Hari ini aku cuma nak ceritakan satu lagi program jual beli link yang aku rasa mungkin korang selalu nampak di iklan-iklan google. Aku tahu mungkin ada yang telah menyertai program ini dan tak mustahil ada yang dah dapat duit pun dari program ini. Aku baru sahaja join program ini. Nama program itu adalah Teliad.

Make money with Teliad


Secara jujur. Aku belum menerima apa-apa bayaran lagi. Tetapi, beberapa hari yang lepas aku telah menerima booking oleh 1 advertiser. Dia beli blogroll di blog aku dengan nilai yang aku tetapkan iaitu $4 euro. Berapa ek pertukaran 1 euro kepada ringgit malaysia? Aku malas nak kira. Kita tengok bulan depan samada aku berjaya dibayar atau tidak. Ini kerana dalam tempoh 1 bulan ini jika tidak ada apa-apa aral, aku akan layak menerima bayaran tersebut.

Jadi, bagaimana hendak buat duit dari program Teliad? Bagi sesetengah orang. Mungkin sudah biasa dengan program-program sebegini. Jadi, boleh terus proceed dan daftar jika anda mahu. Tetapi jika ada yang masih blur, aku cerita sket perjalanan untuk daftar dan bagaimana untuk submit blog korang.

- Daftar program Teliad diwebsite mereka.
- Confirmkan apa-apa yang patut.
- Login akaun korang sebagai Publisher di Teliad.com
- Pergi bahagian ‘sell’ dan pilih ‘offer’ untuk submit blog korang.
- Masukkan data yang diperlukan seperti yang diminta
- Jangan lupa tentukan berapa yang korang nak caj.
- KOrang boleh pilih nak iklan dalam bentuk textlink, inlink atau content link.
- Submit dan tunggu mereka crawl blog korang.
- Jika diluluskan, blog korang akan dipaparkan dibahagian marketplace
- Tunggu advertiser berminat untuk beli dan ikut arahan mereka.
- Terima bayaran setelah 1 bulan.
- Bayaran dalam paypal.

Terasa macam panjang pulak. So, senang cerita, korang boleh tahu lebih lanjut kat website rasmi Teliad. Mungkin penerangan aku tidak terperinci. Korang boleh rujuk di sana dan baca dengan lebih faham lagi. Kalau tak faham, boleh terus direct tanya mereka atau baca FAQ di Teliad.com.

Itu sahaja untuk hari ini. Aku sedang pening mengenalpasti point-point untuk New Earncent Contest yang lepas di feedburner, twitter dan lain-lain lagi. Insya-Allah, dalam masa terdekat, keputusan akan diumumkan. Baru je ada masa nak kira semua tu. Aku dah kira separuh, tetapi ada urusan lain yang menyusul. Kepada yang mintak nak link exchange, aku mintak maaf sebab selalu terlepas pandang.

Ps: Fuh, macam-macam berita ek sekarang. Scamlah, program nak tutuplah, minyak turun hargalah, MlMlah..paklah..itulah dan macam-macamlah lagi..







Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

This post has 17 comments. Apa plak komen korang?
Richie - 22 Nov 08 at 01:22:15
aku baru nak register..mcm sedikit leceh :P
titan - 22 Nov 08 at 01:53:24
memang leceh sket. So, register la pelan-pelan. Aku submit blog-blog yang memang khas untuk jual beli text link ni aje.. :)
zaki blogjer - 22 Nov 08 at 03:05:59
4 euro not bad la, aku rasa skrg 1 euro = RM 4 kot. Satu lagi, rajin tol ngko explore benda2 baru
pakar clickbank - 22 Nov 08 at 03:37:46
satu info lagi cari duit ..
videono - 22 Nov 08 at 05:02:20
thanks. Satu lagi cara buat duit selain text link ads dan backlinks. Betul, rajin tul cari info pasal benda camni ek.. :)
KampungBoy - 22 Nov 08 at 07:03:44
yang kali ini menarik perhatian aq. Cukup mudah rsnya bagi aq. Belom cuba belom tau kan….aq try riki site diorang nnt.
farahaznil - 22 Nov 08 at 12:44:28
patah hlang cari berganti…hi hi hi
Richie - 22 Nov 08 at 17:31:04
ooo..kau memanag khaskan every blog , lain dia punya source income ya titan? blog aku th wat hal…babylon betul..
titan - 22 Nov 08 at 18:31:26
Yup Zaki. Janji adala. Aku tak kesah dapat banyak ke sikit. Aku suka buktikan sesuatu program tu bayar atau tak..

pakar clickbank. Yup. Tanak join ker? Hehe..

videono. Aku tak rajin. Cuma aku selalu ambil peluang cepat..

KampungBoy, try la usha. Manatau ada yang ko berkenan dengan Teliad nih..

farahaznil, hehe.yelah tu..

Richie, yup. Blog aku yg khas untuk jual beli link, lain. Blog adsense lain. Blog matched lain. Blog ni lain..senang aku nak fokus maa… :)
appleblogger - 22 Nov 08 at 21:27:55
ehmmm..dah try. Hope ada yg berminat nak beli nanti. :D
Richie - 23 Nov 08 at 00:50:16
hehe,,bagus2.. mungkin aku pun kena buat mcm tu.. serabut blog personal aku nanti..
titan - 27 Nov 08 at 06:51:49
appleblogger, nanti try ye. :)

Richie, better macam tu la. Dulu pun aku pun serabut gak. So, bila aku buat. Baru aku perasan. Income aku meningkat banyak berbanding guna 1 blog sahaja. :D
rina - 30 Nov 08 at 08:50:11
hehe. tunggu titan dapat duit dulu. :)
abdfatah - 02 Dec 08 at 05:30:38
hohohoo… dapat duit euro. kena siapkan blog yang berbeza-beza dengan niche yang tersendiri baru laa power… update pun kena power up jugak laaa…
farahaznil - 02 Dec 08 at 13:17:04
huhhuu..aku tgk titan ni jual2 link mcm best je..tak takut apa2 pun..tggu la aku nak beli hosting sndr nnt…aku pun nak test buat..hohhoo…

p/s tan..ko xnak tukar link dgn aku plak ke?hi hi hi hi
humbleandmodest - 05 Dec 08 at 04:07:27
hohoho…
dah macam2 jenis caa nak dpt duit ko promote…
semua tu ko dah try ke??
[…] korag pernah baca entri edisi siasat aku tentang Teliad bukan? Jika tak pernah baca, boleh pergi sini. Haa. Inilah program Teliad yang aku katakan tu. Korang boleh pergi ke website Teliad dan […]




-----------------------------
The Best site and articles : 6 Tips How to bring crazy traffic to your website

-----------------------------