak duit masuk …
titan - 29 Dec 08 at 18:14:13
hanep.cepat sangat request? ada sebab-sebab tertentu aku wat macam tu. Nanti bila ko tau, ko sendiri akan selalu request cepat. Berapa blog? Lebih dari 10 blog yang berjaya approved.. :)

pakar clickbank. yup. bila kita dah nampak jalannya. Ianya akan jadi lebih mudah.
Richie - 29 Dec 08 at 18:39:23
titan.. sila buat ebook :)
samdaddycool - 29 Dec 08 at 20:45:19
… aku hanya mampu ucap tahniah.
Tunggu aku masuk era pro blogger tahun 2009 ni, aku akan adakan blog dot com, nampak lagi masyuk ada blog dot com..
… tapi free blog still bole dtgkan income kalau kena caranya.. betul tak??
farahaznil - 30 Dec 08 at 15:49:21
sam..ko bkn dah ada dot com ke?
titan - 30 Dec 08 at 21:26:21
richie. Insya-Allah. Aku akan usahakan. :)

samdaddycool. Terima kasih. Aku menunggu hang menjadi pro blogger. Sesungguhnya, lebih senang buat duit bila ada blog dot com sendiri berbanding blog percuma.. :)

farahaznil. Dia ada kot kalau tak silap aku. Tapi lupa plak naman domainnya..
Rafhz - 31 Dec 08 at 13:45:29
slamat tahun baru….!!! slamat datang tahun baru!!!
farahaznil - 01 Jan 09 at 04:42:29
tak silap aku dot com dia..yg blog kambing dulu tu kan?hi hi hi..alah..kambing rxz tu..hahha
spatt - 01 Jan 09 at 19:56:28
adsense…hmmm….
tahun ni aku nak teruskan hajat aku nak buat adsense yang dah lama tertangguh… :D
merahkatak - 28 Sep 09 at 11:59:35
lama betul post nih. Tahun lepas punya. Patutlah income tnx mencanak-canak sekarang..
ainun - 29 Aug 11 at 20:58:45
hebat lah titan ni…power



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011