Another break news!
Aku rasa sekarang ni memang musim banyak program nak tutup program masing-masing. Aku tak tahu selepas ini program apa yang akan ada masalah seperti F4W dan Matched. Seperti yang telah bising-bising hari ini dimerata forum dan blog, program Matched telah bungkus dan mereka tidak akan membayar pada bulan berikutnya. Untuk bayaran bulan lepas, aku telah mendapat bayarannya hari ini. Walaupun aku masih was-was kerana tidak semua bayaran dibayar, malah ada penukaran iklan pada saat-saat akhir. Tetapi hal begini telah membuatkan aku malas untuk claim semula duit yang sepatutnya aku dapat. Aku hormati keputusan diorang.

Jadi, aku harap korang marah tak lama. Bagi yang baru sahaja hendak bermula mencari duit dengan blog, janganlah putus asa bila program Matched ini sudah tidak membayar. Aku tahu ramai yang kecewa dan sedih. Tetapi hidup dan perjuangan untuk buat duit di internet dan blog kene diteruskan.
Program Matched ini adalah experiement yang dijalankan oleh pihak mereka. Mungkin mereka tidak dapat keputusan yang mereka mahukan dalam tempoh beberapa bulan ini. Aku tidak tahu apakan matlamat yang hendak mereka capai. Tetapi keputusan mereka ini pastinya mengecewakan ramai pemain dalam arena buat duit online atau make money online ini. Aku belum dapat ulasan dimana-mana blog luar negara, jadi aku taki dapat bagi sedikit ulasan yang bagus kali ini. Mungkin juga Matched ada sebab tersendiri untuk tidak meneruskan program ini. Mana tahu? Mereka akan buat satu program baru yang lebih baik dengan sistem yang lebih baik?
Ataupun mereka sebenarnya sudah tidak ada dana untuk membayar publisher mreka? Aku kira tidak ramai pubsliher luar yang mengiklankan produk mereka di Matched. Aku rasa sebahagian dari korang perasan bukan? Hampir keseluruhan iklan yang kita dapat adalah salur-galur dengan company netbasic dan Matched ini. Jadi, ini adalah normal. Ala Blogstarz pun wat macam tu jugak. Google pun macam tu gak. Ini semua normal dan kita tak dapat nak salahkan Program Matched. Mereka sudah sedaya upaya membantu dan menguruskan program ini dengan sebaik mungkin. Tapi mungkin keuntungan tidak seindah seperti yang mereka mahukan..
Ehm, tak ada apa aku nak ulas. Namun, aku tetap nak ucapkan terima kasih kepada Matched.co.uk kerana memberi peluang kepada ku dan rakyat Malaysia untuk buat duit dengan lumayan melalui program ini. Setakat penyertaan aku, upah atau komisen yang aku pernah dapat adalah 22 link berjaya diluluskan dan dijual. Itupun ketika diawal musim. Tapi jika 1-2 bulan lepas, banyak betul link aku tidak dibayar..
Jika korang nak tengok mesej terakhir dari Matched. Sila ke site rasmi di sini. Aku harap ini bukan November Fool atau lawak spastik yang dilakukan oleh Matched. Hoho!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content
Related Posts
« Edisi Siasat: Buat Duit dengan Daytipper | Edisi Siasat: Buat Duit dengan Teliad »

























p/s-sori lama tak drop by. exam br ni hampir2 buat diya jd ‘sewel’. heh.
haha wat penat jerk, ada lah dpt 5 pound..jadik lah haha
terpaksa carik lain sumber income
skrg ekonomi meleset , byk kompeni lingkup
ada awal ada akhir
Cam adverlets jugak ke
Newbie
http://1ringgit.co.cc
patutlah aku duk antar email mintak ngan dia orang “my signature” tak bals2 pun. So kesudahannya duit aku pending dan now terus bungkus.
terkejut jugak baca email dia orang semalam.
Yang merana siapa? Advertiserla sebab tak dapat hasil seperti yang diorang nak. Benda ni normal. Sama seperti yg berlaku kat adword, bidvertiser, freebies dan matched. No wonder diorang terpakse closed program diorang.
Bagi aku. Bende2 macam ni subjektif. Susah kita nak cakap. Simply, kita letak kedudukan kita kat kerusi admin dan advertiser matched.. Diorang mesti target profit. Tapi kalau tak dapat profit dalam masa yg dijangkakan. Gulung tikar is another correct choice. So, why not diorang gulung tikar sebelum diorang rugi dengan lebih banyak bukan?
Dan aku harap diorang akan muncul dengan program yg mempunyai sistem yg lebih bagus.