[audio:The_Click_Five_-_Happy_Birthday.mp3]

Sebelum aku masuk tidur ni, aku cuma nak bagitahu yang hadiah untuk pertandingan komen diblog Amanz hari itu telah selamat tiba ke peti surat rumah aku hari ini. Walaupun aku rasa memang lama gila tunggu hadiah tu, tapi aku tetap bersyukur. Yelah, manalah tahu, hadiah tu sesat sampai ke rumah sapa-sapa ke. Sebabnya, dah acapkali banyak surat sesat sampai ke rumah aku. Alamat betul. Tapi nama, Gunalan a/l Mariapan. Aii. Ini rumah orang melayu la..

Tapi aku tak kesah sangat. Janji sampai dan aman sendiri dah bagitau awal-awal, dia sibuk. Maklumlah, orang sedang belajar. Jadi, macam-macamlah kerja diorang, study itu ini, busy itu ini. Jadi, aku fahamlah juga sebab aku juga pernah study di Universiti juga.

bitdefender 300x224 Hadiah Contest dari Amanz.my


Hadiahnya adalah DVD antivirus Bitdefender 2008 (1 Year License). Jadi, mungkin aku akan gunakan antivirus ini untuk Laptop Fujitsu aku ini. Ini kerana laptop ini cuma menggunakan antivirus AVG versi percuma sahaja. Itupun sebenarnya dah mencukupi. Tapi mungkin antivirus Bitdefender ini akan membantu. Ini original rasanya kan?

Ok. Itu sahajalah untuk hari ini. Aku sibuk sikit dengan keje offline aku. Nanti-nantilah aku cerita. Apapun, terima kasih kepada aman sebab hantar hadiah tu.

Ps: Lagu ini, aku tujukan kepada seseorang. Walaupun mungkin ianya terlambat. Maaf. Tetapi, tiada hadiah untuk tahun ini. Semoga gembira. icon smile Hadiah Contest dari Amanz.my


Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

No related Posts

This post has 16 comments. Apa plak komen korang?
merahkatak - 20 Dec 08 at 21:18:33
kali ini hadiah pelik sikit. Apapun, tahniah aku ucapkan. Bukan senang nak menang contest sekarang nih. Hehe :D
saffa - 21 Dec 08 at 03:03:16
saffa serabut betul dengan virus nih..
kalau kita selau reformat laptop.. ada kesan tak eyk?
akazuma - 21 Dec 08 at 06:29:49
saffa. Rasanya takde kesan sangat. Lainlah ambil tukul, pastu gi ketuk laptop tu. Tu memang ada kesan punya.. :D

apapun. tahniah titan. Dapat lagi hadiah. Yeh!!
farahaznil - 21 Dec 08 at 07:18:49
hohhoo…contest2..ekekekekekeke…tahniah titan!!
debtrunner - 21 Dec 08 at 13:18:39
menang lagi. tak perasan pula ada contest kat blog amanz tu. Apapun, congratulations! :D
|rShah|r - 21 Dec 08 at 18:24:02
Diam2 titan rupanya ada benda dia buat rupanya…kan dah rembat dua hadiah….
tini - 21 Dec 08 at 20:11:14
tahniah titan. Waa..macam-macam hadiah dapat sekarang yek. :D
fruitman - 22 Dec 08 at 13:44:09
apapun. tahniah. dapat antivirus plak. Jarang tu orang bagi hadiah camtu..

apapun. lagu tu untuk siapa? hehe.. :D
farahaznil - 22 Dec 08 at 13:51:10
ho ho ho..kena rajin jln2 cr blog sape yg rajin buat contest nih!!ekekekekeke
titan - 22 Dec 08 at 14:48:18
merahkatak. terima kasih. :)

saffa. takdela sampai macam tu. Jaga aja laptop tu elok2 dan upgrade RAm ke 1GB ke 2 GB. Laptop kene ada kelajuan macam tu. baru stabil.

akazuma. thanks aa. :D

farah. Hehe. Sama-sama..

debtrunner. aku pun tak tahu yang aku menang contest tu. si aman yang bagitau aku.

shahir. hehe. :D

tini. sama-sama. Alhamdulillah. :)

fruitman. Aah. ni 1st time aku dapat hadiah macam ni.

farah. hehe. ko memang rajin bab nih. Sebab tu kekadang aku tak bagitau kat sini. Haha..
aman - 25 Dec 08 at 13:14:52
@Saffa : Kalo format selalu sangat, nanti space bad sector bertambah banyak kot, kalo tak silap aku ar…
Rafhz - 26 Dec 08 at 03:08:40
amboi.. titan… befday sape bulan 12 tu.. haha

betul tu aman.. klu slalu sngt format nnt space bad sector bertambah byk.. sbb kemungkinan berlaku byk scraching n pertindihan data… sbb tu la leh jd bad sector… n klu selalu gak format leh rosak la hardisk tu…
farahaznil - 26 Dec 08 at 15:36:19
patut la menang senyap2..chaitt..titan2..ekekeke…xleh harap blog ni jer nmpknya..hahha..kena jln2..rayau2..cr blog mn wat contest nih..hahha
helldream - 26 Dec 08 at 22:23:46
bad sector? Jadi, tak leh la selalu format PC atau laptop. Alang-alang, beli je baru. Hehe :)

Takkanlah titan nak bagitau semua contest kat sini farah oiii..
videono - 28 Dec 08 at 18:27:27
asik titan je menang. ni yang wat orang jeles nih. huhu.. :(
rockafella - 07 Sep 09 at 02:10:25
link me~



-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011