Last Chapter of The RM30000 Youthsays Real Voices Project | EarnCent.com





Jika kau orang masih ingat post tentang Projek RM30000 dengan Youthsays tu, hari ini Projek Youthsays itu mungkin telah berakhir. Aku telah menyiapkan chapter terakhir hari ini dan ianya merupakan tugasan yang paling sukar untuk aku siapkan hingga mengambil masa lebih dari satu hari. jika tiada part 2 atau part 3 dalam chapter ini, maka dengan ini, berakhirlah tugasan aku untuk projek Youthsays “Realvoices” ini. 15 chapter telah aku siapkan dan jika korang hendak baca, bolehlah pergi ke bahagian profile aku di Youthsays Real Voices disini.

the rm30000 real voices youthsays


Banyak gak perkara manis pahit apabila aku terlibat dengan projek ini. Walaupun aku dibayar sebanyak RM500 untuk menulis 15 chapter ini, aku tetap bangga kerana terpilih untuk projek yang dianjurkan oleh Youthsays. Yelah, dalam jutaan rakyat malaysia dan puluhan ribu yang menyertai komuniti Youthsays, aku antara 50 orang yang terpilih untuk aktiviti bersejarah ini. Bangga itu ada. Tapi tidak tahap riak. Peluang datang bukan selalu dan secara jujur, aku masih terkejut apabila menerima pelawaan mereka untuk menyertai aktiviti ini melalui panggilan telefon hari itu. Apapun, ianya sudah tamat..mungkin?

Satu lagi berita gembira. Semalam aku mendapat tahu aku telah berjaya terpilih buat kali ke 4 untuk mendapat hadiah bonus mingguan sebanyak RM100. Jadi, jumlah terkumpul adalah RM400. Tambah dengan RM500 untuk setiap peserta, ini menjadikan RM900! Wow! Dan jika aku berjaya mendapat hadiah bonus untuk minggu terakhir ini, ianya akan mengenapkan jumlah itu ke angka RM1000! Wow!

Ini mungkin satu angka yang kecil bagi sesetengah orang. Tetapi bagi aku ianya besar. Mengapa? Setiap minggu aku perlu tulis 3 chapter yang kadang kalanya tajuk yang diberikan membuatkan aku terpaksa berfikir selama beberapa jam sebelum menyiapkan tugasan. Ini sangat berbeza dengan mengupdate blog-blog adsense, widgetbucks, nuffnang, tnx, text link ads dan website yang lain. Post yang au tulis lebih berbentuk peribadi dan lontaran apa yang aku rasa dengan gaya aku yang tersendiri. Bagi aku, ianya satu tugasan yang mencabar. Tak tahulah pulak korang..

Oklah. Itu sahaja yang aku nak borakkan. Internet macam biskut merry hari ini. Kejap ada, kejap xde. Aku nak layan cerita korea pun terbantut dibuatnya. Oklah, aku mahu wat kerja lain pula. Mata dah jadi pink dah ni sebab tak tidur lagi..







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 19 comments. Apa plak komen korang?
|1f34|-|1r3 - 18 Dec 08 at 21:39:47
fuh…cukup banyak la tuh RM1k..bukan sikit tuh beb…
akazuma - 18 Dec 08 at 22:00:21
moga-moga hang dapat RM1k tu. :)

Hang memang layak dapat pun. Apapun, all the best!
abdfatah - 19 Dec 08 at 02:15:08
nak seribu daya jugak laaa
KampungBoy - 19 Dec 08 at 02:28:52
Hai…ada sahaja idea ko nie Titan…..ko nie sebenarnya da bera tangan ek??? konfius aq. Tenaga berterusan……Hoho
farahaznil - 19 Dec 08 at 06:29:11
KampungBoy - meh sini aku tlng jwbkan..hahha…titan ada sepasang tgn..ekeekeke.gurau2 aaa

ish titan ni..1 k byk tu dol..jeles aku..jeles..nyampah aku kat ko..hi hi hi..tak psl2 plak dah nyampah..hahhaa…

bila la aku nak ckp umur nih…huhhuu…geram aku…
Richie - 19 Dec 08 at 11:34:09
tahniah diucapkan..hehe..
Rafhz - 19 Dec 08 at 13:39:28
farah.. ko nie bila dah cukup umo… nnt byk plak komitmen len… entah ade mase ke x ko nk join contest tu hehe… btul x?
tini - 19 Dec 08 at 13:40:06
Apapun, tahniah titan. Dah berakhir projek tu. Lumayan jugak ye.. :razz:
farahaznil - 19 Dec 08 at 15:28:03
hohhoo..rafhz..betul gak tu..mngkin bila dah keja ke..tah2..tah dpt ke tak join suma benda ni..huhhuu
titan - 19 Dec 08 at 16:15:44
life4hire. Hehe. Memanglah. sape kata sikit. Banyakkk tu.. :)

akazuma. Semoga masin mulut ko yek!

fatah. Betul. :D

Kampungboy. Bera tangan? Apa tu haa??

farah. Apsal la plak ko nak menyampah dengan aku haa..ler. umur dah cukup da. Ko nak apa lagi..

Richie. Tahniah diterima. Hehe :)

Rafhz. Ko dengan minah tu betul ke? Aku dengar dari supardi nih. Serius ker??

tini. Harapnya begitula..

farah. dah kerja lagi bagus apa. Tapi aku rasa ko gi sambung stadi nanti. Mesti punya..
riku - 19 Dec 08 at 17:42:49
tahniah titan. Banyak tu. Nanti leh la belanja kami semua orang kat sini. :D
debtrunner - 20 Dec 08 at 04:11:43
thats cool. Camana la ko leh terjebat dengan projek nih. Banyak plak tu.. :)
Rafhz - 20 Dec 08 at 04:43:47
aku ngan minah tu ape? aku xphm…. ape si supardi cite sama ko ha titan… aku x tau nie… si supardi ade kat tmpt ko ke?
Rafhz - 20 Dec 08 at 04:49:59
ooo cite tu.. hehe.. aku suda cite sama ko kan.. so no further comment la.. hehe…
titan - 20 Dec 08 at 05:14:25
rafhz. Ok. Case closed. :)
merahkatak - 20 Dec 08 at 21:29:43
haha. sempat lagi layan cerita korea.

Weh, apahal ko dengan rafhz ni haa?? :)
farahaznil - 21 Dec 08 at 13:02:43
muahahahha…mst ada gosip ni maa…gosip hangat!!ekekekeke
fruitman - 22 Dec 08 at 13:48:10
congratulation. You did a great job. :D
Rafhz - 26 Dec 08 at 03:15:02
alahai… korang nk tau gak ke… haha.. gosip ngan farahaznil la… haha… gurau aje…


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------