Hari ini aku sakit jiwa sebab streamyx buat hal lagi. Rasanya macam tiap-tiap hari macam ni. Nak masuk Gmail pun susah. Nak login akaun Facebook, Myspace dan Friendster pun susah. Apatah lagi nak hantar mesej dengan kawan-kawan dan ini membuatkan aku sangat berapi disaat ini.
Cerita pasal Friendster ni, aku rasa korang mesti pernah dengar tentang wujudnya website yang membantu kita untuk menghantar kad atau greeting card kepada sesiapa pun secara online. Ala, macam bila hari raya. Ada orang hantar kad raya online kat bahagian profile friendster atau facebook korang tu. Kiranya nak jimat kos la.


Haa. Macam gambar diatas ni la. Itu contoh kad yang kita hantar ke profile seseorang. Macam best aje kan? Dan korang Perasan tak, bukan sahaja testi bergambar ada di ruang komen malahan link ke website pengendali website testi juga ada, dan ada juga link iklan di bawah testi. Ini bermaksud pengendali website testi bukan sahaja menyediakan testi malahan meletakkan link pada testi tersebut. Dan sudah pasti jika rakan-rakan mereka yang lihat testi tadi akan klik pada link di bawah testi tersebut, secara automatik akan menambahkan traffik ke website pengendali testi tersebut. Ini sudah bagus bukan? Bukan sahaja boleh hantar kad kita kat kawan-kawan, malah leh selit promosi juga. Hehe..
Jadi, persoalannya sekarang. Bagaimana nak create kad macam diatas dan juga macam mana nak sediakan code supaya orang lain pun boleh gunakan kad yang kita sediakan? Haa. Aku yakin ramai orang mungkin tercari-cari skrip khas untuk buat benda tu kan?
Tapi jika aku bagitau korang boleh sediakan semua itu dan ianya hanya menggunakan wordpress sebagai platform. Adakah korang gembira? Adakah korang sudah mula berfikir gambar apa yang sesuai untuk dijadikan kad diwebsite korang nanti? Jika ya, dapatkan Testi E-Card Script sekarang dan cipta sebuah website testi anda sekarang juga.
Secara jujur, aku telah mencuba script tersebut dan berjaya menggunakannya walaupun pada mulanya pening lalat macam mana nak setting sana sini. Tapi berkat manual yang diberikan, aku berjaya buat semuanya. Oleh kerana tak banyak gambar yang aku dapat gunakan, tetapi ianya agak berbaloi dan aku ada 1 projek khas untuk benda ni. Malah, ianya boleh membantu aku untuk buat duit sampingan. Bayangkan jika website testi korang itu dikunjungi beribu orang yang ingin mencari kad untuk dihantarka kepada kawan-kawan di friendster, blog, myspace, facebook dan email? Dan diwebsite itu korang promosikan sesuatu. Tidak mustahil produk korang boleh terjual jika beribu orang datang ke website korang bukan? Itu satu teknik. Cara lain, letak sahaja iklan google adsense atau bidvertiser. Itupun boleh menjana sedikit pendapatan bukan?
Jadi, apa kata korang baca terus dengan lebih lanjut kat website yang menjual Testi E-card Script ini. Apa yang korang dapat? Script dan manual arahan untuk mengajar korang menggunakan script tersebut secara langkah demi langkah dan dapatkan juga banyak bonus apabila membeli Test E-card Script ini. Jadi, korang tak perlu pening dengan coding html untuk membuat testi E-card ni. Semuanya disediakan dan yang korang perlu buat ikut sahaja manual yang diberikan.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« I Got 11th Payment From TNX | Komisen dari Ammar dan Masalah Streamyx »




















dinberamboi. Dulu aku pun wat manual. Tapi benda nih bagus gak. Ada benda bagus untuk buat duit dengan skrip nih.
life4hire. marah nampak. Banyak gak kene tuh. Mak aii..sekarang. aku redah aje. Dapat online, wat keje cepat2. Tak dapat, makan nasi lemak ajela..
kampungboy. aku bayar RM66 je sebulan. Jadi takdelah terasa sangat. Lainlah kalau beratus. Mahu tak terasa..hujung tahun? Ehm..sabo ajela..
E-book lebih mudah dibuat jika pandai melukis dan mempunyai kreativiti sendiri…
rina. biasalah. peluang tu. duit tu..
emme. webmaster filipina? siapa yang ko maksudkan nih??
appleblogger. memang ramai yang bagus. Jadi, contohilah mereka..
akazuma. Apa yang bagus nih?
kiro. ramai yang tahu buat. Cuma ramai antara kita yang masih tak tahu dan tak nak ambil tahu.