Masih ramai yang bertanyakan aku melalui email dan yahoo mesengger. Bagaimana hendak membuat laman web sendiri yang sangat bergaya dan memenuhi citarasa tersendiri. Aku memang hendak menjelaskan, tetapi aku yakin tidak ramai yang faham jika aku jelaskan dengan menggunakan platform email dan yahoo mesengger. Malah, istilah-istilah yang jarang didengar termasuklah bagaimana hendak menggunakan code html, javascript, CMS dan pelbagai lagi pasti akan menimbulkan suasana yang kurang enak. Jadi, secara jujur, jika ada yang bertanya. Aku cuma mampu sarankan dua cara sahaja. Belajar sendiri, atau pergilah belajar melalui kursus membina laman web. INi sahaja cara yang pernah aku lakukan.
Mengikut pengalaman aku ketika mengikut kursus disekolah menengah dulu, walaupun aku cuma belajar basic sahaja. Tetapi dari situlah aku berminat untuk mempunyai website sendiri. Jika korang semua hendak tahu, aku mencipta website pertama aku hanya menggunakan basic html sahaja dan memasukkan sedikit gambar. Website itu hanya menceritakan tentang salasilah keluarga aku dan ada sedikit gambar sahaja. Masa tu, mana aku tahu macam mana hendak upload guna ftp, coding sana sini, masukkan flash lagi, nak install plugin dan sript lagi. Memang totally zero knowledge tentang bagaimana hendak buat laman web yang menarik dan gempak. Ketika zaman aku sekolah dulu, jika kau pandai main game dikomputer dan berjaya jadi high scorer untuk sesebuah game, engkau akan dipuja-puja. Pasti ramai perempuan suka dengan korang. Apatah lagi jika korang semua tahu tentang komputer dan tahu pula bagaimana hendak buat website. Masa zaman itu, korang tahu upload gambar korang kat internet pun, orang respek maa!
Yuran pada ketika itu cumalah RM30 sebulan dan kelas 3 kali seminggu. Itupun aku pau abah aku. Jadi, dipendekkan cerita. Selepas itu aku mulalah belajar bagaimana hendak buat website dari mana-mana sumber. Buku rujukan, gi library, gi download nota kat internet dan macam-macam. Sampaikan aku print nota-nota tu, baca sebelum tidur. Gila tak aku?
Tetapi sekarang, jika aku cadangkan satu kursus yang akan membantu korang membina laman web sendiri, adakah korang berminat untuk menyertai? Ok. Mari kita lihat, apa yang korang akan belajar dari kursus tersebut. Pertamanya, korang akan mampu membina laman web sendiri. Cantik atau tidak. Itu aku tak tahu. Kalau korang gi kursus, tapi tak belajar apa-apa. Itu hanya membuang duit sahaja. Jadi, nasihat aku, selepas korang selesai kursus ini, sila praktikkan ilmu yang baru korang belajar. 70% ilmu yang korang baru belajar dan praktikkan dalam masa 24 jam, akan menjadi ilmu buat selama-lamanya. Lebih dari 24 jam, ianya akan jadi sejarah. Tetapi, ianya bergantung juga kepada kehebatan seseorang itu mengadaptasi ilmu yang dipelajari dari kursus ini dan menggunakan kekreatifannya.
Dari kursus ini juga, korang akan belajar membina laman web berasaskan Joomla! Ok. Apa itu Joomla! Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan Pangkalan data MySQL. Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.
Silibus Joomla pula merangkumi pengenalan tentang Joomla!, mengetahui apa itu “open source”, mengetahui tentang statik web dan dinamik web, Web Server (Apache+MySQL+PHP), CMS dan juga bagaimana hendak menguruskan Joomla. Ianya pasti berbeza dengan drupal dan wordpress bukan? Tetapi jika korang sudah ada basic html dan php, aku tidak rasa ianya adalah mustahil untuk korang mempelajari asas-asas Joomla!
Satu lagi sebab mengapa aku menyarankan korang mengikuti kursus membina laman web ini adalah kerana kos. Tahukah korang berapa kos untuk membina laman web yang berasaskan Joomla! jika korang mengupah seseorang untuk lakukan bagi pihak korang? Pukul rata, bagi seseorang pembina laman web yang professional, biasanya mereka akan caj dalam RM5000-RM10000 dan ke atas. BIasanya lebih jika melibatkan syarikat swasta atau kerajaan, ianya akan lebih mahal dari harga itu. Tetapi jika freelancer atau pembina laman web yang amateur, harganya adalah antara RM500-RM3000 ke atas dan bergantung kepada ciri-ciri yang korang nak. Secara mudah, ianya sangat MAHAL! Jadi, jika korang mengikuti kursus ini, korang cuma perlu melabur sebanyak RM400 sahaja untuk tidak membazirkan duit anda dengan mengupah orang lain untuk membina laman web yang anda mahu.

Jadi, jika korang memang serius hendak belajar membina laman web sendiri dan ada strategi untuk jangka masa panjang, sertai kursus ini. Maklumat lanjut, boleh dapatkan dilaman web ini : Kursuslamanweb.com
Ps: Setiap orang yang menyertai kursus membina laman web ini akan disediakan sebuah komputer seorang ketika sesi berlangsung dan sijil kursus turut disertakan.
Pss: Yesbos Resourses adalah syarikat yang menjalankan kursus membina laman web ini. Tahukah korang bahawa mereka jugalah yang mebina website Prepaidmymode.com dan Ceramic2u.net? Mahukah korang mempunyai website seperti itu dan tahu membinanya? Sertai kursus ini dengan segera!
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Mengapa program TNX berbeza? | 13 Cara Pendapatan Internet Terbongkar »
















*sedang dalam proses.