streamyx. Oh!

Tak perlu aku salahkan sesiapa. tapi dalam 2-3 hari ini, sesungguhnya aku sangat sibuk. Jadi, faham-faham ajelah. Streamyx memang buat hal dan akhirnya ianya menjadi lebih stabil hari ini. Sambungan ke internet tidak lagi putus-putus seperti semalam. Akhirnya aku boleh sambung buat kerja seperti biasa.

Aku telah membuat beberapa post di blog Helmi sebelum bulan November berakhir. Tatapilah beberapa entri ini dan berikanlah komen korang disana. Boleh bukan? Satu artikel tentang TNX dan satu lagi artikel terbaru tentang Backlinks. Both in english.

Aku juga sudah update beberapa chapter di Projek Youthsays Real Voices. Jika korang mahu tahu serba sedikit tentang kehidupan aku. Leh la baca disana dan jangan lupa berikan ulasan atau komen tentang artikel yang aku buat tu. Nak kutuk pun boleh. Aku tak filter punya. Sebab aku tak ada hak untuk filter. Haha. Aku juga berjaya memenangi rewards untuk 10 orang yang bertuah pada minggu pertama untuk Projek Youthsays ini. RM100 Pertama! Aku harap aku akan berjaya juga pada minggu kedua. Ini beberapa chapter untuk minggu kedua :

- Impian dan Masa Depan
- Kenapa saya suka kawan saya
- Perkataan-perkataan yang merosakkan bangsa
- Kenapa saya suka keluarga saya

Kerja-kerja update diblog-blog yang lain sudah hampir siap dan aku sewajarnya tidur ketika ini. Sangat penat. Tapi aku akan habiskan dulu pembacaan komik ini dulu. Ini akan membantu untuk mata ini lelap dengan kadar yang segera. Sesungguhnya, aku sangat penat. Penat jalan kaki menemani adik perempuan aku mencari rumah sewa di Sentol. Oklah, sewa bulanan RM150++. Pendek cite, semua lengkaplah. Hari isnin nanti dia akan mulakan praktikalnya di Titiwangsa. Aku lupa nama syarikatnya tadi.

Ps: Secara jujur, aku masih pening. Pening sebab berjalan kaki agaknya. Ternyata, badan ini tidak sehebat ketika aku masih muda dulu. Oh!







Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

Related Posts

This post has 33 comments. Apa plak komen korang?
pakar clickbank - 30 Nov 08 at 02:57:51
ye memang streamyx ini aku pun tak tahu macam mana jelas ,tiap bulan mesti “kacau” …..
nuaeman - 30 Nov 08 at 05:18:34
Kalau Broadband lagilaa kacau.. lagi menyakitkan hati.. huhu
diya - 30 Nov 08 at 07:31:04
owh. ni tandanya titan dh tua lah ye [hehe, rujuk ps :p ].

tahu titan sibuk. takpe, diya paham. :) tapi kan, rajin btl titan update blog org lain yek.
rina - 30 Nov 08 at 07:40:30
haha. kesiannya dia. dah tua rupanya. sakit badan.. ni mesti malas bersenam nih kan? kan? :D
Norhafidz - 30 Nov 08 at 08:56:20
oh..kau sudah tua rupenye titan, aku ingatkan masih mude remaje. haha

Well, streamyx mmg teruk this week. It was a bad experience.
titan - 30 Nov 08 at 11:26:11
betul tu pakar clickbank. Kadang-kadang, memang sakit jiwa jugak dibuatnya. Haha..

Nuaeman. Biasala tu. Dah nama pun menyewa..

diya, kalau dah tua pun tak apa. Tapi muda lagi la banding dengan Dato K. Haha.. :)

rina, takdela malas bersenam. Cuma dah lama gak tak jalan-jalan turun tangga, tukar train. Naik eskeleter. pastu cari plak rumah sewa. Nasib jumpa. Huhu..

Norhafidz. Tidaklah setua engkau. Yup Minggu lepas dan minggu ini memang streamyx menggila. Sekarang pun slow aje. 1 laptop dan 2 PC online sentiasa kat rumah nih. Haha! :D
ijamidayu - 30 Nov 08 at 12:31:21
Oh.. Tue dah ker.. Apa pun, masyuk la ko erk.. :D

Tahniah atas kemenangan wang RM 100..
[…] hadiah-hadiah yang masih berbaki. Jangan risau dan aku akan cuba siapkan secepat mungkin dan harap streamyx tak wat hal lagi.. Dan berita baik dari TNX. Aku telah dapat bayaran terakhir dari mereka semalam. […]
Richie - 30 Nov 08 at 12:50:02
sama je dengan celcom broadband..minggu ni tgh slow..hoho..adik kau dah start praktikal? awalnye..kantoi titan betul2 dah tua.. :P
emme - 30 Nov 08 at 13:08:39
em, Sentol or Sentul titan? :)
Rafhz - 30 Nov 08 at 13:14:08
ish.. byk la plak cite titan kat sana yer. siap ade gamba mase muda lg haha
titan - 30 Nov 08 at 14:14:24
Ijamidayu. Mana ada tua maa. Haha.. :D

Richie, haha. Aah. Dia praktikal dah..setat hari Isnin nih..

emme. Sentul. Tersilap eja. Lantak la..

Rafhz. Haha..gambar ko pun ada. Cubalah ko cari kalau jumpa.. :)
helldream - 30 Nov 08 at 17:08:49
gi sentul rupanya. :)

Streamyx? macam itulah. tapi sekurang-kurangnya, lebih ok berbanding dial up kan?
shaxx - 01 Dec 08 at 01:38:11
byk ya activities weekend ko…. hahah
merahkatak - 01 Dec 08 at 03:06:19
waah. rajin hang berjalan yek. apapun, all the best bro! adek yg mana? pempuan ker laki nih?? haha :D
kiro - 01 Dec 08 at 04:49:52
tahniah sebab dapat rm100 tu. waa. banyakla duit dapat lepas nih ye. :D
appleblogger - 01 Dec 08 at 14:09:21
hoho..rajin plak berjalan hujung minggu ya. apapun. all the best bro!
abdfatah - 02 Dec 08 at 00:03:14
ahahaaa… titan sudah semakin tua menjelang tahun baru 2009. dan semuanya semakin meningkat usia.

income semakin bertambah dengan kepopularan blognya yang semakin popular… hehehe
farahaznil - 02 Dec 08 at 02:35:17
apsal rmh sewa tu murah sngt byrn dia..hohhoo..untung betul si titan ni dpt projek youthsays tu..huhuu
helldream - 02 Dec 08 at 04:59:54
murah pun salah ke cik farah? mahal tu bagi sesetengah orang.. :)

memang beruntung. Jap. Kenapa farah tak dapat projek youthsays tu? tak apply macam titan wat ker??
abdfatah - 02 Dec 08 at 05:18:59
farah belum dapat jemputan lagi sebb tak cukup umur. umur 18 baru boleh join agaknya. lepas nih mesti popular sebagai penulis jemputan… kaya ko nanti farah…
contest2u - 02 Dec 08 at 09:48:36
tahniah titan.. dasyat gak tu. boleh tahan payment tu. nanti la kalo ade masa aku try usya kat web youth says..
abdfatah - 02 Dec 08 at 12:04:00
streamyx kalo tak jem masa musim hujan memang tak sah. memang konfom akan jem kalo tiada aral yang melintang pukang…
farahaznil - 02 Dec 08 at 12:50:16
helldream - takdela..biasanya kan sewa rmh mahal dowh..mana dpt RM150..jap..ni sewa rumah ke sewa bilik ni..aku keliru suda..hehe

fatah - haha..nak ke dorang pilih aku?aku keliru la dgn cara pemilihan youthsays ni..haizzz

p/s - tak hujan pun sama je gila si streamyx ni..kadang2 mmg lembab!huhuhuhuhu
merahkatak - 02 Dec 08 at 12:56:24
sewa rumah la tu. kiranya kongsi-kongsila. kalau sewa bilik. mesti mahal maa.. mahu rm200 ke atas..

streamyx ok je tempat aku. kalau hujan. tutup ajelah pc. daripada beli baru. baik jaga yg lama nih. kang modem hangus, sia-sia aje.. :D
farahaznil - 02 Dec 08 at 13:10:22
sewa rmh kat tmpt aku apsal smpi 700 ke atas?rmh flat pun tak dpy tau RM150 tu..terkejut gila aku dol..murah gila..huhhuu..knp plak bilik mahal?bukan lg murah ke?mksd aku duk satu rumah..pastu bahagi2kan sewa dia mengikut kepala yg duduk..huhhuu..byk syail betol kat malaysia ni punya sewa rmh..hahhaa

merah..modem leh hanguih ke?huhhuu..aku selalu gak buka pc time hujan2 nih..riso aku dgr…
abdfatah - 02 Dec 08 at 18:50:04
pc time kilat sabung menyabung memang patut semuanya kena buang alatan wayarnya… jika tidak hancuss laa jawabnya…
farahaznil - 03 Dec 08 at 04:39:00
hahhaa..nasib baik rmh aku time hujan xdela teruk sngt peralatan yg rosaknyer..huhhuu
abdfatah - 03 Dec 08 at 05:17:39
biasa laa kalo cuaca lembab datang melanda… steramyx pun numpang lembapan sekali laaa…
farahaznil - 03 Dec 08 at 08:54:01
hahhaa..tp beberapa hr ni..tak ujan pun.stramyx lemaba la..tension plak aku..huhhu
titan - 03 Dec 08 at 19:05:37
sewa rumahlah. Kalau sewa bilik. Memang mahal gila. Tapi rumah tu tak besar mana. Cukuplah untuk tempat letak barang, cukup untuk baring dan tdo dan mandi. Besar lagi rumah sewa yang aku sewa kat sabah dulu. Tapi rm1000 sebulan. Adek aku tak mampu maa..elaun yg dia dapat masa praktikal pun rm200 aje. Dah la dia pau duit aku dengan akak aku..

Adeh.. :)
farahaznil - 05 Dec 08 at 16:00:44
hohhoo..abis tu dia kongsi rmh dgn kwn2 dia la ni ea?hi hi hi..klu sewa RM1000..rmh teres tuh..mst la bsr…hehe..kat area aku ni RM800 ke atas pun sewa utk teres setingkat atau 2..terpulang kpd tuan rmh le..huhhuu..

p/s - sewa rmh mmg mahal!!hohhoo..klu aku dah keja..mati dowh..nak tmpt tinggal je..RM1000 suda melayang..hahaa..gaji ciput je..lagi2 thn dpn..thn gawat..huhhu
merahkatak - 06 Dec 08 at 05:23:02
harga yang sangat murah. Tapi kira oklah tu. Teringat aku masa praktikal dulu. Memang seronok.. :)


Get cash from your website. Sign up as affiliate.


PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------