[audio:FallForYou.mp3]
Hari ini aku cuma nak berfikir satu perkara. Mungkin ramai antara korang yang berfikir dan tertanya-tanya, benarkah dari internet kita boleh dapat jadi kaya. Benarkah kita boleh jadi kaya dengan mudah dan benarkah kita boleh jadi jutawan dengan blog? Senang cerita, benarkah kita boleh jadi jutawan melalui internet?
Ok. Jadi, apa cerita yang aku nak bagitau sebenarnya? Aku cuma nak bincangkan tentang perihal blog. Ramai yang email dan chat dengan aku melalui yahoo mesengger atau MSN. Mereka bertanya, benarkah kita boleh jadi jutawan dengan blog sahaja? Untuk soalan itu, jawapan aku simple sahaja. Itu MUSTAHIL bagi pasaran tempatan. Ini kerana, sampai hari ini aku masih tidak jumpa sesiapapun yang mampu menjana sehingga jutaan ringgit melalui blog sahaja. Tetapi jika digabungkan Internet Marketer + BLogger + Programmer + Webmaster dan bermacam-macam lagi. Itu tidak mustahil untuk menjadi jutawan atau mampu menjana jutaan ringgit. Ini memang tidak mustahil. Jadi, jika hanya dengan blog, ianya MUSTAHIL. Tapi jika market Internetional, itu semua tidak mustahil. Aku rasa ramai yang mampu jana berjuta dollar bukan?
Ini hakikat yang kita perlu akui. Tetapi jika mereka bertanya samada kita boleh buat dari blog atau tidak, kita boleh buat duit dari internet atau tidak dan kita boleh dapat buat duit sampingan atau tidak, ianya tidak mustahil dan aku yakin sudah terlalu ramai IM atau blogger tempatan yang menjana ribuan dan puluhan ribu ringgit setiap bulan. Terlalu banyak contoh untuk disebut bukan? Jadi, korang kena faham benda nih. Aku tak berani kata semua ini mudah. Nak cari duit pun susah bukan? Nak bayar itu ini. Tetapi, fahamilah hakikat buat duit ini tidak semudah seperti yang kita sangkakan.
Aku berkata sedemikian kerana hampir 70% yang masih tidak percaya bahawa internet hanya digunakan untuk menipu, menonton filem pron, berchatting dan membuang masa sahaja dengan membaca cerita gosip sahaja. Rata-rata masih memandang negatif tentang internet. Apatah lagi hendak buat duit di internet. Dan aku tidak sedih jika tidak ramai orang yang tahu tentang Internet di Malaysia ini. Ini kerana, aku yakin tidak ramai orang mampu memiliki komputer. Apatah lagi talian internet dirumah. Jadi, aku harap sedikit sebanyak ini dapat mengubah pandangan orang kita terhadap internet.
Cuma yang aku kesalkan, ada orang yang menggunakan blog dan internet untuk tujuan menipu dan mencuri. Aku yakin ramai yang tahu tentang perkara ini. Aku tahu kita tak kenal sangat orang-orang diinternet ini dan memang sukar mendapat bacaan yang lengkap. Apatah lagi tentang cara-cara buat duit di internet dan juga tentang perniagaan internet.
Jadi, apa yang aku mampu bagitau, berusahalah untuk mencari maklumat. Jika aku mengambil masa selama 5 tahun untuk menulis blog dan membuat duit diinternet, mengapa korang tidak boleh. 5 tahun dulu, tidak ada blogger lokal yang menulis blog tentang cara untuk buat duit. Perkataan Internet Marketer pun masih tidak popular. Google Adsense pun tidak ramai yang tahu. Ketika itu, Hyip, autosurf, StudioTraffic yang menjuarai permainan buat duit di internet. Blogger Melayu pun tidak ramai yang aku kenal. Tun Dr. Mahathir pun tak menulis blog ketika itu.
Tapi sekarang? Dunia dah maju. Hingga ahli politik turut menulis blog. HIngga budak berumur 12 tahun pun tahu apa itu blog dan friendster. Hingga budak 12 tahun tahu menonton filem pron. Hingga budak 12 tahun mampu menjana duit ribuan dollar setiap bulan. Jadi, sekarang. Terlalu banyak informasi berbanding 5 tahun dulu. Jadi, ambillah kesempatan untuk belajar. Jika mahu buat duit, belajarlah dengan serius agar tidak kecewa dikemudian hari. Tapi jalan untuk jadi jutawan, tidak ada jalan yang singkat. Memang boleh, tetapi agak sukar dan ianya menghampiri tahap mustahil. Kita kene akui ada perkara yang memang mustahil kita lakukan dan ada yang tak mustahil kita lakukan. Kenali diri dan berusahlah seadaanya. Aku tahu tidak semua orang hebat dalam pelbagai perkara.
Kesimpulannya, jika kita hendak buat duit dari internet. Kita perlu berusaha dan tidak mudah putus asa. Jika hendak jadi jutawan dengan guna blog sahaja, usaha memang beratus kali ganda dan hati mesti kering. Malah, korang juga kene tahan krtikan dan mampu bekerjasama dengan ramai orang. Kita takkan berjaya dengan seorang diri. Jadi, binalah kredibiliti dan network. Insya-Allah, itu akan membantu korang ketika membuat duit di internet dan tak mustahil untuk jadi Jutawan pada masa akan datang. Tetapi jika hanya dari platform blog, setakat ini adalah MUSTAHIL. Ini hanya pandangan aku sebab aku ada hujah kuat untuk menyokongnya. Tetapi jika korang tak suka. Aku tak kesah. Haha..
Ps: Aku jarang menulis artikel begini. Walaupun banyak point aku yg agak lintang pukang. Aku harap, korang dapat apa yang aku cuba sampaikan. Inilah realiti walaupun ianya tidak sepahit hempedu dan tidak semanis gula melaka.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Dizzy December Competition | Online Dating Advice: How to make First Move? »
















ia benar2 menuntut kesabaran.
selain usaha yg berterusan…
humbleandmodest. Usaha yang berterusan, kesabaran dan strategi yang tepat. Insya-Allah ianya akan berhasil. Peluang dan nasib juga memainkan peranan dalam hal ni.
haha…
analogi ok…?
Blog adalah satu projek jangka masa panjang ,bukan sekadar ini hari tanam durian dan esok sudah ada durian boleh jual ..
Jadi jika ingin cari duit melalui blog kena faham dan terima kenyataan ini ,jika berfikiran nak cari duit cepat dengan blog ,saya berikan korang satu idea ,lupakan berblog ,lebih 2 saya nampak ramai yang sudah tulis blog 2-3 bulan lepas tu buang begitu sahaja ,ini hanya buang masa sahaja .
Ingin berjaya dalam dunia blog kena tahu maklamat /impian dan juga menpunyai motivasi yang positif dan juga cukup kesabaran
**joking**
|1f34|-|1r3 - apa benda ST tu?SW plak?hohhoo..sat..mcm mn nak sebut nama ko nih..payah betul la..huhhuu
Donald trump pun penah hampir muflis dulu. Hoho
Statement ni memang aku tak boleh tahan. Nak pecah perut aku baca.
reddebt. Itu sudah pasti. Ianya normal jika kita jatuh dulu sebelum berjaya. Aku dah selalu sangat jatuh dari dulu. Insya-Allah aku juga akan berjaya.
nurjannah. Kebanyakkany orang kita ramai yang salah sangka. Ini kerana mereka melihat contoh dan berfikir dari sudut yang berbeza. Betulkan sudut itu, insya-Allah kita akan faham.
taukey. Hehe. Ianya terbukti sejak 5 tahun dulu. Sebab tu aku berani keluarkan kenyataan itu.
life4hire. ST tu studiotraffic. Haha, aku main tak lama. Sekali diorang tutup plak. Nasib aku sempat withdraw sikit. Yang baki ingat nak reinvest. Sekali hilang terus. Haha..
emme. Blog+adsense. Belum lagi ada yang menjadi jutawan dinegara kita. Tapi ianya tak mustahil. Tapi jika negara luar. Ianya mungkin..
farah. Aii, budak sekor nih. Tak faham aku. Haha, gi cepat beli domain dan hosting ler. Leh wat duit dengan adsense nanti..
shaxx. Betul. Usaha mesti mahu kuat!
Nuaeman. Tulis aje artikel. Sebenarnya, aku dah lama nak tulis pasal benda ni. Tapi tak tertulis-tulis. Biasalah, orang kita nak duit cepat aje..
chuckiesd. BUkan tak boleh. Tapi memang sukar dan mereka menganggap bahawa kerja itu mudah dan bila gagal, mereka menyalahkan orang lain dan meninggalkan impak negatif kepada kita dan mereka2 yg baru nak bertapak. Tak ke tak best tu?? Yup. hati memang kene kentallll..
rina. hati mahu kering? Camana nak jadi basah ek? Rendam dengan air? Hehe. Donald trump? Mamat ni susah gila nak wat lawak. Haha..
JImmy. Hehe..gelak ko ye.
..buku dia, rahsia jutawan internet terbongkar.. hmm tak betul kah?
Nak cepat jadi Jutawan..kawinlah dengan jutawan!.
Blog pun (walaupun free) boleh buat duit dan sedut duit dari internet (legal tak dak tipunya)..
aku dah lama buat duit dgn internet…sejak zaman dail up jaring lagi weh..ssstt..tak de nak kepoh..pun..
Anyway all da best