Secara jujur, aku tidak berapa sehat sejak semalam. Jadi, memang aku takde mood sangat nak menulis atau update blog-blog aku yang lain. Batuk dan demam tu aku leh tahan lagi. Tapi kalau bab sakit tekak ni, memang aku tak gemar. Kalau cam aritu, sampai tekak berdarah. Nak makan apa pun tak sedap, siap leh bau darah lagi. Uih, takkan petanda awal aku kene cari waris Earncent.com kot? Haiya..
Aku tengah tunggu TAC dari Maybank nih. Adik aku suruh aku topupkan maxis RM30. Adeh. Aku ingatkan bila aku wat dek aje dia akan lupa bab mintak topup setiap bulan ni. Sekali dia ingat pulak. Baru je lepas isyak tadi dia call suruh topup maxis. Dia call pakai no. celcom. Bertuah betul budak-budak sekarang, ada 2 handphone. Tapi yang topup aku gak. Adeh. Adeh. Aku tak kira, dia kene ganti semula dari januari 2007 sampailah yang terkni bila dah keje nanti. Huh, pelaburan jangka masa panjang ni. Nak kenekan interest tak? Hehe..

Berita gembira. Sudah 3 minggu berturut-turut aku memenangi bonus mingguan untuk tugasan menulis chapter di ProjekYouthsays yang RM30 ribu dulu tu. Jadi, ini bermakna RM300 sudah dalam tangan. Alhamdulillah. Aku memang tak sangka. Setakat ini, ada 3 orang yang lain bersama-sama aku memenangi bonus setiap minggu. 2 orang melayu dan 1 orang india. Syabas untuk kami bertiga dan mereka-mereka yang berjaya dapat bonus setiap minggu. Aku masih hutang 1 chapter lagi nih. Semalam punye task. Tak sempat wat sebab streamyx wat hal lagi. Alahai streamyx. Ni pun line kejap ada, kejap takde. Aku hempuk gak modem ni nanti..
Satu lagi berita gembira. Cek Adsense dan Cek shareasale bulan lepas sudah sampai petang tadi. Memang benar firasat aku bila pakcik posmen tu datang. Mana taknya, aku rasa cam dah terlewat sangat dah nih. Apapun, 3 cek akan aku clearkan isnin nanti. Takde gambar. Handphone aku pun demam gak sekarang. Jadi, leh la aku hantar hadiah untuk cik Farah kita tu pada masa itu. Mintak maaf sesangat. Amaran aku yang entah ke berapa. Sila bukak akaun bank. Ini memudahkan aku untuk hantar hadiah contest tu. Faham tak budak kecik??
Itu sahajalah update demam aku hari ini. Babai!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« 13 Cara Pendapatan Internet Terbongkar | Gambar Panas dan Cek Adsense »


























topup kan untuk aku..
tanpa ganti.. bleh? hehe..
get well soon
tak baik dowh interest kat adik sndr..haha..riba’2..ekekekeke
titan2..aku ada la akaun bank..cimb ada..bsn ada..mcm2 ada..huhhuu..tp aku je mls nak cek..huhhu..pg mesin atm pun mls..hahha..weh2 aku ada masalah sikit ni..mcm mn nak daftar online banking dowh..dah byk kali aku buat..tak pas2..hohohohoho
p/s - ko demam2 ni dah gi hospital ke belum haaaaaaaaa?????????
kalau camtu, nak juga topup la. RM30. Digi. ada tak?
akazuma..cuaca panas dan hujan yg tak menentu skrng kot..huhhu..skrng pun mmg musim demam..
Apapun, semoga cepat sembuh.
akibatnya. Hp sony aku macam hidup segan, mati tak mahu. Demam je sejak hari itu. Nak topup? Ler, mintak la awek ko tuh. Hehe..
alien. I hope so. Today, i feel better than yesterday.
appleblogger. I wish i sick because kiss many girls too much. The bad news, it have nothing to do with that. Haiya..
farahaznil. amboi. risau pulak ko kat aku yek. Haha..
life4hired. Aku memang saje je guna cek sampai hari ini. Saje. Cek ni ada sentimentel value bagi aku. Hehe
taukey. Haa. Ni lagi sorang. Gi mintak kat awek ko. Mesti dia bagi punya..
rina. apa gelak-gelak haa. Digi? aku tak topupkan orang digi. Takde percent la kalau digi. Hehe..
videono. aah. diorang memang kijamm..
Ehm. Ni dah gi klinik belum?
farah. oh. risaumu bersebab..
fatah - dah buat dah dol..kat atm pun ada..aku je mls..hahha
sekarang. nyamuk aides bukan bawak denggi aje. dia bawak penyakit ciku lagi tuh..dasat woo nyamuk zaman alaf baru nih..