Komisen ke 7 Dari Freebies4Webmasters | EarnCent.com



Aku baru sahaja pulang dari menghantar akak dan adik aku ke rumah sewa masing-masing. Mereka berdua cuti sempena Aidiladha. Sangat penat dan akhirnya apabila aku tiba dirumah, talian internet telah kembali setelah 2-3 hari dilanda masalah. Aku gembira dan penat aku hilang apabila mengetahui berita gembira itu.

Beberapa bayaran telah masuk ke akaun Paypal dan Maybank aku setiap hari. Dan kali ini, aku tunjukkan lagi bayaran bulanan yang biasanya aku akan dapat iaitu Freebies4webmasters. Aku kekal menerima 5 GBP setiap bulan kerana hanya 1 domain sahaja yang masih kekal. Nampak gaya, program ini masih membayar, cuma keahlian dan bilangan domain setiap akaun dijaga setiap rapi. Mungkin setiap akaun cuma boleh ada 1-2 akaun sahaja.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Tak ada apa yang aku nak cerita sangat. Aku akan kembali sibuk jika talian internet berjalan dengan lancar. Masih banyak lagi projek tertangguh dan beberapa percubaan sedang dilancarkan. Aku harap projek-projek tersebut akan membantu aku mengumpulkan dana untuk projek mega aku. Haha..apa dia projek Mega tersebut? Nantikan sahaja tahun depan. Yang pasti, ianya offline. Bukan Online..

Kawan aku berkahwin masuk surat khabar Metro hari ini. Bangga siot dibuatnya. Tak sangka ko Kerii.. Dulu macam tak betul. Tak sangka plak leh kerja kat Jabatan Pelajaran Malaysia. Padahal, dulu malas gila belajar. Apapun, semoga panjang umur dan murah rezeki.

Pa: Aku lapar..







Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 23 comments. Apa plak komen korang?
rina - 09 Dec 08 at 07:42:28
ehm. tahniah. Tak sangka masih dibayar lagi setiap bulan. :)
Jimmy - 09 Dec 08 at 07:55:03
Projek offline? Ko nak kahwin gak ke Titan?

*GBP tu ape die? matawang ke?
rina - 09 Dec 08 at 09:06:39
projek kawin 4. Haha! :D
farahaznil - 09 Dec 08 at 09:29:25
GBP = Giga Bytes Potential…ekekeke..teka je aaaa
cencorot_91 - 09 Dec 08 at 09:38:23
GBP tu great britain pound la..
pandai2 je kau farah..
wakaka..

aku pon dapat payment tiap bulan..
tapi blog aku down ni..
tak tau la dapat ke tak bulan ni..
emme - 09 Dec 08 at 09:42:28
Bini dia selebriti ma… biasa la… :D titan ko kenal haizriq, dia keje maybank banting… sepupu aku tu.. :)

aku pun dah dapat komisen dari f4w ni…
titan - 09 Dec 08 at 10:21:50
rina. kawin 4? ehm..mak aku tak bagi la..

Jimmy. Hehe, kawin? tu salah satu perancangan aku..

farah. ko memang saje kan? kan?

cencorot. Aku rasa dapat kot. Tapi kalau ko tak dapat macam yg kitaorang dapat. So, tak dapat la jawabnya..

emme. Haizriq? Aku tau dia keje maybank. Tapi aku tak tau dia ingat aku lagi ke tak. Oh..sepupu ko rupanya..

Bini khairy tu selebrity. Aku tak tau bab tu. Haha..aku jarang gila jumpa mamat tu..
akazuma - 09 Dec 08 at 11:46:17
Tahniah sebab masih dibayar dari program nih. Bukan senang tu. Apapun, all the best lah ye. :D

Rajin ko hantar adik dan kakak ko. Hehe..
Afzai Afandi - 09 Dec 08 at 12:39:10
Aku rasa program ni betul2 duit paling mudah yang pernah aku peroleh .. apapun, bagus stay membayar :) dapatlah topup utk bagi kat Farah untuk contest blog aku
farahaznil - 09 Dec 08 at 13:16:24
hahhaa..mmg saja je..

Giga bytes tu sempena thumbdrive yg cyza hntr pg td..ekekekeke

yg potential tu muncul sejurus aku ingt paper fizik aku yg lps..hoho..seram oo…

afzai - hahhaa…top up..top up erk…hehe..ada can ke aku menang tu?hahhaa..saingan hebat apa kat blog ko tu..ada peminat lain yg nak saingi betul2..hi hi
taukey - 09 Dec 08 at 13:37:36
aku rasa kena tgk dan update html kod dia kot? aku tatau. aku dah tak dibayar. hahaha. dah naik malas plak dah aku ni. ish ish ish
whiteblogger - 09 Dec 08 at 16:49:27
i think its good. at least, that program still paying his member. Hope more people can earn from this program. :D
[…] kene reject pula. Sekarang, 1 domain je available.. Ini latest bayaran dari diorang yg aku dapat : Komisen ke 7 Dari Freebies4Webmasters | EarnCent.com __________________ 2 Berita Terbaru : 3rd Payment From AWsurvey | Cek Pertama dari BuluhMas I […]
zaki blogjer - 09 Dec 08 at 22:53:24
Buat project mega, jgn smpi tak update blog ye Titan
abdfatah - 10 Dec 08 at 01:20:53
tak dapat pun bayarannya… what the hal???
nuaeman - 10 Dec 08 at 02:21:24
Aku rasa kali ni ada beberapa orang yang dulunya tak dibayar dah pun dibayar semula.. pening betul program ni.. tapi selagi membayar okaylaa.. hehe
farahaznil - 10 Dec 08 at 02:42:19
hohhoo..maknanya..tak semua org dpt byrn tetap dr Freebis4webmaster lah ye?
pakar clickbank - 10 Dec 08 at 03:10:03
Tahniah bro titan ..ko memang hebat
titan - 10 Dec 08 at 07:23:05
akazuma. hang tak dapat ke bulan lepas punya??

Afzai. Oh. Topup ye. Hehe..

farah. Aku tak hantar lagi hang punye hadiah. Hujan lebat dari pagi tadi. So, aku cancel lagi appointment aku dgn akak kat pejabat pos tu. Haha..

Taukey. Hehe. kalau malas tak dapatlah apa-apa..

whiteblogger. i also hope like that..

fatah. Itu aku tak tau. ko kene tanya diorang. ko letak lagi tak banner diorang kat blog ko tuh?

nuaeman. Entahlah. kekadang aku pening gak dengan perangai diorang nih..

pakar clickbank. Takdelah hebat. Janji leh wat duit dan tak menyusahkan orang lain. :)
tini - 10 Dec 08 at 11:37:54
tahniah gak la sebab dapat lagi duit kutu bulanan dari freebies ni. :)

Nampak gaya macam susah dah je nak join..
taukey - 10 Dec 08 at 12:59:00
hahahahaa. nak wat cemaner. hahaha. malas plak nak masuk website tu dan tukar coding dia.
emme - 10 Dec 08 at 15:07:16
Bini kerry tu pengacara la Titan… macam2 rancangan TV dia pengacaranya, sekarang ni dah berjinak2 nak berlakon plak… :)
anon - 10 Dec 08 at 15:29:26
aku punya dah berapa bulan die x bayar..
camne nak contact yer…


Get cash from your website. Sign up as affiliate.



-----------------------------
The Best site and articles : New Adsense Alternative | Melayu Boleh | Berrybunch | HIDUP BERANI UNTUK GAGAL | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------