Edisi Siasat - Buat Duit dengan InLinks | EarnCent.com








Hari ini, aku akan ceritakan dengan korang satu lagi program jual beli text link yang baru aku tahu. Beberapa hari yang lepas aku ada dapat email dari pihak Text Link Ads. Mereka mengajak aku untuk menyertai satu program dibawah kelolaan mereka iaitu InLinks.com. Aku tidak pasti apakah benda InLinks ni, jadi aku wat sedikit siasatan ke atas program ini.

Apa yang aku dapat, program InLinks ini memang sebahagian daripada Text Link Ads. Tetapi mereka tidak menjual berdasarkan text link brokers atau text link ads. Mereka lebih kepada inlinks advertisement. Lebih kurang macam adbrite, kontera dan Infolinks la kiranya.

Satu rahsia yang aku dapat kesan, bila sesebuah blog itu sudah diluluskan di Text Link Ads, korang takkan dapat submit blog yang sama kat InLinks. Patutlah blog Earncent dan rajapayloadz tidak berjaya aku submit walaupun sudah cuba berkali-kali. Jika kau orang perasan ketika korang submit blog dekat TLA, korang akan ditanya sama ada korang hendak sertai program yang menawarkan khidmat Inlinks advertisement, rupa-rupanya program InLinks inilah yang dimaksudkan. Baru aku faham. So, jika Backlinks ada Linkadage. Jadi Text Link Ads pula ada InLinks. Kiranya, macam adik-beradik jugalah diorang nih..

make money with InLinks.com


Lihat gambar diatas ini? Ini gambaran jenis iklan InLinks yang korang akan dapat jika berjaya mendapat iklan dari pihak InLInks. Aku sudah submit 3 blog dan aku harap semua blog itu akan mendapat iklan tidak lama lagi. Takpe. Lama pun aku tidak kesah. Janji ada yang melekat nanti. Apa yang aku perlu lakukan, jana sebanyak mana trafik ke 3 blog tersebut dan menjadikan blog itu semua mempunyai alexa rank yang mengagumkan.

Jadi, jika korang hendak terlibat dengan program yang berdasarkan Text Link Broker atau Text Link Ads ini, satu kunci utama untuk buat duit adalah trafik. Jadi pastikan alexa rank korang betul-betul dibawah 1000k dan mempunyai link popularity dan keyword yang relevan. Ini akan membantu untuk mengumpan advertiser yang berminat untuk menaikkan seo blog diorang.

Jika korang kecewa dengan Adsense atau Text Link Ads. Cubalah InLinks sekarang!










Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 18 comments. Apa plak komen korang?
akazuma - 04 Dec 08 at 11:10:56
ada masalah ke blog ni tadi? aku try komen tak lepas-lepas pun. Ni baru la leh dapat komen..
farahaznil - 04 Dec 08 at 11:59:37
oh…aku ada nmpk benda ni kat blog afzai..adik beradik rupa nyer..huhhuu..alah titan…ko kan dah join text link ads tu..hahhaa..dah dpt byk byrn pun..tp ko bkn byk blog ke?test la..hahhaa
titan - 04 Dec 08 at 12:10:41
akazuma. tadi memang ada masalah sket. Jenuh gak nak betulkan semula.. :(

farah. Aah. Aku join under afzailah. Haha. Rupa-rupanya, TLA ada email aku sebenarnya. So, tak kesahlah under siapa. Janji benda nih ada peluang nak buat duit. Aah. Ada banyak blog. Kenapa?? :)
Syuxx - 04 Dec 08 at 13:52:27
bro, aku register under kau.
nak tengok jugak hasil program ni.
topo - 04 Dec 08 at 20:26:20
blog BM dia terima x?
zack - 05 Dec 08 at 03:52:21
blog tv series boleh ker? tv streaming ni?
titan - 05 Dec 08 at 04:05:47
syuxx. try aje. Dapat tak dapat, itu belakang cerita. Kalau dapat hasil, jangan lupa post kat blog ko ye. :)

topo. AKu tidak pasti. Submitkan aje. Ada blog dwibahasa yang aku submit. Ok je..

zack. Itu aku tak pasti sebab aku tak penah submit blog tv series. Apa kata hang register dulu dan try submit blog tu. Aku rasa takde masalah kot.
humbleandmodest - 05 Dec 08 at 04:11:43
erk…
agak2 aku la maybe dorg just tgk blog yg ade entry english je kot..
even 1 entry jer…
ntah la…
kompius…
haha!
Richie - 05 Dec 08 at 05:23:23
perghh..banyak gila sumber nak buat duit ni.. btw , aku dah dapat payment dr bloggerwave dah titan kau dh dpt blom?
titan - 05 Dec 08 at 05:55:37
aku tak wat job yang pasal arak dengan yang satu lagi. Aku malas nak wat post pasal tu. SO, aku tolak job tu. Sampai hari ni, diorang tak bayar pun kerja yang aku dah wat dari tahun lepas. Tak ada sebab untuk aku teruskan bloggerwave. Aku dah email diorang banyak kali. Tapi satu pun depa tak balas.

Memang banyak sumber. So, terpulanglah nak pilih yang mana satu.
tini - 05 Dec 08 at 07:09:31
satu lagi cara baru buat duit. Ada kaitan dengan text link ads rupanya. :)
helldream - 05 Dec 08 at 07:48:33
wokeh bro. aku akan cuba. Dapat nanti aku bagitau ko. Tapi site dia cam lembab sket la masa nak bukak..
zool - 05 Dec 08 at 16:31:29
Alexa rank bawah 1000 K ..
Blog blogspot boleh layan ke bro??
titan - 05 Dec 08 at 17:31:56
tini. aku pun baru je tau.

helldream. memang slow sikit la. Tapi kekadang laju gak.

zool. blogspot aku tak pasti. Semua blog yg aku hantar subdomain blog hosting sendiri.

Ko leh cuba hantar co.cc or tl.my atau gi.la. Aku hantar yg guna co.cc lepas aje.
merahkatak - 06 Dec 08 at 04:26:06
ehm..kawan rapat si text link ads rupanya. Patutlah. Ehm, aku perasan problogger pun ada letak kat site diorang pasal inlinks nih..
hanep - 06 Dec 08 at 09:06:26
riku - 06 Dec 08 at 11:47:30
ehm..ni salah satu produk text link ads rupanya. Ingatkan apa tadi..
rina - 09 Dec 08 at 09:02:35
ehm. satu lagi cara buat duit. Leh cuba ni. :)




-----------------------------
The Best site and articles : New Alternative How to hack Friendster Private Photos | Melayu Boleh

-----------------------------