Archive for November 2008


Semalam, aku telah beli satu lagi buah tangan dari Shuth. Aku rasa korang kenal siapa Shuth kan? Shuth antara salah seorang IM lokal yang memang dikenali ramai dan mempunyai sebuah forum yang sangat popular iaitu Wangcyber.com. Aku kira ramai yang sudah tahu tentang forum Wangcyber bukan? Jadi, dipendekkan cerita, aku beli satu lagi panduan atau ebook yang aku rasa sangat sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk menjual barangan fizikal melalui online.

Jika korang menghadapi masalah atau buntu untuk mengetahui bagaimana hendak menjual produk fizikal melalui online. Ini antara panduan terbaik yang aku pernah baca setakat ini dan yang paling menarik, ianya dalam bahasa melayu dan aku yakin ianya adalah pengalaman shuth sendiri. Jadi, ini bukan panduan murahan. Panduan ini membantu aku memahami beberapa perkara yang selama ni aku kurang mahir. Maklumlah, aku jarang jual barangan fizikal melalui online. Tetapi aku sangat berminat untuk menjual sesuatu. Mungkin ini projek tahun depan. Biarlah rahsia dulu ye..

Selain itu, korang juga akan tahu..

- Beberapa Sumber Untuk Mencari Produk dan Pembekal
- Tips-tips mencari produk yang sesuai dan terlaris di pasaran
- Tips membungkus dan menghantar produk
- Tips memilih syarikat kurier
- Sedikit Tips untuk promosi
- Belajar dan memahami tentang pesaing anda
- Dan rahsia-rahsia lain..

Secara jujur. Ini antara ebook terbaik yang aku baca dan beli sejak kebelakangan ini. Ianya diterangkan dengan teliti dan diadun dengan pengalaman shuth sendiri. Jadi, ini bukan ebook tangkap muat atau transalation dari mana-mana ebook bahasa english. Ianya sesuai digunakan untuk market Malaysia. Untuk market luar negara, aku kurang pasti. Dan yang paling menarik, harga panduan ini sangat murah!

Dapatkan segera di sini :) : Panduan Menjual Produk Fizikal

336x280 a2 Panduan Menjual Produk Fizikal Secara Online

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Flow - Go.mp3]

OK. Keputusan yang ditunggu telah terima. Aku telah jumlahkan kesemua point yang ada. Ada point yang terpaksa aku tolak dan ada point yang aku tambah berdasarkan keadaan. Komen-komen yang aku rasa mengarut dan , aku deduct pointnya. Dan aku rasa korang mungkin sudah boleh agak siapa pemenangnya. Jadi, ini senarai pemenang untuk New Earncent Contest yang dilancarkan pada 6 Oktober yang lalu.

1. Rajakamil - 501 point
2. Farahaznil - 409 point
3. Abdfatah - 392 point
4. Topo - 334 point
5. Merahkatak - 253 point
6. akazuma - 201 point
7. Appleblogger - 162 point
8. Shuxx - 158 point
9. Debtrunner - 148 point
10. videono - 145 point

Keputusan adalah muktamad. Korang tak suka tak apa dengan keputusan ini. Tapi inilah result rasmi yang dapat aku keluarkan setelah menyakitkan kepala aku untuk menyemak secara manual. Mungkin ada yang terlepas dan mungkin tidak. Tapi ini sahajalah result yang dapat aku keluarkan. Jika tidak sama seperti dugaan korang. Aku mintak maaf kerana keputusan ini muktamad.

Jika mahu buat bantahan, sila hantar email bantahan beserta deposit hangus RM100 ribu. Tanpa deposit, aku takkan wat semakan semula. So, janganlah gatal-gatal nak wat bantahan pula. Tak berbaloi rasanya kan? Kepada semua pemenang, leh hantarkan tiket ke email aku dengan butiran dibawah.

——————-
Nama :
Username :
Akaun bank dan no akaun :
no hp :
email :
Pemenang no :
Contest : New Earncent Contest 2008
——————-

Sila emailkan ke titan1[at]earncent.com

Hadiah wang tunai dan hadiah lain akan dihantar ke alamat email korang semua setelah aku menerima tiket-tiket korang. Aku akan cuba sedaya upaya untuk hantar hadiah itu sebelum bulan Disember.

Ps: Harap maklum! :D

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Yup. Aku tahu ini bukan berita yang korang tunggu-tunggu. Haha..Tak apa. Aku nak bagitau tentang bayaran terbaru yang aku terima dari TNX. Aku kira ramai yang sudah tahu aku antara salah seorang pemain TNX. Hampir setiap bulan aku berjaya mendapatkan sedikit imbuhan dari program ini. Walaupun tidak banyak seperti yang aku dapat dari adsense, TLA, Backlinks, widgetbucks dan lain-lain, namun sedikit sebanyak TNX membantu aku mendapatkan duit online.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Seperti yang aku beritahu sebelum ini, TNX antara program paling simple dan senang berbanding program2 yang menawarkan jual beli text link. Ini kerana penjualan text link dilakukan secara automatik dan kita tak perlu melakukan apa-apa setelah meletakkan code tnx diblog kita. Biarkan TNX lakukan semuanya dan cuma perlu pantau dan filter iklan yang aku tak nak sahaja. Mudah bukan?

Oklah. Aku tak nak buang masa. Korang leh register di sini dan lakukan apa yang patut. Aku hendak susun ayat untuk umumkan pemenang New Earncent Contest. Jika sempat, hari ini aku akan umumkan senarai pemenang dan hadiah akan diberikan sebelum bulan November berakhir.

Ps: INi cuma update ringkas. Aku set tarikh untuk semalam walaupun aku tulis hari ini. Haha.. :)

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

Nov 22

Update!

17 comments - Post a comment


[audio:sesuatu2.mp3]

Update:

Project OC was done! Project TB was done! Project PD was done! Project XXX was done! Panduan terbaru akan keluar dalam tempoh terdekat dan untuk buat kali pertamanya aku membuat affiliate program untuk Panduan tersebut.

Pemenang untuk New Earncent Contest telah diketahui. Cuma tinggal nak announce sahaja. Aku akan umumkan dalam masa terdekat. Sakit kepala aku dibuatnya nak kira semua. Pengiraan adalah muktamad dan tidak akan dilayan jika ada yang membantah. Jika Mahu membantah keputusan tersebut. Sila hantarkan surat bantahan beserta deposit hangus sebanyak RM100 ribu. Harap maklum.

Bulan hadapan aku akan menganjurkan comment contest terakhir untuk tahun 2008 dan mungkin ada 1 kuiz Leo terakhir juga yang akan aku lancarkan.

Itu sahaja. :)

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------